Konvensional VS Islamik, Utamakan Hari Kemudian

70
SHARES
138
VIEWS

Pada tahun 2017, ketika baru habis mengaji, ustazah bertanyakan soalan rawak: “Aisya, dana jenis apakah yang pelanggan awak melabur?”

Ketika itu, saya masih seorang ejen amanah saham dan tidak benar-benar mendalami isu konvensional vs Islamik. Maka saya pun jawab kepada ustazah bahawa ianya kombinasi dana konvensional dan Islamik.

“Mungkin awak patut tumpukan kepada dana Islamik semata-mata,” jawab beliau.

Saya rasa acuh tak acuh dengan cadangan beliau. Tidak lama kemudian, saya pergi menunaikan umrah dan kebetulan berada di dalam bilik hotel dan bukan bersama-sama rombongan. Saya membelek-belek Al-Quran dan ditakdirkan pada ketika itu saya terbaca satu surah berkenaan riba.

Kemudian baru saya sedar tentang apakah mesej yang sepatutnya saya dapat, di Tanah Suci berkenaan konvensional vs Islamik. Sejak daripada itu, saya semakin berminat nak tahu lebih mendalam.

Selepas pulang ke tanah air, saya menduduki peperiksaan CFP dan IFP dalam tempoh setahun. Walaupun terdapat modul yang mengajar teori tentang riba, gharar (ketidaktentuan) dan maisir (perjudian), namun tiada perbincangan khusus tentang implikasi bagi perancang kewangan yang menawarkan produk konvensional dan bukannya produk Islamik kepada para pelanggan kami.

Kita adalah apa yang kita makan, kan? Di dalam Islam, kita juga merupakan pendapatan yang kita perolehi.

Bertahun lamanya, saya mempunyai banyak soalan yang bermain di dalam minda yang tiada siapa boleh tolong jawabkan. Akhirnya pada awal tahun 2021, saya berpeluang untuk mendapatkan pandangan daripada seorang tokoh kewangan Islam yang terkenal. Selepas berbincang dengan beliau, saya akhirnya dapat jawapan yang saya cari selama ini.

Ianya merupakan sebahagian daripada perubahan yang kini menjadi sebati dengan jiwa, termasuklah apa yang saya kongsikan bersama-sama pelanggan saya, dan kini dengan anda semua.

Baca: Adakah Duit Boleh Beli Kebahagiaan?

Konvensional VS Islamik Adalah Sama

Masih ramai yang mempunyai tanggapan sebegini. Sekiranya bank Islam, syarikat pengurusan aset Islam dan operator takaful berkongsi pejabat, sistem, pekerja dengan adik-beradik mereka yang konvensional, maka bahagian Islam tersebut tidak menjadi halal, kan?

Tetapi sekiranya kita memperhalusinya, terdapat satu langkah tambahan bagi bahagian Islam tersebut untuk mendapatkan persetujuan Jawatankuasa Syariah dalaman sebelum sebarang produk Islam dihantar kepada pengawal selia dan Majlis Penasihat Syariah mereka untuk kelulusan.

Bayangkan begini: sekiranya nasi ayam mempunyai pelbagai resipi dan ramuan daripada pelbagai penjual, bagaimana kita buat keputusan untuk beli di kedai nasi ayam yang mana satu? Bahan utamanya adalah ayam, bukankah ayam tersebut halal?

Memilih yang halal tidak bermakna ianya tiada risiko. Ia hanya menyingkirkan risiko yang kita belum lihat. Sekiranya kita meletakkan syarat untuk hanya memakan makanan dan minumam yang halal, bukankah kita patut buat yang sama untuk perbankan dan pelaburan?

Baca: 7 Tabiat Individu Kaya Di Malaysia

Konvensional VS Islamik: Bertukar Kepada KWSP Patuh Syariah

Bagi yang beragama Islam, sudahkah anda menukarkan simpanan dalam KWSP daripada konvensional kepada Syariah?

Sekiranya anda berpandangan: “Tetapi saya boleh bayar zakat untuk keuntungan yang diterima daripada KWSP konvensional, kan?”

Saya ingin menjelaskan kepada anda bahawa ianya tidak tepat. Zakat hanya boleh dibayar ke atas pendapatan yang bebas daripada unsur-unsur riba, gharar dan maisir.

Baca: 3 Tips Pelaburan Untuk Anak Muda Sempena Tahun Baru

Konvensional VS Islamik: Menerapkan Penyelesaian Islamik Di Dalam Kehidupan Seharian

Ada banyak kad kredit Islamik dengan pelbagai manfaat di dalam pasaran. Tetapi ada satu yang saya ingin tekankan. Sekiranya anda merupakan pengguna kad kredit Maybank, Maybank membenarkan anda bertukar kepada Maybank Islamic tanpa menjejaskan had kredit atau skor kredit anda. Penghijrahan adalah percuma dan anda masih boleh akses kemudahan mata ganjaran anda.

Sebab utama untuk bertukar walaupun anda bayar sepenuhnya setiap bulan adalah kerana riba masih wujud di dalam semua transaksi kad konvensional, yang dikenali sebagai caj peniaga.

Bagaimana pula dengan akaun simpanan dan akaun simpanan semasa anda? Akaun anak-anak anda? Akaun CDS anda? Kripto?

Dalam persoalan konvensional vs Islamik, mula dengan berhijrah kesemuanya sekali kepada yang patuh Syariah.

Baca: Cara Nak Jimat Pinjaman Perumahan Anda Sebanyak 50% Dalam Separuh Masa, Dan Beli Kereta Idaman Secara Percuma

Kekangan Di Dalam Teknologi Kewangan

Masih terdapat syarikat fintech yang menawarkan platform yang bercampur aduk. Apa yang MIDF Invest lakukan adalah dengan menawarkan akaun konvensional dan akaun Islamik kepada para pelabur. Ini amat menarik kerana aplikasi ini hanya akan menyenaraikan saham-saham global yang patuh Syariah, sekiranya pelabur memilih akaun Islamik.

Ini membuktikan bahawa syarikat fintech boleh menawarkan pilihan akaun Islamik walaupun bergantung kepada struktur konvensional, sama seperti bagaimana MIDF Invest bergantung kepada Saxo Bank.

Baca: 4 Personaliti Diri Mengenai Duit

Konvensional VS Islamik: Pertarungan Harga Di Antara Insurans Dan Takaful

Sehingga kita dapat selesaikan kemelut permintaan dan penawaran, operator takaful akan berdepan dengan masalah untuk menurunkan harga bagi bersaing dengan syarikat konvensional. Kos pelas takaful kadangkala dua kali harga pelan insurans yang menawarkan perlindungan yang sama.

Saya lihat bagaimana pelanggan saya terpaksa memilih di antara yang benar daripada segi agama berbanding kemapuan. Semua orang perlukan perlindungan yang cukup, tetapi bagaimana untuk kami membimbing pelanggan untuk pilih mana yang terbaik sekiranya harga tak kena?

Baca: 6 Cara Nak Berdepan Dengan Inflasi Di Malaysia

Kewangan Islam Untuk Semua

Salah faham yang sering saya dengar adalah kepercayaan bahawa kewangan Islam hanya untuk orang Islam. Salah satu kekuatan kewangan Islam adalah ianya mengurangkan atau menghapuskan pendedahan terhadap perjudian, alkohol, hiburan, perbankan dan yang seangkatan dengannya.

Ianya berbalik kepada tahap toleransi risiko kita, apa yang anda inginkan dalam portfolio pelaburan dan lebih penting lagi, dalam kehidupan?

Baca: Pelaburan Terbaik 2023: Menjelang Kegawatan Ekonomi

Melangkaui Sijil IFP Kami

Ketika artikel ini ditulis, terdapat 363 orang Wakil Penasihat Kewangan Islam yang berdaftar di bawah Bank Negara Malaysia. Kami dilihat sebagai minoriti di dalam pasaran. Berikut merupakan sesuatu yang saya ingin rakan-rakan lain berfikir sejenak:

“Bagaimana kami menegakkan sijil IFP kami?”

IFP bukan sekadar tanda yang diletak pada nama dan kad perniagaan. Ianya bukan sekadar menyediakan pembiayaan Islam, dana Islam dan takaful kepada para pelanggan.

Bagi saya, perancangan kewangan Islam adalah cara hidup. Kita tegakkan kepercayaan, membuka ruang kepada pelanggan untuk turut serta agar ianya menjadi sebahagian daripada hidup mereka di sini dan di akhirat kelak.

Baca: 3 Cara Nak Capai Bebas Kewangan

Konvensional VS Islamik: Bukan Sekadar Wang Ringgit

Ada sesetengah perkara di dalam kehidupan yang kita tidak boleh hitung. Ada keputusan yang melangkau ROI yang kita boleh kira. Jadikan ROI tidak terkira ini sebagai panduan, dan percayalah rahmat akan turun.

Saya menyeru agar kita semua berkhidmat dengan bersungguh-sungguh dan semoga cahaya menyelubungi kita. Sedang kita hidup di dalam dunia yang mementingkan keuntungan, di manakah kebenaran buat kita, pelanggan dan yang Maha Esa?

“Kehidupan adalah tentang membuat keputusan, jadi kenapa tidak buat keputusan yang menguntungkan kita di dunia, dan juga di akhirat?”

Semoga kita mendapat hidayah di dalam konvensional vs Islamik, terutamanya bagi yang beragama Islam.

Mengenai Penulis

Aisya merupakan Penasihat Kewangan Yang Diluluskan daripada Harveston Financial Group. Beliau berkongsi kandungan literasi kewangan di Instagram beliau @aisyarahman.advisory setiap hari di dalam pelbagai topik kewangan. Aisya boleh dihubungi di aisya@aisyarahman.com.

Next Post