Inspirasi Fesyen Raya menerusi #GRWS Weekly Fashion New Arrivals
Bermula 30 Januari, para pembeli boleh menonton #GRWS Weekly Fashion New Arrivals di Shopee Live setiap hari Jumaat dari 12 tengah hari hingga 2 petang, yang menampilkan pakaian ibadah dan sopan harian serta tawaran fesyen Raya terkini. Livestream mingguan ini menonjolkan kolaborasi eksklusif bersama jenama seperti Zoe Arisah, Naelofar dan PrimaValet, serta baucar diskaun 50% eksklusif livestream yang boleh ditindih dengan tawaran lain.
Peminat jenama Siti Khadijah dan Melia Design juga boleh menantikan koleksi Ramadan eksklusif Shopee yang direka untuk keselesaan sepanjang hari — sesuai dipakai dari waktu solat hingga sesi moreh bersama keluarga dan rakan-rakan. Para pembeli turut boleh mendapatkan inspirasi gaya praktikal yang dikurasi oleh Hael Husaini dan Mimi Fly melalui katalog fesyen Shopee di https://shopee.com.my/m/ramadan-style-inspo.
Nikmati Sahur dan Iftar dengan Lebih Mudah melalui Diskaun 50% ShopeeFood
Selepas sehari berpuasa, ShopeeFood memudahkan waktu berbuka dengan tawaran Jom Rebut Diskaun 50% daripada pengusaha makanan popular seperti Ayam Gepuk Top Global, Tealive dan Mixue.
Bagi mereka yang merancang lebih awal, pelbagai pilihan sahur dan iftar ditawarkan menerusi e-baucar Beli 1 Percuma 1 daripada CHAGEE, Pop Meals dan Salad Atelier. Pembeli juga boleh menikmati diskaun 50% bagi barangan keperluan makanan Ramadan terpilih daripada jenama terkenal seperti Kimball dan Adabi, sekali gus memudahkan pengisian semula stok dapur sepanjang bulan.
Penjimatan Harian dengan Tawaran RM10 Knockout dan Penghantaran Percuma
Menjelang persiapan Hari Raya, tawaran RM10 Knockout untuk naik taraf peralatan teknologi dan keperluan rumah daripada Russell Taylors, Dreame dan Dessini membantu isi rumah mengurus perbelanjaan dengan lebih bijak. Dengan baucar Penghantaran Percuma Tanpa Minimum Perbelanjaan, pembelian boleh dibuat secara berperingkat dan lebih fleksibel sepanjang bulan Ramadan.
Daripada Weekly Fashion New Arrivals di Shopee Live hingga diskaun 50% ShopeeFood, Bazar Hebat Ramadan Shopee memudahkan rakyat Malaysia membuat persiapan Ramadan dan Raya dengan lebih terancang. Dapatkan semua keperluan perayaan anda pada harga berpatutan dan dihantar terus ke depan pintu di: https://shopee.com.my/m/ramadan-sale
Hashtag: #Shopee
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan, dan Brazil. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee memacu pembangunan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.










