Meraikan kehidupan melalui inovasi dalam perubatan reproduktif.
KOTA DAMANSARA, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 2 October 2025 – Thomson Fertility melangkah setapak lagi dalam bidang perubatan reproduktif dengan memperkenalkan In Vitro Activation (IVA), satu kaedah rawatan terkini yang membuka peluang baharu buat wanita yang menghadapi masalah Primary Ovarian Insufficiency (POI) (berlaku apabila fungsi folikel terganggu atau kehilangan telur pada usia awal) serta Diminished Ovarian Reserve (DOR), iaitu keadaan di mana simpanan telur dalam ovari semakin berkurangan.

Selama ini, pendermaan telur sering menjadi pilihan utama untuk wanita dengan fungsi ovari terhad. Namun, dengan adanya IVA, wanita kini berpeluang menggunakan telur sendiri bagi mencapai kehamilan. Kajian menunjukkan rawatan ini mampu meningkatkan kadar kelahiran bagi pesakit POI dan DOR daripada sekitar 5% kepada sehingga 20% ⁽¹⁾⁽²⁾, memberi sinar harapan baharu buat mereka yang menyangka peluang sudah tertutup.
Bagaimana IVA Berfungsi:
- Pembedahan kecil (key-hole surgery) dilakukan untuk mengambil sebahagian tisu ovari.
- Folikel yang ‘tidur’ diaktifkan di luar tubuh menggunakan teknik khusus.
- Tisu ovari yang telah ‘dihidupkan semula’ dipindahkan kembali ke dalam tubuh pesakit.
- Pesakit kemudian menjalani terapi hormon untuk merangsang pertumbuhan folikel bagi penghasilan telur.
Kerjasama strategik Thomson Fertility dengan Prof. Dr. Kazuhiro Kawamura dari Juntendo University, Tokyo — pakar utama di sebalik teknologi IVA — memperkukuhkan kedudukan Thomson Fertility sebagai pusat rujukan dan peneraju dalam memperluas akses rawatan ini di Malaysia.
Prof. Dr. Prasanna Supramaniam, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Pakar Kesuburan, dengan subkepakaran Perubatan Reproduktif, serta Pakar Bedah Ginekologi Minimal Invasif dan Profesor Madya di Thomson Fertility Malaysia berkata:
“Bagi wanita yang menghidap primary ovarian insufficiency atau diminished ovarian reserve, perjalanan menuju kehamilan sering dianggap mustahil. IVA membuka ruang baharu dengan memberi mereka peluang kepada mereka untuk menggunakan telur sendiri dalam usaha menjadi ibu. Di Thomson Fertility, kami percaya pentingnya memperkenalkan inovasi ini agar wanita sedar bahawa harapan itu masih ada.”
Sementara itu, Prof. Dr. Kazuhiro Kawamura menambah: “IVA merupakan hasil daripada penyelidikan mendalam dalam pengaktifan tisu ovari. Melalui kolaborasi dengan pusat kesuburan seperti Thomson Fertility, lebih ramai pesakit berpeluang menikmati manfaat inovasi ini dalam usaha membina keluarga.”
Ms. Lakshmi Menon, Ketua Pegawai Eksekutif Thomson Fertility, menekankan: “Meraikan kehidupan sentiasa menjadi nadi kepada apa yang kami lakukan di Thomson Fertility. Dengan meningkatkan kesedaran tentang IVA, kami ingin memberi kekuatan kepada setiap wanita yang pernah diberitahu peluangnya sudah tertutup. Kami mahu mereka tahu masih ada jalan, masih ada harapan untuk mengecapi nikmat sebagai seorang ibu.
Bagi wanita Muslim, IVA membuka peluang penting untuk memulakan keluarga dengan menggunakan telur sendiri bagi mencapai kehamilan. Dengan lebih 8,000 bayi IVF lahir daripada satu fasiliti, Thomson Fertility kekal sebagai peneraju inovasi kesuburan di rantau ini. Kami komited memberikan akses kepada rawatan seperti IVA serta bekerjasama dengan pakar bertaraf dunia agar setiap wanita dan pasangan di Malaysia mempunyai peluang terbaik mengejar impian menjadi ibu bapa.”
Rujukan:
- Kawamura K Ishizuka B Hsueh AJW. Drug-free in-vitro activation of follicles for infertility treatment in poor ovarian response patients with decreased ovarian reserve. Reprod Biomed Online 2020; 40:245–253
- Ferreri J Fàbregues F Calafell JM Solernou R Borrás A Saco A Manau D Carmona F. Drug-free in-vitro activation of follicles and fresh tissue autotransplantation as a therapeutic option in patients with primary ovarian insufficiency. Reprod Biomed Online 2020; 40:254–260
Hashtag: #ThomsonFertility
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
MENGENAI THOMSON FERTILITY
Sejak tahun 1994, Thomson Fertility telah menjadi pusat kesuburan terunggul di Malaysia dengan gabungan kepakaran klinikal lebih 30 tahun dan teknologi canggih yang terbukti meningkatkan kadar kelahiran melalui IVF. Dengan rangkaian pusat di seluruh Semenanjung Malaysia, Thomson Fertility menyediakan rawatan yang menyeluruh serta disesuaikan mengikut keperluan setiap pesakit.
Pasukan pakar yang berdedikasi, protokol rawatan terkini, serta komitmen berterusan terhadap inovasi menjadikan Thomson Fertility peneraju dalam membantu pasangan mengatasi cabaran kesuburan dan merealisasikan impian untuk menimang cahaya mata.