![[Kiri] Pengasas Meet Mee, Clement Lin dan [Kanan] Pengasas Love Knot, Melody Chong](https://smartinvestor.com.my/wp-content/uploads/2026/01/MixCollage-16-Jan-2026-03-18-PM-1-1.jpg)
Meet Mee: Dari Meja Makan ke Hadiah Perayaan
Bagi ramai rakyat Malaysia, pan mee bukan sekadar hidangan — ia adalah rasa yang membangkitkan kenangan di meja makan keluarga dan saat-saat kebersamaan. Menyedari ikatan emosi ini, Meet Mee menjenamakan semula pan mee kejiranannya sebagai produk yang boleh dinikmati di mana-mana, membolehkan keluarga berkongsi rasa ‘seperti di rumah’ melangkaui meja makan.
Dengan melancarkan pan mee segera di Shopee, Meet Mee berjaya berkembang ke peringkat nasional, mengubah kegemaran tempatan kepada pilihan hadiah kunjungan Tahun Baharu Cina yang praktikal dan bermakna. Seiring pertumbuhan perniagaan, jenama ini memanfaatkan Shopee University untuk memperkukuh penggunaan data dan alat kandungan seperti Shopee Live, bagi membina kepercayaan pengguna pada skala lebih besar serta mengurus permintaan di seluruh negara dengan lebih berkesan.
Pendekatan digital ini mencapai kemuncaknya pada tahun 2022 apabila Meet Mee tersenarai dalam Malaysia Book of Records selepas menjual sebanyak 42,601 pek pan mee dalam tempoh satu jam di Shopee — satu pencapaian yang menandakan evolusi jenama ini daripada kedai makan tempatan kepada jenama yang diiktiraf di peringkat nasional.
“Kami percaya bahawa rasa warisan boleh dikekalkan walaupun dalam pasaran digital moden. Shopee telah membolehkan perkara ini melalui alat analitik data, platform penstriman langsung dan ekosistem kandungan komersial yang menyeluruh,” kata Clement Lin, pengasas Meet Mee.
Sempena Jualan CNY ini, Meet Mee menyokong persiapan perayaan keluarga dengan menawarkan diskaun 20% untuk semua produknya di Shopee.
Love Knot: Dandanan Warga Malaysia Sempena Perayaan Tradisional
Tahun Baharu Cina merupakan tempoh di mana pembeli merancang pembelian dengan lebih teliti — daripada pemilihan pakaian untuk makan besar bersama keluarga hinggalah persalinan untuk kunjungan dan perayaan. Bagi Love Knot, perubahan ke arah pembelian perayaan yang lebih berfokus ini membentuk cara jenama tersebut membuat persiapan untuk musim perayaan di Shopee.
Bermula sebagai jenama fesyen yang berkembang melalui sokongan dari mulut ke mulut, Love Knot memperkukuh kesediaannya untuk CNY dengan memanfaatkan kempen Fesyen Shopee seperti Get Ready With Shopee (#GRWS). Inisiatif ini membolehkan jenama merancang inventori dengan lebih baik, mengkurasi koleksi perayaan, melancarkan rekaan baharu, serta meningkatkan keterlihatan menjelang permintaan puncak melalui kolaborasi KOL dan affiliate Shopee.
“Tahun Baharu Cina adalah masa di mana pelanggan membeli dengan niat yang jelas — bagaimana mereka ingin menampilkan diri dan apa yang sesuai untuk musim perayaan,” kata Melody Chong, pengasas Love Knot. “Shopee membantu kami membuat persiapan lebih awal, supaya apabila permintaan memuncak, kami dapat memberi tumpuan kepada pengalaman membeli-belah yang lancar.”
Persiapan awal ini membuahkan hasil semasa Jualan CNY, apabila Love Knot mencatatkan pertumbuhan jualan melebihi 40%, didorong oleh kadar penukaran yang lebih kukuh serta peningkatan pembeli baharu yang menemui jenama ini sepanjang tempoh perayaan. Shopee Live dan Shopee Video turut membolehkan Love Knot berkongsi idea penggayaan, membantu pembeli membayangkan penampilan lengkap serta membeli-belah pakaian bergaya untuk rumah terbuka, perjumpaan keluarga dan kunjungan perayaan di Shopee.
Melalui data prestasi Shopee, Love Knot juga mengenal pasti peningkatan permintaan terhadap gaya perayaan yang sepadan dan mesra keluarga, mendorong jenama ini untuk memperluas rangkaian koleksinya bagi memenuhi keperluan sambutan Tahun Baharu Cina moden.
Sokong Jenama Tempatan Sempena Jualan CNY Shopee
Meet Mee dan Love Knot mencerminkan bagaimana PKS tempatan memanfaatkan Shopee untuk memenuhi keperluan moden sambutan Tahun Baharu Cina — daripada pemberian hadiah yang bermakna hinggalah persiapan perayaan yang lebih terancang. Jualan CNY Shopee menghidupkan detik-detik perayaan ini melalui konsep shoppertainment, menggabungkan elemen penemuan, inspirasi dan pengalaman membeli-belah yang lancar bagi membantu rakyat Malaysia membuat persiapan untuk menyambut perayaan. Bersiap sedia untuk sambutan Tahun Baru Cina di Jualan CNY Shopee sekarang: https://shopee.com.my/m/chinese-new-year-sale
Hashtag: #Ecommerce #CNY2026 #ShopeeMY #CNYSale
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan, dan Brazil. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee memacu pembangunan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.












