Dokuseri baharu ‘Shopee: Menjaga Warisan Budaya’ menonjolkan penjual PMKS yang memelihara warisan dan memajukan komuniti melalui e-dagang
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 2 Disember 2025 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan dan Brazil, meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelancaran ‘Shopee: Sedekad Memberi Impak Kepada Para Penjual’, laporan impak pertamanya, serta dokuseri serantau terbaru, ‘Shopee: Menjaga Warisan Budaya’. Kedua-duanya menonjolkan bagaimana perniagaan dan komuniti tempatan di seluruh dunia memanfaatkan Shopee dan ekonomi digital untuk berkembang, memelihara warisan budaya serta meningkatkan taraf hidup sepanjang sedekad yang lalu.
Memperkasa Perniagaan Tempatan dalam Ekonomi Digital
Sejak dilancarkan pada tahun 2015, Shopee komited membantu para penjual menyertai dan berjaya dalam ekonomi digital. Sepanjang sepuluh tahun ini, penjual perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Asia Tenggara dan Taiwan telah mengembangkan perniagaan mereka sehingga mencapai lebih daripada US$270 bilion dalam jualan di Shopee, sekali gus membuktikan peranan e-dagang dalam memacu pertumbuhan perniagaan dan mewujudkan peluang ekonomi.
Setiap tahun, semakin ramai penjual menyertai Shopee, dengan jumlah PMKS meningkat dua kali ganda secara purata setiap tahun. Sekitar 80% daripada perniagaan ini beroperasi di luar bandar-bandar utama, menggunakan Shopee untuk mencapai pembeli baharu dalam pasaran domestik mereka dan juga merentasi rantau ini.
Selain akses pasaran, penjual PMKS terus memperkukuh kemahiran dan keyakinan digital mereka melalui bahan pembelajaran di Shopee. Setakat ini, lebih 7.6 juta penjual PMKS di Asia Tenggara dan Taiwan telah menyertai program Shopee University, yang merangkumi lebih 1,500 modul pembelajaran dalam talian serta bengkel fizikal di 318 bandar di Asia Tenggara dan Taiwan.
“Sedekad lalu merupakan tempoh perubahan besar apabila ekonomi digital membuka peluang baharu untuk rakyat dan perniagaan di mana-mana. Kami amat menghargai komuniti penjual PMKS yang memulakan perjalanan dalam talian mereka 10 tahun lalu di platform kami, dan terus bekerjasama dengan kami sambil berkembang dan mencapai kejayaan lebih besar melalui e-dagang,” kata Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi, Shopee.
Membantu PMKS Berhubung dengan Pembeli Masa Kini dan Berkembang dalam Talian
Apabila landskap digital berkembang, penjual PMKS turut menyesuaikan diri dengan menggunakan ekosistem kandungan dan ciri Shopee untuk mendekati pembeli dengan lebih berkesan. Ini termasuk Shopee Live dan Shopee Video, yang membolehkan penjual berinteraksi dengan pelanggan secara lebih mendalam. Sejak dilancarkan, penjual PMKS telah mencatat peningkatan purata tahunan lebih 300% dalam pesanan Shopee Live, secara langsung membantu mereka memperluas penglibatan pelanggan dan meningkatkan pertumbuhan jualan.
Untuk mencapai pembeli yang lebih luas, penjual tanpa pengalaman pemasaran atau pasukan juga boleh mengembangkan pelanggan mereka melalui Shopee Affiliate Marketing Solutions (AMS). Dengan bekerjasama dengan pencipta kandungan dan pempengaruh, penjual PMKS meningkatkan keterlihatan dan jualan mereka, dengan AMS menyumbang kepada peningkatan pesanan sebanyak 30%, menunjukkan bagaimana alat mudah dan mudah diakses boleh mendorong pertumbuhan perniagaan yang bermakna.
Bagi mereka yang bersedia berkembang ke luar negara, Program Eksport Shopee (SEP) memudahkan pengembangan rentas sempadan dengan membolehkan penjual PMKS menyenaraikan produk mereka dengan lancar di pelbagai pasaran serantau. Sejak 2018, lebih 2.1 juta penjual PMKS telah menyertai SEP untuk meluaskan capaian mereka, membuktikan bahawa perdagangan digital terus mencipta peluang pertumbuhan serantau.
Menghubungkan Pengguna dan Komuniti di Seluruh Rantau
Dalam sedekad yang lalu, Shopee telah menghubungkan jutaan pengguna kepada barangan dan perkhidmatan penting tanpa mengira lokasi mereka. Setakat ini, pengguna dari lebih 400 bandar di Asia Tenggara dan Taiwan kerap membeli-belah di platform, dengan lebih 140 bilion barangan dibeli oleh pelanggan yang tinggal di luar bandar utama. Pertumbuhan ini menunjukkan bagaimana e-dagang memudahkan kehidupan harian dengan merapatkan jurang geografi dan menyokong akses kepada ekonomi digital yang lebih inklusif.
Pertumbuhan ekonomi digital juga menyokong peluang pekerjaan dan pendapatan tempatan di seluruh rantau. Lebih 97% kakitangan Shopee terdiri daripada bakat tempatan, manakala lebih 23 juta rakan kongsi dan pencipta kandungan di Asia Tenggara dan Taiwan menyertai Program Afiliasi Shopee (SAP) untuk membina sumber pendapatan alternatif. Setakat ini, pendapatan afiliasi meningkat lebih 90% secara purata setiap tahun, membantu ramai individu membentuk aliran pendapatan baharu dan mampan.
Pelancaran Dokuseri Baharu ‘Shopee: Menjaga Warisan Budaya’
Sempena ulang tahun ke-10, Shopee melancarkan dokuseri serantau bertajuk ‘Shopee: Menjaga Warisan Budaya’. Dokusiri ini menonjolkan perjalanan penjual tempatan di Asia Tenggara dan Taiwan yang mencerminkan bagaimana keusahawanan dan budaya bergerak seiring dalam membentuk masa depan digital yang lebih inklusif dan terhubung.
Menerusi tujuh tema — minat, tradisi, transformasi, pemodenan, warisan, komuniti, dan pemberdayaan wanita — dokuseri ini menangkap semangat penjual yang membina perniagaan dalam talian sambil memelihara keunikan budaya mereka.
Dalam beberapa hari akan datang, dokuseri ini akan dilancarkan di saluran YouTube rasmi Shopee, meraikan insan dan kerjasama yang membantu membentuk dekad pertama Shopee, serta kemajuan bersama yang akan mencorakkan masa depan.
Tonton video pertama ‘Shopee: Menjaga Warisan Budaya’ di sini.
Hashtag: #Shopee
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan, dan Brazil. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee memacu pembangunan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.












