5 Perkara Penting Yang Kita Boleh Belajar Daripada Surat Tahunan Allan Mecham, Pemilik Arlington Value Capital

70
SHARES
138
VIEWS

Arlington Value Capital Management merupakan sebuah syarikat pelaburan yang bermula dengan USD100 juta aset dalam pengurusan (AUM), kemudiannya telah berjaya meningkatkan dana pengurusan mereka kepada USD800 juta dalam masa tak sampai 10 tahun. Pemilik Arlington Value Capital iaitu Allan Mecham telah menerima jolokan “The Next Warren Buffett” oleh media Amerika Syarikat.

Artikel ini akan mengupas praktik dan strategi pelaburan yang diperolehi daripada surat tahunan Allan Mecham, CEO dan pemilik Arlington Value Capital kepada pemegang saham.

Kredit Gambar: The Investor SA

Pengajaran Daripada Surat Tahunan Allan Mecham #1 Pendekatan Top-Bottom Dalam Mengkaji Potensi Pelaburan

Pendekatan Top-Bottom Arlington Value Capital bermula dengan analisis ekonomi, kitaran sektor, dan syarikat-syarikat yang berkualiti baik secara kualitatif dan kuantitatif. Kaedah pelaburan mereka hanya memberi tumpuan kepada analisis kewangan syarikat, pengurusan risiko, dan pelaburan jangka masa panjang.

Arlington Value Capital hanya melabur dalam saham-saham yang bagus dan memegang tunai serta aset yang lebih defensif jika tiada peluang dalam pasaran. Pemilihan pelaburan mereka adalah syarikat yang mempunyai kelebihan saingan, harga produk yang menarik, dan aliran pendapatan yang berterusan.

Baca: Siri Penyelidikan ICMR: Memahami Pelabur Milenial Dan Gen Z Di Malaysia

Pengajaran Daripada Surat Tahunan Allan Mecham #2 Kurang Maklumat Adakalanya Lebih Baik

Mecham adalah seorang yang ‘tradisional’ dalam menguruskan pelaburan. Setiap hari, beliau mencetak semua maklumat dan membeli surat khabar. Beliau juga menjauhi semua bentuk informasi yang disebarkan media atau apa yang dipanggil ‘noise’.

Hal ini diamalkan oleh ramai lagi pelabur seperti Warren Buffet, Walter Schloss, dan lain-lain. Buffet dahulunya tidak mempunyai komputer di pejabat, walaupun Berkshire Hathaway merupakan pelabur utama dalam Apple yang terkenal dengan produk mereka, iaitu Macbook.

Pengajaran Daripada Surat Tahunan Allan Mecham #3 Objektif Pelaburan Jangka Masa Panjang

Menurut Arlington Value Capital, pendekatan jangka panjang lebih berbaloi. Mereka mengambil pendekatan seperti pemilik perniagaan yang membeli untuk jangka masa panjang. Ini bermakna mereka memikirkan daya tahan, ancaman dari keadaan ekonomi semasa dan membandingkan harga syarikat dengan nilai.

Mereka tidak memikirkan keuntungan suku tahunan kerana ia tidak berkaitan dengan nilai sebenar syarikat.

Baca: 3 Tips Pelaburan Untuk Anak Muda

Pengajaran Daripada Surat Tahunan Allan Mecham #4 ‘Concentrated Portfolio vs Diversified Portfolio’

Arlington Value Capital mempunyai portfolio yang lebih berisiko daripada indeks. Keadaan ini tidak disukai oleh pelabur biasa dan Wall Street. Kebanyakan pengurus dana memegang portfolio indeks dengan melabur dalam 30- 100 saham.

Menurut Mecham, ini adalah cara untuk menghasilkan prestasi sederhana. Mecham mempunyai portofolio yang terdiri daripada 12-15 syarikat sahaja. Beliau tidak takut untuk melaburkan sebahagian besar modal dana ke dalam beberapa saham pilihan.

Sebab utamanya adalah Mecham hanya berminat dengan bisnes yang mempunyai ‘profit margin’ yang tinggi dan selalu mengendahkan bisnes kategori ‘low cost’.

“Quality of a business is more important than price paid for its securities.” – 2005 LetterInstead, focuses on companies with pricing power, which allows them to command higher prices than competitors. As he says in his 2010 letter, “We own businesses that can raise prices in excess of inflation.”

– Allan Mecham

Pengajaran Daripada Surat Tahunan Allan Mecham #5 Fokus Kepada Saham Syarikat Yang Mempunyai ‘Competitive Advantage’

Menurut Mecham, competitive advantage perkara mustahak yang beliau lihat. Hujahnya, bisnes yang mempunyai ‘competitive advantage’ lebih mempunyai ketahanan untuk bersaing dalam jangkamasa yang panjang. Tambahan, ‘compounding effect’ mungkin lebih mudah jika syarikat mempunyai kelebihan tersebut.

Di antara ‘competitive advantage’ adalah seperti berikut:

  • Brand Power
  • Intellectual Property
  • Economies of Scale

Dalam surat pada tahun 2010, Mecham menukilkan analogi yang mudah dengan kupasan diambil dari Charlie Munger & Warren Buffet.

“Economic moats, a term coined by Warren Buffett, are like medieval moats filled with water. Just as their physical counterparts protected castles from marauders, economic moats protect businesses from their competition. The wider the moat, the larger and more sustainable the competitive advantage, and the harder it is for competitors to scale the walls.”

– Allan Mecham

Kesimpulannya, terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil daripada rumus pelaburan Mecham dan syarikat pelaburannya, Arlington Value Capital. Mereka telah membuktikan bahawa dengan fokus pada analisis kewangan syarikat, pengurusan risiko yang baik dan meletakkan objektif pelaburan jangka masa panjang adalah kunci kejayaan dalam bidang ini.

Sebagai pelabur, kita sepatutnya kenal segala kelebihan syarikat yang dipilih dan sentiasa berfikir jangka panjang, mengelakkan diri dari terlalu terikat dengan angka kewangan seperti kenaikan atau kejatuhan saham pada setiap suku tahunan. Kesimpulannya, uruskanlah pelaburan anda dengan bijak dan cermat.

Baca: Patut Ke Kita Melabur Apabila Keadaan Tak Menentu?

Mengenai Penulis

Faiz Azizan merupakan seorang penulis kewangan / bisnes & konsultan pemasaran digital. Beliau berkongsi ilmu dan pengalaman di laman web FaizAzizan.com dan Twitter: @fzzzan

Next Post