• Advertise
Subscribe
Smart Investor Malaysia
Advertisement
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
Smart Investor Malaysia
No Result
View All Result
Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor
Home HIDE FROM HOME

Shopee Lancar Inisiatif RM150 Juta “Shopee Lindung Niaga” Sokong Daya Tahan Perniagaan PMKS Malaysia

16 hours ago
0
74
SHARES
145
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Inisiatif gabung sokongan segera dan pelaburan berterusan bagi membantu pertumbuhan mampan perniagaan, sambil mengekalkan akses serta nilai untuk pengguna

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 29 April 2026 – Shopee, platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan serta antara platform e-dagang terkemuka di Brazil, hari ini mengumumkan pelancaran Shopee Lindung Niaga, satu inisiatif bernilai RM150 juta yang direka untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Malaysia melalui langkah-langkah praktikal meliputi penghantaran, modal kerja dan pemenuhan pesanan.

Sokongan RM150 juta merangkumi tiga teras strategik bagi membantu penjual mengurus kos, memperkukuh daya tahan dan memenuhi keperluan pembeli dengan lebih baik
Sokongan RM150 juta merangkumi tiga teras strategik bagi membantu penjual mengurus kos, memperkukuh daya tahan dan memenuhi keperluan pembeli dengan lebih baik

Inisiatif ini mencerminkan pendekatan seimbang dalam menyokong pengguna dan PMKS ketika berdepan persekitaran operasi yang semakin mencabar. Dengan menggabungkan sokongan segera serta pelaburan berterusan dalam alat dan infrastruktur yang menjadi sandaran perniagaan, Shopee berhasrat membantu memperkukuh ketahanan perniagaan dalam jangka panjang, di samping memastikan akses dan nilai yang konsisten untuk pengguna.

Dalam usaha perniagaan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, Shopee Lindung Niaga memberi tumpuan bagi membantu PMKS mengekalkan operasi dalam tempoh terdekat sambil melabur dalam keupayaan yang diperlukan untuk terus berdaya saing.

“Shopee Lindung Niaga direka untuk menyediakan sokongan praktikal pada masa dan tempat yang paling diperlukan,di samping kami terus melabur dalam sistem dan alat yang menjadi sandaran perniagaan kecil untuk terus beroperasi dan berkembang, ,” kata Ian Ho, Naib Presiden, Shopee Malaysia.

“Pada masa sama, penting untuk pengguna terus mempunyai akses kepada barangan keperluan secara konsisten dan boleh dipercayai. Kedua-duanya penting dalam memastikan ekosistem yang sihat dan seimbang.”

Merangsang Aktiviti Jual Beli

Di bawah pakej Shopee Lindung Niaga bernilai RM150 juta ini, Shopee menyediakan sokongan bersasar kepada pengguna dan PMKS tempatan yang layak menerusi tiga teras strategik:

1. Menyokong aktiviti transaksi melalui langkah sokongan bersasar: Shopee memperkukuh sokongan terhadap aktiviti jual beli melalui gabungan inisiatif logistik dan langkah bersasar bagi kategori produk utama.

  • Langkah pertama ialah pengenalan baucar penghantaran percuma tanpa pembelian minimum, yang membantu mengekalkan akses kepada keperluan harian serta menggalakkan aktiviti pembelian. Ini seterusnya membantu mengekalkan permintaan dan menyokong penjual dalam mengekalkan kadar penukaran jualan.
  • Sokongan tambahan turut disediakan bagi barangan bersaiz besar dan bernilai tinggi seperti perabot dan peralatan rumah. Melalui sokongan baucar khusus untuk kategori ini, Shopee membantu mengimbangi kos penghantaran yang lebih tinggi serta memudahkan urusan penghantaran yang lebih kompleks.
  • Ini menjadikan pembelian barangan besar lebih mudah diakses oleh pengguna, sambil membolehkan penjual dalam segmen ini memenuhi permintaan dan menjangkau pelanggan dengan lebih berkesan.

2. Memperluas akses kepada modal kerja: Pembiayaan kekal sebagai pemangkin penting bagi PMKS. Melalui kerjasama dengan Monee, Shopee memperluas akses kepada penyelesaian modal kerja termasuk SLoan for Sellers dan Quick Funds.

  • Modal pertumbuhan melalui SLoan for Sellers: Kemudahan ini direka untuk memudahcara lebih RM5 juta pembiayaan penjual, termasuk subsidi kadar faedah 100 peratus bagi ansuran pertama untuk pengguna baharu, bagi menyokong pengisian semula stok dan peluasan perniagaan yang lebih tangkas.
  • Akses dana segera melalui Quick Funds: Penjual baharu turut ditawarkan diskaun 50 peratus ke atas yuran pendahuluan serta percubaan percuma selama 20 hari, sekali gus memberi akses segera kepada pendapatan mereka untuk membantu mengurus aliran tunai.

3. Memperkukuh keupayaan pemenuhan untuk operasi lebih fleksibel: Shopee turut memperluas akses kepada Fulfilled by Shopee (FBS), membolehkan lebih ramai penjual memanfaatkan sokongan pergudangan dan logistik yang membantu meningkatkan kecekapan operasi.

  • Percubaan Percuma Fulfilled by Shopee (FBS) Selama Enam Bulan: Penjual yang layak berpeluang mengakses sokongan FBS tanpa kos bagi tempoh 6 bulan, sekaligus meningkatkan fleksibiliti dalam pengurusan kos operasi serta memperluas skala perniagaan, khususnya ketika tempoh puncak. Ini membolehkan penjual memberi lebih tumpuan kepada pertumbuhan perniagaan sambil mengekalkan konsistensi perkhidmatan.
  • Penjual yang menggunakan FBS turut mencatat peningkatan purata sekitar 20 peratus dalam trafik kedai, mencerminkan keterlihatan yang lebih baik serta akses kepada ciri platform yang membantu mereka menjangkau lebih ramai pelanggan.
  • Bagi pengguna, ini diterjemahkan kepada penghantaran yang lebih boleh dipercayai serta pengalaman membeli-belah yang lebih lancar.

Bagi penjual yang telah memanfaatkan program-program ini, ia telah membantu menyokong pertumbuhan perniagaan mereka.

Nur Shafiqah Mokhtar, pengasas kedai pakaian kanak-kanak Dashboxx Solutions, berkata: “SLoan membantu kami memperoleh modal tambahan dengan cepat untuk berkembang. Daripada memperlahankan operasi akibat kekangan aliran tunai, kami dapat meningkatkan operasi hampir serta-merta apabila pembiayaan diluluskan dan disalurkan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.”

Stephen Beh, pengasas kedai keperluan bayi dan kanak-kanak Moo Baby, berkata: “Baucar penghantaran percuma memberi memberi impak besar kepada kami. Pelanggan lebih cenderung melengkapkan pembelian apabila mereka tidak perlu risau tentang kos penghantaran, khususnya bagi barangan bernilai lebih rendah. Ia membantu meningkatkan penukaran dan melengkapkan pembelian.”

Menyokong Daya Saing Jangka Panjang Melalui Alat Digital dan AI

Selain sokongan segera, Shopee terus melabur dalam alat digital yang membantu penjual meningkatkan kecekapan dan menyesuaikan operasi mereka dari masa ke semasa, termasuk Chat AI Assistant, Product AI Optimiser dan AI Model Try-On, yang membantu penjual menjimatkan masa serta mengurus perniagaan dengan lebih berkesan untuk jangka panjang.

“Perniagaan yang berdaya tahan bukan dibina melalui sokongan jangka masa pendek semata-mata, tetapi juga melalui pelaburan berterusan dalam keupayaan, teknologi dan kerjasama yang membantu perniagaan berkembang untuk jangka masa panjang ,” kata Ho.

Hashtag: #Shopee

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan dan Brazil. Shopee memacu ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membantu perniagaan beralih ke platform digital serta mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, selain memperluas akses orang ramai kepada perkhidmatan digital dan memperkasa komuniti tempatan.

Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan interaktif, dinikmati oleh jutaan pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang penting kepada ekonomi digital dengan komitmen kukuh untuk membantu jenama tempatan dan usahawan berkembang maju dalam e-dagang.

Shopee ialah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat teknologi global. Misi Sea adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi menerusi tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.

Previous Post

Shandong’s Boxing Port Launches Inaugural Foreign Trade Shipment, Opening New Logistics Corridor to Philippines

Next Post

Shopee Launches RM150 million “Shopee Lindung Niaga” Initiative to Support Business Resilience of Malaysian MSMEs

Next Post

Christie's and Porsche Design Tower Bangkok Host an Exclusive Collector's Evening in Bangkok

  • Trending
  • Comments
  • Latest

Robo Advisor In Malaysia, 8 Robo Advisor Platforms To Choose From

17/08/2022
A calculator on financial chart, financial concept

Tax For The 6 Common Investments In Malaysia

19/09/2023

MRTT VS MRTA, What’s The Difference?

11/10/2023

How To Open A CDS And Share Trading Account?

02/05/2023

Digital Fundraising Platforms in Malaysia

Retirement Plans for the Self-Employed

SC Guidelines On Digital Assets

Retirement planning advise from the experts

Retirement Planning: Best Practices and Advice From Experts

Beijing Auto Show Opens: 1,500 Global Partners Join GWM in a Commitment to the Future, Strengthening Its Global Footprint

29/04/2026

中銀香港開展「退優‧新活」 謝寧談「退優」智慧

29/04/2026

Direct Travel Introduces Avenir Across Global Specialty Markets

29/04/2026

高陞集团及附属公司协办HKSREC太空智能创新主题活动

29/04/2026

Beijing Auto Show Opens: 1,500 Global Partners Join GWM in a Commitment to the Future, Strengthening Its Global Footprint

10 hours ago

中銀香港開展「退優‧新活」 謝寧談「退優」智慧

10 hours ago

Direct Travel Introduces Avenir Across Global Specialty Markets

12 hours ago

高陞集团及附属公司协办HKSREC太空智能创新主题活动

12 hours ago
The Smart Investor

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

Category

Sign up to read our newsletter

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

    No Result
    View All Result
    • Start Here
      • Guides
      • How-Tos
      • Analysis
    • Investments
      • Asset Management
      • Stocks
      • Islamic Finance
        • Islamic Personal Finance
      • Alternative Investments
    • Personal Finance
      • Cash Management
      • Grow Your Wealth
      • Protect Your Wealth
      • Distribute Your Wealth
      • Behavioural Finance
    • Enterprise
      • Startups
      • Entrepreneurs
      • SMEs
      • Leadership
      • Business Planning
      • Fintech
    • Property
      • First Time Home Buyers
      • Central
      • Northern
      • Southern
      • Sabah & Sarawak
      • Feature
      • Regional / Global
    • ESG
    • News & Events
    • What’s News Asia

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.