Sebelum kita pergi kepada topik kita pada hari ini iaitu berkenaan tips persediaan perancangan persaraan dalam kalangan penjawat awam, adalah lebih baik kita fahamkan situasi semasa yang melanda rakyat Malaysia. Sebelum ini kita ada melihat tentang Kajian Perancangan Persaraan Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Malaysia. Juga Perbandingan Malaysia Dengan Kesatuan Eropah Dan Negara Maju Yang Lain.
Banyak dapatan menarik, di antaranya adalah 21 peratus rakyat Malaysia merasakan bahawa simpanan persaraan mereka hanya mampu bertahan setahun. Pada masa yang sama juga, pencen dan ganjaran yang diterima penjawat awam hanya akan bertahan selama lima tahun selepas persaraan mereka.
Pendedahan ini merupakan sesuatu fakta yang membimbangkan kerana menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia perlu bersedia untuk persaraan mereka kelak. Ia juga mendedahkan bahawa pencen dan gratuiti yang diperoleh sahaja tidak mencukupi untuk menampung kehidupan para pesara selepas bersara kerana kos sara hidup yang tinggi, inflasi, ketidaktentuan pasaran dan faktor-faktor lain.
Jom kita lihat tips persediaan perancangan persaraan dalam kalangan penjawat awam. Semoga dengan adanya panduan kepada pesara ini, ianya dapat memastikan proses persaraan menjadi lancar dan tidak menghadapi sebarang masalah.
1. Mengenalpasti Pendapatan Yang Diperlukan Selepas Persaraan
Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti berapa yang diperlukan untuk bersara. Ia boleh dicapai dengan melaksanakan kaedah nisbah penggantian (gaya hidup pra-persaraan digunakan untuk menentukan gaya hidup selepas persaraan) dan model perbelanjaan (memperincikan perbelanjaan atau komitmen untuk tempoh selepas persaraan seperti; pembayaran perumahan, kereta, perbelanjaan makanan, pakaian dan kos lain yang berkaitan.
Kedua-dua kaedah ini agak berbeza dari segi pelaksanaan, tetapi objektif utama adalah untuk mengukur perbelanjaan warga emas selepas persaraan.
2. Menentukan Modal Persaraan
Tips persediaan perancangan persaraan dalam kalangan penjawat awam yang kedua adalah dengan menentukan berapa banyak yang diperlukan untuk bersara. Ia boleh dibahagikan kepada dua kaedah, iaitu pembubaran modal dan pemeliharaan modal.
Seperti langkah pertama, kedua-dua kaedah ini berbeza antara satu sama lain, tetapi mempunyai matlamat yang sama bertujuan untuk mengekalkan kelangsungan hidup pesara selepas persaraan mereka. Pencairan modal (penjualan) lebih kepada memiliki aset untuk kegunaan dirinya untuk memenuhi keperluan persaraan (contohnya, pencen dan skim persaraan swasta (PRS) yang mereka terima akan setiap bulan), manakala pengekalan modal untuk dana persaraan lebih kepada cenderung pesara agar dapat menjana pendapatan mereka selepas persaraan seperti pelaburan dalam saham syarikat dan lain-lain.
3. Menentukan Sumber Semasa Dan Masa Depan
Langkah ketiga adalah menentukan sumber semasa dan masa depan, dengan menyalurkan pendapatan daripada dana persaraan kepada sesuatu yang boleh menjana lebih banyak sumber pendapatan, seperti pelan berkaitan pelaburan, unit amanah, tanah ekuiti dan bangunan dan bukannya melabur dalam tanah yang tidak produktif dan rumah untuk tujuan persaraan.
4. Mengira Status Proses Persaraan (RRS)
Aset semasa ditukar kepada nilai masa depan dengan mengambil kira kadar faedah pada masa akan datang. Penilaian aset mungkin terlalu tinggi atau terlalu rendah disebabkan kerana kadar inflasi.
Contoh aset semasa yang boleh diukur menggunakan nilai masa depan ialah saham, unit amanah, kondominium, kilang, insurans hayat dalam bentuk endowmen dan lain-lain.
5. Mengira Jumlah Waktu Persaraan
Tips persediaan perancangan persaraan dalam kalangan penjawat awam yang seterusnya, ialah mengira jumlah umur persaraan, menolak jumlah diperlukan untuk persaraan dan jumlah semasa bersara nanti. Dari sini, para pesara boleh mengukur sama ada simpanan mereka mencukupi atau tidak mencukupi berdasarkan perbezaan tersebut.
Sekiranya terdapat kelompongan atau ketidakcukupan, dana persaraan mereka perlu ditingkatkan untuk menampung persaraan mereka dan sebaliknya.
6. Menentukan Keperluan Pembiayaan
Akhir sekali di dalam tips persediaan perancangan persaraan dalam kalangan penjawat awam, pesara perlu menentukan keperluan pembiayaan mereka semasa tempoh pra-persaraan untuk memenuhi jumlah keseluruhan yang diperlukan semasa persaraan mereka. Perancangan adalah penting dan perlu dilaksanakan sejak dari awal lagi untuk memaksimumkan hasil.
Bak kata pepatah lama dari Benjamin Franklin, gagal merancang, bermakna anda sedang merancang untuk gagal.

Sumber: Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC), Modul Program Perancang Kewangan Berdaftar (RFP)
Semoga dengan adanya tips persediaan perancangan persaraan dalam kalangan penjawat awam ini, kita dapat membuat perancangan yang rapi.
*Versi Bahasa Inggeris bagi artikel ini akan diterbitkan di majalah financial1st, Jilid 1, Keluaran May, 2023. Majalah ini diterbitkan oleh Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC).
Mengenai Penulis

Rashid Ating. Penyelidik di Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, dan Institut Pengajian Termaju (IAS), Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
Lebih banyak artikel daripada Rashid Ating:
- Sudahkah Anda Bersedia Untuk Bersara? Berapa Yang Anda Perlukan?
- Pendidikan Celik Kewangan Dalam Peperiksaan PISA: Pendedahan Awal Mengenai Pendidikan Kewangan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Berumur 15 Tahun
- Scammers Do Not Take Time Off: How To Stay Alert To Online Scams During Recession
- Penipuan Pencarian Pekerjaan Dalam Talian: Bagaimana Mengenali Dan Melaporkan Penipuan Pekerjaan
- Penipuan Pencarian Pekerjaan Atas Talian: Bagaimana Mengenali Pemalsuan Identiti Dan Melaporkan Penipuan Pekerjaan Di Telegram
- Kajian Perancangan Persaraan Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Malaysia. Juga Perbandingan Malaysia Dengan Kesatuan Eropah Dan Negara Maju Yang Lain











