• Advertise
Subscribe
Smart Investor Malaysia
Advertisement
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
Smart Investor Malaysia
No Result
View All Result
Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor
Home HIDE FROM HOME

DFI Retail Group dan Becon Umum Kerjasama Strategik untuk Melancarkan Penilaian Kulit dan Kulit Kepala Berasaskan AI di Lebih 400 Kedai di Seluruh Asia

1 day ago
0
73
SHARES
144
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Memacu Pengalaman Omnisaluran dengan Nasihat yang Dipercayai dan Cadangan Diperibadikan Secara Dalam Talian dan Luar Talian

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 30 Januari 2026 – DFI Retail Group (“DFI”) dan Becon, sebuah syarikat yang disokong oleh Samsung, hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi melancarkan penyelesaian penilaian kulit dan kulit kepala yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) merentasi saluran dalam talian dan luar talian di Asia. Pencapaian penting ini mengukuhkan komitmen DFI untuk memacu pertumbuhan dalam bidang kesejahteraan serta menyediakan pengalaman omnisaluran bersepadu pada skala besar, disokong oleh nasihat yang dipercayai dan cadangan yang diperibadikan untuk para pelanggan perniagaan Kesihatan & Kecantikannya (Health & Beauty).

(Dari kiri ke kanan) Amanda Tay, Pengarah Komersial Health & Beauty, DFI Retail Group; Andrew Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Health & Beauty, DFI Retail Group; Minsuk Park, Ketua Pegawai Eksekutif Becon; Kyungah Kim, Ketua Pegawai Operasi Becon
(Dari kiri ke kanan) Amanda Tay, Pengarah Komersial Health & Beauty, DFI Retail Group; Andrew Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Health & Beauty, DFI Retail Group; Minsuk Park, Ketua Pegawai Eksekutif Becon; Kyungah Kim, Ketua Pegawai Operasi Becon

Mempercepatkan pelancaran berskala besar di seluruh Asia

Kerjasama ini akan menyaksikan pelaksanaan secara berperingkat penilaian kulit dan kulit kepala Becon di lebih daripada 400 kedai Guardian dan Mannings di Hong Kong, Indonesia, Macau,

Malaysia dan Singapura. Pelancaran secara berperingkat juga akan memperkenalkan penyelesaian aplikasi mudah alih versi ringkas (lite) menerusi aplikasi Guardian dan Mannings.

Pelancaran berskala besar ini dibina berasaskan kejayaan bukti konsep (proof-of-concept) pada tahun 2025, yang menunjukkan tahap penglibatan pelanggan yang kukuh, dengan pencapaian kadar penukaran pembelian dan pertumbuhan nilai bakul yang ketara, selain skor niat kunjungan semula yang secara konsisten tinggi melebihi 6.5 daripada 7.

Memacu pengalaman kesejahteraan bersepadu merentasi omnisaluran

Dengan penyelesaian Becon, Guardian dan Mannings akan dapat memanfaatkan pandangan berasaskan data untuk menyediakan nasihat kesejahteraan yang disesuaikan serta cadangan yang diperibadikan, sekali gus membina kepercayaan dan mengukuhkan kesetiaan pelanggan.

Pelanggan boleh bermula dengan penilaian pantas secara dalam talian, sebelum dibimbing ke kedai untuk menjalani penilaian yang lebih menyeluruh dan mendalam, serta sesi konsultasi bersama profesional kesejahteraan terlatih. Pengalaman bersepadu yang lancar ini membantu meningkatkan penglibatan dan aliran trafik antara titik sentuh dalam talian dan luar talian, di samping memperkasakan pelanggan untuk membuat pilihan yang lebih bermaklumat apabila Guardian dan Mannings terus mengembangkan rangkaian produk kesejahteraan mereka yang berasaskan fungsi dan keberkesanan.

Menyampaikan analisis mikro berketepatan tinggi

Penyelesaian Becon menggabungkan analisis makro dan mikro bagi mencapai tahap ketepatan yang lebih tinggi, disokong oleh penyelidikan kolaboratif bersama para profesional perubatan serta pangkalan data kukuh yang merangkumi lebih daripada 3 juta profil kulit dan rambut. Pengimbas khususnya menggunakan kamera beresolusi tinggi dan pelbagai penderia, termasuk pengimejan LED UV-A, pengesanan suhu, kelembapan dan bau, untuk mengukur masing-masing 12 parameter kulit dan 12 parameter rambut dalam masa hanya lima minit:

  • Kulit: kelembapan, kemerahan, sebum, jerawat, porfirin, saiz liang pori, ketumpatan liang pori, cela, kedutan, lingkaran gelap, penghalang kulit, suhu kulit
  • Rambut dan kulit kepala: risiko keguguran rambut, isipadu rambut, ketebalan rambut, ketumpatan folikel, bilangan helai rambut bagi setiap folikel, kelembapan, sebum, kelemumur, sensitiviti, bau rambut

Andrew Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Health & Beauty, DFI Retail Group, berkata:
“Kerjasama dengan Becon ini merupakan satu langkah strategik yang penting dalam memajukan strategi kesejahteraan kami serta mengukuhkan kedudukan kami sebagai penasihat yang dipercayai oleh para pelanggan. Dengan mengintegrasikan teknologi bersama kepakaran profesional yang telah lama kami bina, kami mewujudkan pengalaman omnisaluran yang bukan

sahaja menyokong pelbagai keperluan kesejahteraan pelanggan kami, malah memupuk penglibatan dan kesetiaan jangka panjang merentasi perniagaan Health & Beauty kami.”

Minsuk Park, Ketua Pegawai Eksekutif Becon, berkata: “Kerjasama dengan DFI Retail Group ini membolehkan Becon membawa teknologi penilaian termaju kami kepada lebih ramai pelanggan di seluruh Asia. Dengan menggabungkan keupayaan inovasi kami bersama rangkaian runcit yang kukuh serta ekosistem omnisaluran DFI, kami dapat menyampaikan pandangan yang diperibadikan pada skala besar dan membantu pelanggan memahami kesejahteraan mereka melalui nasihat yang dipercayai.”

DFI dan Becon akan terus bekerjasama rapat apabila penyelesaian ini diperkenalkan secara perbringkat di kedai-kedai dan aplikasi mudah alih bermula tahun 2026. Para pelanggan akan dapat mengakses perkhidmatan baharu ini di lebih banyak lokasi kejiranan, disokong oleh pelancaran berperingkat pengalaman aplikasi mudah alih versi lite di pasaran terpilih. Bersama-sama, kedua-dua syarikat kekal komited untuk mempertingkatkan pengalaman kesejahteraan yang dibina berteraskan teknologi, kepakaran dan pemperibadian.

Hashtag: #DFIRetailGroup #Guardian #Mannings #Becon

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Mengenai DFI Retail Group

DFI Retail Group (“DFI”) merupakan peruncit terkemuka di Asia, dipacu oleh tujuannya untuk “Mengekalkan Perkhidmatan di Asia Dari Generasi ke Generasi Melalui Detik-Detik Yang Bermakna Setiap Hari”. Setakat 1 Disember 2025, DFI bersama syarikat-syarikat sekutunya mengendalikan lebih daripada 7,400 cawangan dan menggaji lebih 81,000 kakitangan. DFI komited untuk menyampaikan kualiti, nilai dan perkhidmatan kepada pengguna Asia melalui pengalaman runcit yang menarik, disokong oleh rangkaian kedai yang luas serta rantaian bekalan yang cekap dan berkeupayaan tinggi. DFI, termasuk syarikat-syarikat sekutu, mengendalikan portfolio jenama-jenama terkemuka merentasi lima bahagian utama: kesihatan dan kecantikan, kemudahan, makanan, kelengkapan rumah dan restoran.

Guardian

Guardian ditubuhkan pada tahun 1967 di Malaysia dan telah berkembang menjadi peruncit kesihatan dan kecantikan yang dipercayai di Asia Tenggara. Dengan lebih daripada 1,200 kedai di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam, Guardian menawarkan rangkaian produk penjagaan kesihatan, penjagaan kecantikan, penjagaan diri serta penjagaan bayi yang komprehensif bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggannya. Kedai-kedai Guardian juga menyediakan perkhidmatan profesional seperti kaunseling penjagaan pesakit, perkhidmatan farmasi dan penjagaan diri, sekali gus menawarkan penyelesaian kesihatan dan kecantikan sehenti yang mudah dan menyeluruh.

Mannings

Mannings merupakan peruncit kesihatan dan kecantikan terbesar di Hong Kong, mengendalikan lebih daripada 300 cawangan, termasuk lebih 60 farmasi dalam kedai, di seluruh Hong Kong dan Macau. Dengan rangkaian produk dan perkhidmatan yang pelbagai, Mannings komited untuk mengintegrasikan konsep “Kesejahteraan” ke dalam kehidupan seharian sambil menerajui era baharu dalam penjagaan kesihatan. Melalui penawaran teknologi kesihatan inovatif, penyelesaian AI, penjagaan kesihatan pencegahan, alat pengurusan kesihatan kendiri serta penyelesaian kesejahteraan dan kecantikan digital, Mannings memperkasakan individu dan keluarga untuk mengutamakan kesejahteraan mereka. Mannings juga menyediakan perkhidmatan profesional pelengkap, termasuk program Pelupusan Selamat Ubat Tidak Digunakan, nasihat bagi mengatasi penyakit ringan, serta konsultasi berkaitan ubat-ubatan dan penggunaannya, demi melindungi kesihatan dan kecantikan komuniti.

Mengenai Becon

Becon ialah sebuah syarikat teknologi kecantikan dari Korea yang mengkhusus dalam analisis kulit kepala dan kulit berasaskan kecerdasan buatan (AI), dengan menggabungkan perkakasan pengimejan proprietari, perisian pintar serta sistem cadangan berasaskan data bagi membolehkan penjagaan yang diperibadikan. Diiktiraf oleh Samsung melalui Program C-Lab dan pelaburan strategik, Becon turut menerima pelbagai pengiktirafan di peringkat global dan nasional, termasuk CES 2023 Innovation Award, pelantikan sebagai wakil teknologi K-Beauty di 2025 APEC Summit, penilaian teknologi nasional Tier-2, serta Anugerah Menteri Sains dan ICT. Melalui inovasi berterusan dan kerjasama global, Becon berhasrat untuk mentakrifkan semula cara kesihatan kulit kepala dan kulit dianalisis serta diuruskan di peringkat global.

Previous Post

DFI零售集團與Becon宣布建立夥伴合作關係 於亞洲超過400間店鋪推出AI皮膚及頭皮分析

Next Post

TAT partners with Lalisa ‘LISA’ Manobal, Amazing Thailand Ambassador, to invite Tourists to discover the Multitude of Feelings upon travelling in Thailand, unveiling the New TVC “Feel All The Feelings”

Next Post

TAT partners with Lalisa ‘LISA’ Manobal, Amazing Thailand Ambassador, to invite Tourists to discover the Multitude of Feelings upon travelling in Thailand, unveiling the New TVC "Feel All The Feelings"

  • Trending
  • Comments
  • Latest

Robo Advisor In Malaysia, 8 Robo Advisor Platforms To Choose From

17/08/2022
A calculator on financial chart, financial concept

Tax For The 6 Common Investments In Malaysia

19/09/2023

MRTT VS MRTA, What’s The Difference?

11/10/2023

How To Open A CDS And Share Trading Account?

02/05/2023

Digital Fundraising Platforms in Malaysia

Retirement Plans for the Self-Employed

SC Guidelines On Digital Assets

Retirement planning advise from the experts

Retirement Planning: Best Practices and Advice From Experts

TAT partners with Lalisa ‘LISA’ Manobal, Amazing Thailand Ambassador, to invite Tourists to discover the Multitude of Feelings upon travelling in Thailand, unveiling the New TVC “Feel All The Feelings”

30/01/2026

DFI Retail Group dan Becon Umum Kerjasama Strategik untuk Melancarkan Penilaian Kulit dan Kulit Kepala Berasaskan AI di Lebih 400 Kedai di Seluruh Asia

30/01/2026

DFI零售集團與Becon宣布建立夥伴合作關係 於亞洲超過400間店鋪推出AI皮膚及頭皮分析

30/01/2026

DFI Retail Group and Becon Announce Strategic Partnership to Launch AI Skin & Scalp Assessment in over 400 Stores Across Asia

30/01/2026

TAT partners with Lalisa ‘LISA’ Manobal, Amazing Thailand Ambassador, to invite Tourists to discover the Multitude of Feelings upon travelling in Thailand, unveiling the New TVC “Feel All The Feelings”

22 hours ago

DFI Retail Group dan Becon Umum Kerjasama Strategik untuk Melancarkan Penilaian Kulit dan Kulit Kepala Berasaskan AI di Lebih 400 Kedai di Seluruh Asia

1 day ago

DFI零售集團與Becon宣布建立夥伴合作關係 於亞洲超過400間店鋪推出AI皮膚及頭皮分析

1 day ago

DFI Retail Group and Becon Announce Strategic Partnership to Launch AI Skin & Scalp Assessment in over 400 Stores Across Asia

1 day ago
The Smart Investor

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

Category

Sign up to read our newsletter

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

    No Result
    View All Result
    • Start Here
      • Guides
      • How-Tos
      • Analysis
    • Investments
      • Asset Management
      • Stocks
      • Islamic Finance
        • Islamic Personal Finance
      • Alternative Investments
    • Personal Finance
      • Cash Management
      • Grow Your Wealth
      • Protect Your Wealth
      • Distribute Your Wealth
      • Behavioural Finance
    • Enterprise
      • Startups
      • Entrepreneurs
      • SMEs
      • Leadership
      • Business Planning
      • Fintech
    • Property
      • First Time Home Buyers
      • Central
      • Northern
      • Southern
      • Sabah & Sarawak
      • Feature
      • Regional / Global
    • ESG
    • News & Events
    • What’s News Asia

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.