• Advertise
Subscribe
Smart Investor Malaysia
Advertisement
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
Smart Investor Malaysia
No Result
View All Result
Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor
Home HIDE FROM HOME

Disney Garden of Wonder kembali mekar di Gardens by the Bay, Singapura dengan topiari watak serba baharu

7 hours ago
0
73
SHARES
143
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Edisi kedua pameran topiari popular ini memperkenalkan kawasan interaktif yang menampilkan Disney’s Frozen, ebih banyak diorama watak Disney dan Pixar kegemaran ramai, termasuk Toy Story 5 dan Disney Princess

SINGAPURA – Media OutReach Newswire – 8 Jun 2026 – Keajaiban Disney mekar semula di destinasi hortikultur utama Singapura, Gardens by the Bay, dengan apabila edisi kedua Disney Garden of Wonder dibuka hari ini. Menampilkan 23 topiari berwarna-warni yang diinspirasikan oleh watak-watak Disney dan Pixar kegemaran ramai, pameran yang mempesonakan ini mentransformasi Floral Fantasy menjadi sebuah dunia seni bunga dan imaginasi sehingga 14 Mac 2027.

Si Cantik dan Buruk Rupa (Beauty and the Beast)
Si Cantik dan Buruk Rupa (Beauty and the Beast)

Dianjurkan dengan kerjasama Disney dan disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura, Disney Garden of Wonder diinspirasikan oleh kisah-kisah Disney dan Pixar yang telah menambat hati peminat pelbagai generasi dari seluruh dunia, mengajak semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia untuk meneroka semula kisah kegemaran mereka tentang keberanian, kebaikan, persahabatan, dan kasih sayang melalui keindahan flora. Susulan kejayaan edisi sulungnya di Gardens by the Bay pada tahun 2024, pameran bunga yang memukau ini kembali dengan edisi kedua yang lebih istimewa.

Anna dan Olaf dalam Frozen
Anna dan Olaf dalam Frozen

Pengunjung boleh menjangkakan lima kawasan tema yang berikut:

  • Frozen, di mana arca topiari Anna, Elsa dan Olaf daripada Frozen menghiasi landskap bersalji yang mempesonakan dan dihidupkan melalui pencahayaan bertema yang membayangkan dunia ajaib diselaputi salji. Diinspirasikan oleh Istana Ais Elsa, pengunjung boleh melangkah di atas lantai interaktif, di mana kepingan salji ajaib menari dan bertindak balas terhadap pergerakan mereka.
  • Disney princesses, yang menampilkan Rapunzel bersama sahabat baiknya, Pascal si Kameleon; Belle bersama dengan Beast serta rakan-rakan ajaib mereka; serta Jasmine yang ditemani oleh harimau setianya, Rajah.
  • Hundred Acre Wood, di mana Winnie the Pooh, Eeyore, Piglet, dan Tigger berkumpul dalam suasana majlis yang ceria. Pengunjung boleh merasai pengalaman seolah-olah mereka benar-benar menyertai semua watak di meja makan tersebut, di samping Tigger yang melompat-lompat dan Piglet yang berpusing dengan ceria.
  • Toy Story 5, di mana Woody, Jessie, dan Buzz Lightyear muncul sebagai topiari dalam latar yang ceria diinspirasikan oleh Bilik Bonnie, bersama paparan watak baharu, Lilypad dan Smarty Pants.
  • Go Local, zon bertemakan Singapura di mana watak-watak Disney dipamerkan dalam latar tempatan. Chip ‘n Dale bertenggek di atas aiskrim potong gergasi; Minnie Mouse dan Daisy Duck berkongsi hidangan laksa; dan Mickey Mouse menyediakan minuman tradisional teh tarik bersama Donald Duck.
Di luar Floral Fantasy, topiari Mickey sebagai Sorcerer’s Apprentice setinggi 4 meter diletakkan sebagai penanda pintu masuk, mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Gardens by the Bay.

Topiari buatan tangan ini dihasilkan daripada lebih 40 spesies bahan bunga yang diawet dan dikeringkan yang mengambil masa lebih 16,000 jam kerja untuk disiapkan.

Setiap bahan dipilih berdasarkan warna, tekstur, dan bentuk, bagi membantu menyerlahkan ciri-ciri setiap watak. Sebagai contoh, banyak bunga digunakan untuk pameran Disney Princess, manakala rambut Rapunzel pula dihasilkan daripada Stipa, sejenis rumput saka yang mempunyai kepala bunga yang atau menyerupai oat.

Landskap di kawasan sekeliling juga menggunakan palet tumbuhan yang mencerminkan suasana setiap zon — bunga matahari dan bunga marigold digunakan bagi mencerminkan suasana padang rumput berona madu untuk kawasan Winnie the Pooh, manakala bunga lili dan mawar digunakan untuk menghasilkan suasana romantik dengan tona permata seperti di dalam kisah-kisah Disney Princesses. Bunga hydrangea dan dusty miller dipilih untuk membangkitkan warna biru ais, putih, dan perak bagi Frozen.

Sepanjang tempoh Garden of Wonder, para pengunjung boleh menikmati sesi bertemu sapa pada hujung minggu terpilih bersama Mickey Mouse dan Minnie Mouse yang akan mengenakan pakaian yang diinspirasikan oleh bunga kebangsaan Singapura, Vanda Miss Joaquim. Donald Duck dan Daisy Duck juga akan turut serta dalam pengalaman ini pada hujung minggu terpilih, dengan mengenakan pakaian percutian santai di pulau tropika. Tarikh sesi bertemu sapa boleh didapati di www.gardensbythebay.com.sg/disneygardenofwonder.

Pengunjung boleh melengkapkan pengalaman mereka dengan membeli-belah di kedai cenderamata, yang menawarkan barangan yang dilancarkan secara eksklusif di Disney Garden of Wonder.

Disney Garden of Wonder

Tarikh: 8 Jun 2026 hingga 14 Mac 2027
Masa: 10 pagi hingga 9 malam
Tempat: Floral Fantasy, Gardens by the Bay
Butiran: Tiket berharga SG$24 untuk dewasa dan SG$16 untukkanak- kanak
Cara ke lokasi: Naik MRT ke stesen Bayfront. Sebagai alternatif, pengunjung boleh turun di tempat letak kereta Bayfront Plaza dengan menaiki teksi atau menggunakan perkhidmatan e-hailing. Maklumat lanjut boleh didapati di sini.

Layari www.gardensbythebay.com.sg/disneygardenofwonder untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Hashtag: #DisneyGardenofWonder #Floralfantasy #GardensbytheBay

http://www.gardensbythebay.com.sg
https://sg.linkedin.com/company/gardens-by-the-bay
https://www.facebook.com/gardensbythebay/
https://www.instagram.com/gardensbythebay/

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Gardens by the Bay

Sebagai bahagian penting dalam visi “Bandar dalam Alam Semula Jadi” Singapura, Gardens by the Bay ialah taman nasional dan tarikan hortikultur utama yang mempamerkan seni taman dan bunga terbaik untuk dinikmati semua. Meliputi kawasan seluas 101 hektar di tengah-tengah kawasan bandar Marina Bay, Singapura, ia terdiri daripada tiga taman persisiran — Bay South, Bay East dan Bay Central. Bay South, yang merupakan taman terbesar dengan keluasan 54 hektar, telah dibuka secara rasmi pada 29 Jun 2012.

Berpandukan visi untuk menjadi dunia taman untuk dimiliki, dinikmati dan dihargai oleh semua, koleksi tumbuhan yang luas, pameran bunga yang sentiasa berubah, serta pelbagai program menarik di taman ini telah berjaya mencetuskan imaginasi orang ramai, sementara inisiatif komuniti Gift of Gardens, yang dinaungi oleh Encik Tharman Shanmugaratnam, Presiden Republik Singapura, menyantuni orang ramai daripada pelbagai latar belakang.

Sejak dibuka, Gardens by the Bay telah menerima lebih 115 juta pengunjung dan meraih pelbagai anugerah antarabangsa termasuk tempat ketiga bagi Tarikan Terbaik di Dunia dalam Tripadvisor Travelers’ Choice Awards Best of the Best 2026, Pencapaian Cemerlang dalam Kelestarian di Singapore Tourism Awards 2024, Tarikan Tema Terbaik di TTG Travel Awards 2022 dan 2023, serta Pengalaman Tarikan Terbaik di Singapore Tourism Awards 2019. Gardens by the Bay akan terus menyegarkan dan menambah baik tawarannya agar terus menjadi tempat yang boleh dinikmati oleh semua, iaitu sebuah taman di mana keajaiban mekar.

Untuk maklumat lanjut, layari www.gardensbythebay.com.sg.

Previous Post

铂晶闪耀:”银河艺萃”绽放通透之美

Next Post

Khu vườn Kỳ diệu Disney lại khoe sắc tại Gardens by the Bay, Singapore với nghệ thuật tạo hình nhân vật bằng cây cảnh hoàn toàn mới

Next Post

Kapsch TrafficCom Secures Three Major Tolling Projects in New Zealand

  • Trending
  • Comments
  • Latest

Robo Advisor In Malaysia, 8 Robo Advisor Platforms To Choose From

17/08/2022
A calculator on financial chart, financial concept

Tax For The 6 Common Investments In Malaysia

19/09/2023

MRTT VS MRTA, What’s The Difference?

11/10/2023

How To Open A CDS And Share Trading Account?

02/05/2023

Digital Fundraising Platforms in Malaysia

Retirement Plans for the Self-Employed

SC Guidelines On Digital Assets

Retirement planning advise from the experts

Retirement Planning: Best Practices and Advice From Experts

Kapsch TrafficCom Secures Three Major Tolling Projects in New Zealand

09/06/2026

Disney Garden of Wonder blooms to life again at Singapore’s Gardens by the Bay with all-new character topiaries

08/06/2026

迪士尼与皮克斯人气角色化为植物雕塑齐聚新加坡滨海湾花园 “迪士尼奇妙花园”主题展在新加坡再度绽放

08/06/2026

Khu vườn Kỳ diệu Disney lại khoe sắc tại Gardens by the Bay, Singapore với nghệ thuật tạo hình nhân vật bằng cây cảnh hoàn toàn mới

08/06/2026

Kapsch TrafficCom Secures Three Major Tolling Projects in New Zealand

3 hours ago

Disney Garden of Wonder blooms to life again at Singapore’s Gardens by the Bay with all-new character topiaries

7 hours ago

迪士尼与皮克斯人气角色化为植物雕塑齐聚新加坡滨海湾花园 “迪士尼奇妙花园”主题展在新加坡再度绽放

7 hours ago

Khu vườn Kỳ diệu Disney lại khoe sắc tại Gardens by the Bay, Singapore với nghệ thuật tạo hình nhân vật bằng cây cảnh hoàn toàn mới

7 hours ago
The Smart Investor

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

Category

Sign up to read our newsletter

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

    No Result
    View All Result
    • Start Here
      • Guides
      • How-Tos
      • Analysis
    • Investments
      • Asset Management
      • Stocks
      • Islamic Finance
        • Islamic Personal Finance
      • Alternative Investments
    • Personal Finance
      • Cash Management
      • Grow Your Wealth
      • Protect Your Wealth
      • Distribute Your Wealth
      • Behavioural Finance
    • Enterprise
      • Startups
      • Entrepreneurs
      • SMEs
      • Leadership
      • Business Planning
      • Fintech
    • Property
      • First Time Home Buyers
      • Central
      • Northern
      • Southern
      • Sabah & Sarawak
      • Feature
      • Regional / Global
    • ESG
    • News & Events
    • What’s News Asia

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.