
MaoMaoLand Memperkasakan Wanita dengan Fesyen Positif Tubuh untuk CNY
Tiada yang lebih sinonim dengan sambutan Tahun Baharu Cina selain membeli pakaian baharu. Bagi MaoMao, pengalaman peribadinya menghadapi kesukaran mencari cheongsam yang sesuai menjadi titik permulaan kepada misinya untuk menjadikan fesyen lebih inklusif dan mudah diakses oleh wanita pelbagai saiz. Melalui pendekatan fesyen positif tubuh, beliau telah memberi inspirasi kepada wanita untuk tampil lebih yakin, sambil membina komuniti setia seramai lebih 60,000 pengikut di YouTube.
Setiap musim Tahun Baru Cina, MaoMao menyusun cadangan pembelian perayaan sambil membimbing rakyat Malaysia merancang padanan pakaian mengikut hari, acara dan kumpulan sosial yang berbeza. Tahun ini, beliau meneruskan pendekatan tersebut menerusi #GetReadyWithShopee dengan berkongsi gaya solekan, tip padanan serta inspirasi Outfit-Of-The-Day (OOTD) yang sedang menjadi trend, seperti denim dan cheongsam labuh. Pendekatan ini memudahkan pembeli mendapatkan keperluan fesyen perayaan mereka di satu destinasi.
Sebagai pencipta kandungan dalam YouTube Shopping Affiliate Program, MaoMao turut membantu meluaskan capaian Jualan CNY Shopee dengan mengetengahkan jenama popular di platform, termasuk pilihan utamanya, LOVITO. Pada 31 Januari, peminat boleh menyaksikan MaoMao dan LOVITO memperagakan koleksi pakaian Tahun Baharu Cina yang dikurasi menerusi saluran YouTube, lengkap dengan tawaran eksklusif perayaan seperti baucar diskaun 25% setiap hari untuk ahli Shopee VIP.
“Tahun Baharu Cina adalah masa untuk berkumpul, meraikan kepelbagaian dan menghargai keunikan diri masing-masing. Melalui kandungan saya, saya ingin wanita merasakan bahawa gaya perlu menyesuaikan diri dengan mereka, bukan sebaliknya. Shopee memudahkan pengalaman ini dengan pelbagai jenama mesra saiz besar untuk diterokai,” katanya.
Pendekatan inklusif MaoMao membuahkan hasil yang ketara, dengan jumlah tontonan kandungannya meningkat tiga kali ganda menjelang musim perayaan. Trend ini mencerminkan bagaimana pengguna semakin bergantung kepada perdagangan berasaskan kandungan untuk perancangan perayaan, di mana kandungan bukan sahaja memberi inspirasi, malah membantu memenuhi keperluan pembelian secara langsung.
Guru Influencer Jadikan CNY Sebagai “Kelas” Membeli-Belah
Menjelang Tahun Baharu Cina, rakyat Malaysia bukan sahaja mencari gaya, tetapi juga nilai terbaik untuk setiap pembelian. Bagi Danial, seorang guru dan influencer dari Kuala Lumpur, musim perayaan ini menjadi peluang untuk menggabungkan latar belakang pendidikannya dengan minat terhadap fesyen, sambil menunjukkan cara membeli-belah dengan lebih yakin dan terancang melalui Jualan CNY Shopee.
Menerusi kandungan di Instagram, Danial membimbing pengikutnya membuat pilihan pembelian yang bijak sambil menggayakan penampilan Tahun Baharu Cina dengan mengarahkan mereka ke Shopee. Beliau menggalakkan pengikutnya menonton Shopee Live di platform tersebut, di mana demonstrasi masa nyata, baucar boleh digabungkan serta kandungan interaktif membantu pembeli memaksimumkan nilai setiap ringgit. Dengan menekankan hari jualan puncak seperti 2.2 yang akan datang, beliau turut menggalakkan pembelian dirancang secara strategik bagi memastikan setiap transaksi memberikan nilai maksimum. Pendekatan ini mencerminkan perubahan tabiat membeli-belah sempena perayaan, di mana pengguna semakin mencari pengalaman yang dikurasi dan berasaskan nilai berbanding pembelian impulsif.
“Ketika Tahun Baharu Cina, ramai rakyat Malaysia merancang almari pakaian perayaan mereka dengan lebih teliti,” kata Danial. “Strategi saya menumpukan pada pemilihan tawaran, saluran dan masa pembelian yang tepat, dan Shopee membolehkan saya membantu pengikut mencapai matlamat tersebut.”
Pendekatan unik Danial yang menggabungkan pendidikan dan kandungan fesyen membolehkannya meraih anugerah Best Rising Star Content Creator (Micro)di Shopee Superstar Awards 2024, sekali gus menyerlahkan peranan pencipta kandungan sebagai sumber inspirasi dan panduan membeli-belah yang dipercayai.
Raikan Fesyen CNY dengan #GRWS
Seiring peningkatan kebergantungan pembeli kepada cadangan pencipta kandungan, MaoMaoLand dan Danial memperlihatkan peranan perdagangan berasaskan kandungan dalam membentuk persiapan perayaan. Tahun ini, Shopee mengajak rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina dengan penuh gaya menerusi #GetReadyWithShopee, sambil meneroka fesyen terkini pada harga Lagi Murah. Pembeli boleh menikmati baucar Livestream diskaun 50% setiap hari serta pilihan baharu yang dikurasi setiap minggu, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih mudah dan menjimatkan pada masa yang sama. Jangan lepaskan Fashion & Beauty Flash Deals pada 2 dan 15 Februari, dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang, yang menawarkan tawaran eksklusif untuk tempoh terhad. Buat persiapan Tahun Baru Cina anda dan terokai pilihan perayaan sekarang di Jualan CNY Shopee di sini.
Hashtag: #Shopee #Ecommerce #Sale #CNY
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan, dan Brazil. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee memacu pembangunan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.








