• Advertise
Subscribe
Smart Investor Malaysia
Advertisement
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
Smart Investor Malaysia
No Result
View All Result
Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor
Home HIDE FROM HOME

UEM Edgenta Perkukuh Komitmen Terhadap Pembangunan Infrastruktur Sarawak Menerusi Jambatan Batang Lupar

17 hours ago
0
73
SHARES
143
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 27 Julai 2026 – UEM Edgenta Berhad (“UEM Edgenta” atau “Syarikat”), syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur yang dilantik sebagai Perunding Pengurusan Projek (PMC), terus memperkukuhkan infrastruktur Sarawak. Susulan kejayaan menyiapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Syarikat kini mempertingkatkan lagi keupayaan pengurusan projek menerusi perlaksanaan projek mega Jalan Persisir Sarawak dan Jalan Utama Kedua Sarawak (CSTR). Tunjang utama kepada projek infrastruktur bernilai RM11 bilion ini ialah Jambatan Batang Lupar 1 yang telah dirasmikan oleh Premier Sarawak pada 9 Julai lalu. Sebagai jambatan merentasi sungai terpanjang di Malaysia, struktur ikonik ini bukan sekadar satu pencapaian kejuruteraan, malah berfungsi sebagai penghubung utama yang menyatukan rangkaian jalan persisir negeri.

Disebalik kejayaan menghubungkan Sebuyau dan Triso, terselit kisah sebenar pembinaan Jambatan Batang Lupar 1, satu perjalanan yang mencerminkan ketekunan dan keazaman kejuruteraan dalam merealisasikan projek ini. Diterajui oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak (JKR Sarawak) sebagai peneraju utama projek, pembinaan struktur mega merentasi salah satu sungai paling mencabar di negeri ini memerlukan tadbir urus teknikal yang amat rapi. Bekerjasama rapat dengan JKR Sarawak, UEM Edgenta menyediakan pengurusan projek serta penyeliaan teknikal yang kritikal bagi memastikan visi besar ini dilaksanakan dengan selamat dan cekap.

Merentasi muara Batang Lupar sepanjang 4.844 kilometer, jambatan kabel pancang ini melintasi halangan geografi utama yang selama ini memisahkan komuniti di kawasan persisir. Jambatan ini merupakan sebahagian daripada rangkaian CSTR yang merangkumi 14 jambatan utama, termasuk lima (5) jambatan kabel penahan yang menjadi mercu tanda pembangunan infrastruktur Sarawak. Pembinaan struktur sebesar ini memerlukan pemasangan cerucuk yang menjangkau jauh ke dasar sungai yang kompleks serta pengurusan ratusan ribu tan metrik bahan binaan. Sebagai PMC, UEM Edgenta dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelbagai kontraktor, memastikan pematuhan kepada piawaian keselamatan dan kualiti antarabangsa, serta memastikan perlaksanaan projek mengikut jadual walaupun berdepan cabaran persekitaran yang tidak menentu.

Mengulas mengenai skala penyelarasan teknikal tersebut, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Shaiful Subhan berkata, “Menghubungkan jurang geografi yang begitu besar memerlukan penyelarasan keupayaan teknikal yang luar biasa. Di UEM Edgenta, penyelesaian infrastruktur kami direka untuk mengurus tahap kerumitan seperti ini, sekali gus memastikan integriti struktur serta pengurusan projek Jambatan Batang Lupar 1 memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti antarabangsa tertinggi.”

Bagi merealisasikan projek ini, UEM Edgenta memanfaatkan teknologi pengurusan projek terkini. Projek berskala besar seperti ini memerlukan lebih daripada sekadar pemantauan konvensional; ia menuntut ketepatan digital yang tinggi bagi memenuhi spesifikasi yang ketat. Dengan memanfaatkan analitik pembinaan masa nyata serta pemantauan tapak menggunakan dron, UEM Edgenta bersama pasukan projek berjaya mengekalkan pemantauan menyeluruh sepanjang hampir lima (5) kilometer jajaran jambatan bagi memastikan jaminan kualiti dilaksanakan secara menyeluruh. Pendekatan berasaskan teknologi ini memastikan setiap komponen dihasilkan dan dipasang mengikut spesifikasi yang ditetapkan sebelum dibawa ke lokasi pemasangan.

Lebih penting lagi, peranan Syarikat di lapangan bukan sekadar tertumpu kepada penyiapan projek. Dengan melibatkan jurutera dan kontraktor tempatan Sarawak secara aktif dalam penggunaan teknologi BIM dan dron, projek ini turut menjadi platform pemindahan ilmu dan kepakaran khusus yang memperkukuh keupayaan tempatan untuk mengendalikan projek mega marin pada masa hadapan.

Cabaran projek Batang Lupar bukan sahaja melibatkan aspek geografi dan struktur, malah turut merangkumi faktor alam sekitar yang sangat mencabar. Sungai ini terkenal dengan fenomena benak (tidal bore) yang kuat serta arus yang deras. Selain itu, Lembangan Batang Lupar merupakan habitat semula jadi kepada antara populasi buaya muara terbesar di rantau ini, yang sinonim dengan legenda Bujang Senang. Bagi UEM Edgenta, pengurusan keselamatan tapak memerlukan pendekatan yang jauh lebih menyeluruh daripada prosedur operasi biasa. Tadbir urus Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar (HSE) diperluaskan melangkaui pengurusan jentera berat dengan merangkumi langkah keselamatan maritim yang ketat, pemantauan pasang surut serta kesedaran terhadap ekologi setempat. Kejayaan mencapai jutaan jam bekerja tanpa insiden besar dalam persekitaran sungai yang mencabar ini membuktikan budaya keselamatan yang tinggi yang diterapkan oleh Syarikat di setiap peringkat pelaksanaan projek.

Akhirnya, kepakaran kejuruteraan yang dicurahkan dalam pembinaan Jambatan Batang Lupar 1 bukan sekadar diukur melalui kehebatan strukturnya, tetapi juga melalui impak jangka panjang kepada rakyat dan komuniti yang dihubungkannya. Selama beberapa dekad, perjalanan antara bandar-bandar pesisir yang dipisahkan oleh sungai ini bergantung kepada perkhidmatan feri, sekali gus menjadi kekangan kepada aktiviti ekonomi tempatan serta melambatkan perkhidmatan kecemasan. Melalui kejayaan menyelia pembinaan jambatan ini, UEM Edgenta menyokong usaha Kerajaan Negeri Sarawak dalam merapatkan jurang sosioekonomi yang wujud. Jambatan ini dijangka mengurangkan masa perjalanan dengan ketara, membuka peluang pelaburan baharu di sepanjang kawasan pesisir, memperkukuh rantaian bekalan sektor pertanian serta meningkatkan akses masyarakat luar bandar kepada kemudahan kesihatan dan pendidikan.

Bersempena sambutan Hari Sarawak yang baru sahaja diraikan, pelancaran jambatan ini membawa makna yang cukup besar. Pengarah Urusan Infrastructure Solutions UEM Edgenta, Raihana Ahmad, berkata projek ini melambangkan aspirasi yang lebih besar daripada sekadar sebuah struktur fizikal. “Jambatan ini merupakan manifestasi perpaduan. Bagi kami di UEM Edgenta, menyelia pelaksanaan projek ini merupakan satu tanggungjawab kepada negara. Seiring dengan semangat Hari Sarawak, kami amat berbangga kerana kepakaran kejuruteraan dan penyeliaan yang kami laksanakan telah membantu mengubah sebuah struktur konkrit menjadi nadi penghubung yang akan membawa kemakmuran bersama kepada masyarakat luar bandar dan pesisir.”

Usaha tersebut turut mendapat pengiktirafan apabila UEM Edgenta menerima IEM Pinnacle Award 2026 dalam kategori Engineering & Construction, yang disampaikan oleh Institution of Engineers Malaysia (IEM) sempena Majlis Makan Malam Tahunan dan Anugerah ke-67 badan profesional itu. Anugerah tersebut mengiktiraf peranan UEM Edgenta sebagai PMC yang bekerjasama rapat dengan JKR Sarawak dalam menjayakan projek ikonik ini.

Hari ini, Jambatan Batang Lupar 1 bukan sahaja berdiri megah sebagai jambatan merentasi sungai terpanjang di negara ini, malah menjadi simbol kebanggaan Sarawak serta kedaulatan ekonomi wilayah Sarawak. Di sebalik keagungan strukturnya terserlah kepakaran teknikal, tadbir urus yang mantap, inovasi teknologi serta komitmen tinggi terhadap keselamatan oleh UEM Edgenta yang menjadi pemacu utama dalam merealisasikan aspirasi pembangunan infrastruktur terbesar Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai UEM Edgenta, layari https://www.uemedgenta.com.

Hashtag: #UEMEdgenta

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Mengenai UEM Edgenta

UEM Edgenta Berhad (“UEM Edgenta”), anak syarikat milik penuh UEM Group Berhad, merupakan sebuah syarikat Pengurusan Aset dan Penyelesaian Infrastruktur yang menyediakan penyelesaian bersepadu menyeluruh merentasi keseluruhan kitaran hayat aset. Syarikat menggabungkan kecemerlangan kejuruteraan dalam reka bentuk, pengurusan projek dan perundingan aset dengan keupayaan pengurusan aset berteraskan teknologi bagi mengoptimumkan prestasi, kecekapan dan daya tahan aset.

Dengan operasi di Malaysia, Singapura, Indonesia, Taiwan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Kerajaan Arab Saudi, UEM Edgenta menyokong prestasi aset kritikal secara mampan dan boleh dipercayai, termasuk kemudahan penjagaan kesihatan, rangkaian pengangkutan serta infrastruktur perindustrian.

Previous Post

PRU Pop Run registration officially opens

Next Post

HKT 科技周2026盛大啟幕 匯聚環球夥伴生態圈 共築香港 AI 創新樞紐新里程

Next Post

Welcome to juju world: Pacific Place x CJ Hendry Unveil Hong Kong's First Large-Scale juju Experience This Summer

  • Trending
  • Comments
  • Latest

Robo Advisor In Malaysia, 8 Robo Advisor Platforms To Choose From

17/08/2022

MRTT VS MRTA, What’s The Difference?

11/10/2023
A calculator on financial chart, financial concept

Tax For The 6 Common Investments In Malaysia

19/09/2023

How To Open A CDS And Share Trading Account?

02/05/2023

Digital Fundraising Platforms in Malaysia

Retirement Plans for the Self-Employed

SC Guidelines On Digital Assets

Retirement planning advise from the experts

Retirement Planning: Best Practices and Advice From Experts

智象未來 HiDream.ai 完成 15 億元人民幣 C 輪融資

27/07/2026

HiDream.ai Raises RMB 1.5 Billion Series C to Advance Native Omni-modal World Models

27/07/2026

Dr. Gunther von Hagens, Inventor of Plastination & Creator of BODY WORLDS, Has Passed Away

27/07/2026

歡迎走進「juju world」 太古廣場 x CJ Hendry 打造全港首個juju大型藝術體驗

27/07/2026

智象未來 HiDream.ai 完成 15 億元人民幣 C 輪融資

8 hours ago

HiDream.ai Raises RMB 1.5 Billion Series C to Advance Native Omni-modal World Models

8 hours ago

Dr. Gunther von Hagens, Inventor of Plastination & Creator of BODY WORLDS, Has Passed Away

9 hours ago

歡迎走進「juju world」 太古廣場 x CJ Hendry 打造全港首個juju大型藝術體驗

16 hours ago
The Smart Investor

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

Category

Sign up to read our newsletter

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

    No Result
    View All Result
    • Start Here
      • Guides
      • How-Tos
      • Analysis
    • Investments
      • Asset Management
      • Stocks
      • Islamic Finance
        • Islamic Personal Finance
      • Alternative Investments
    • Personal Finance
      • Cash Management
      • Grow Your Wealth
      • Protect Your Wealth
      • Distribute Your Wealth
      • Behavioural Finance
    • Enterprise
      • Startups
      • Entrepreneurs
      • SMEs
      • Leadership
      • Business Planning
      • Fintech
    • Property
      • First Time Home Buyers
      • Central
      • Northern
      • Southern
      • Sabah & Sarawak
      • Feature
      • Regional / Global
    • ESG
    • News & Events
    • What’s News Asia

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.