Semua orang ingin bersara dengan wang yang cukup. Tetapi adakah rakyat Malaysia sudah bersedia untuk bersara, atau bagaimana? Jom kita hadamkan kajian perancangan persaraan dalam kalangan penjawat awam di Malaysia ini.
Tetapi sebelum itu, jom kita buat sedikit perbandingan dengan negara-negara di Kesatuan Eropah dan negara-negara maju yang lain terlebih dahulu.
Jadual 1: Umur Persaraan Am Semasa bagi Negara-negara Kesatuan Eropah EU (2022)

Jadual 2: Umur Persaraan Am Semasa bagi Negara maju terpilih (2022)

*FI, SE, DK, NO, AU dan JP: had umur persaraan wajib negara dipisahkan daripada pencen yang berkaitan dengan pendapatan menggunakan titik koma. Sumber: Pusat Pencen Finland, (2022); Atlas Dunia, (2023)
Maklumat daripada Jadual 1 memaparkan umur persaraan semasa di negara-negara Eropah (EU) dan beberapa negara maju yang terpilih. Hampir semua negara di EU mempunyai umur persaraan yang secara puratanya 65 tahun. Tiga negara EU mempunyai umur persaraan yang awal, berbanding dengan yang lain ialah Sepanyol, 62 tahun 2 bulan, Slovakia, 62 tahun 10 bulan dan Malta pada 63 tahun. Manakala bagi umur persaraan yang paling lewat oleh negara EU ialah Denmark, Itali dan Greece masing-masing pada umur 67 tahun , dikuti oleh Bulgaria (66 tahun 10 bulan), dan Ireland pada 66 tahun.
Berdasarkan Jadual 2 iaitu data dari negara-negara membangun terpilih lain menunjukkan bahawa Australia mempunyai umur persaraan terawal berbanding yang lain, dengan 59 tahun untuk lelaki. Sebagai perbandingan, Iceland mempunyai umur persaraan yang serupa dengan Greece (67 tahun). Data dari Pertubuhan Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menunjukkan bahawa purata umur persaraan bagi negara-negara OECD ialah sekitar 66 tahun.
Penemuan ini turut menunjukkan bahawa di beberapa buah negara EU, mempunyai umur persaraan yang panjang berbanding dengan negara-negara lain. Turut ditemui juga, tidak ada perbezaan umur persaraan antara jantina, kerana wanita juga bersara pada masa yang sama dengan lelaki.
Rajah 1: Umur persaraan di ASEAN dan negara-negara Asia terpilih

Sumber: BIPO TIMES, (2021); Dwi Yuriutomo, (2022); Government Service Insurance System (GSIS); Lahiri, (2022); Law of Malaysia, Act 753; Lee & Cho, (2022); Ministry of Manpower Singapore (n.d); Nhan Dan, (2021); Singh, (2021).
Rajah 1 memaparkan umur persaraan dalam kalangan negara-negara Asia dan ASEAN yang terpilih. Dalam lingkungan negara ASEAN, Malaysia antara negara yang mempunyai umur persaraan kedua terawal, bersama dengan Republik Rakyat China, Thailand dan Vietnam, selepas Indonesia, yang mempunyai umur persaraan paling awal iaitu 58 tahun. Jadual ini juga menunjukkan bahawa purata umur persaraan bagi penjawat awam wanita dalam kalangan negara Asia dan ASEAN adalah sekitar 55 tahun.
Jika dibandingkan dengan negara-negara EU lain yang, ada negara yang mempunyai umur persaraan dalam 60 tahun (umur persaraan minimum di Poland, manakala umur persaraan maksimum adalah di Norway ialah pada usia 67 tahun manakala, di Kanada pada usia 65 hingga 70 tahun). Jadual yang sama turut menunjukkan, antara negara-negara EU yang mempunyai umur persaraan wajib, bagi wanita dalam tenaga kerja yang paling hampir dengan negara ASEAN dan Asia, ialah Rusia, dengan 56 tahun dan 6 bulan.
Wanita di Asia dan ASEAN masih lagi berpeluang untuk bersara lebih awal berbanding dengan rakan mereka di negara EU, yang masih perlu bekerja beberapa tahun lagi sebelum mencapai umur wajib persaraan. Kajian ini memfokuskan kepada Malaysia, di mana umur persaraan wajib bermula dari 55 tahun, dinaikkan kepada 56 tahun, kemudian dilanjutkan kepada 58 tahun pada tahun 2008 dan terakhir sekali pada 60 tahun pada beberapa tahun yang lepas.
Kajian Perancangan Persaraan Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Malaysia: Isu Utama
Secara amnya, perancangan persaraan diamalkan di seluruh dunia, dengan menggunakan asas yang sama, iaitu pekerja memasuki alam pekerjaan (sama ada sektor awam mahupun swasta), menghabiskan masa selama 20, 30, 40 tahun dan akan mencapai umur wajib persaraan. Setelah mencapai had umur untuk bersara, mereka akan menerima faedah dalam bentuk pencen dan ganjaran.
Di Malaysia, mereka boleh menerima sejumlah wang secara sekaligus selepas bersara atau memilih untuk menerima daripada skim persaraan swasta (PRS). Jumlah wang yang mereka terima selepas persaraan seharusnya digunakan untuk menampung perbelanjaan harian mereka dan menyediakan mereka untuk masa-masa kecemasan di masa yang akan datang.
Walaubagaimanapun, ianya tidak berlaku seperti yang diharapkan apabila berita melaporkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia tidak bersedia untuk persaraan mereka (Ayamany, 2022). Rakyat Malaysia, terutamanya para penjawat awam juga tidak terkecuali menghadapi situasi yang sama apabila 21 peratus bersetuju bahawa simpanan persaraan mereka hanya mampu bertahan setahun.
Pada masa yang sama juga, pencen dan ganjaran yang mereka terima hanya akan bertahan selama lima tahun selepas persaraan mereka (Kuppusamy, Muzalwana, Nurul Liyana, Yong Sook Lu, Nurhidayah, Norma dan Rashid, 2020; Kuppusamy, et al, 2021).
Pendedahan ini merupakan sesuatu fakta yang membimbangkan kerana menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia perlu bersedia untuk persaraan mereka kelak. Ia juga mendedahkan bahawa pencen dan gratuiti yang diperoleh sahaja tidak mencukupi untuk menampung kehidupan para pesara selepas bersara kerana kos sara hidup yang tinggi, inflasi, ketidaktentuan pasaran dan faktor-faktor lain.
Kajian Perancangan Persaraan Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Malaysia: Penemuan
Sekarang kita tengok pula kajian perancangan persaraan dalam kalangan penjawat awam di Malaysia seperti berikut.
Rajah 2: Kos Pencen Penjawat Awam Sektor Kerajaan di Malaysia dari tahun 2005 sehingga 2019 (dalam RM billion)

*Nota: Angka telah dibundarkan; tahun 2018 dan 2019 disemak semula dan berdasarkan anggaran belanjawan. Sumber: Tinjauan Fiskal Kementerian Kewangan, (2019), Laporan Ekonomi; Malay Mail, (2018)
Terdapat 1.6 juta penjawat awam di Malaysia, menyumbang kepada 9.8 peratus daripada jumlah tenaga kerja pada 2021 (Povera, 2021). Walaupun jumlahnya dilihat agak kecil dan tidak dilihat penting namun, ia masih memberi kesan kepada perbelanjaan kerajaan. Rajah 2 menunjukkan bahawa kos pencen kerajaan Malaysia terus meningkat dari tahun 2005 hingga 2019. Secara purata, kerajaan membelanjakan sebanyak RM15.30 bilion setahun untuk membayar pencen pesara. Dengan jumlah minimum RM1,100 yang akan dipindahkan ke akaun bank penerima pada setiap hari ke-21 setiap bulan.
Daripada angka itu sendiri, kita dapat mengunjurkan bahawa jumlah itu akan terus meningkat bagi menampung jumlah penjawat awam sedia ada yang akan bersara pada masa akan datang.
Kajian Perancangan Persaraan Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Malaysia: Peningkatan Kos Sara Hidup
Dengan kos sara hidup terus meningkat, wujud keperluan untuk berbelanja secara berhemah supaya pesara boleh bersiap sedia menghadapi kecemasan pada masa akan datang. Pada peringkat kehidupan manusia, jika kita menggunakan rajah kitaran hayat (seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3), golongan warga emas atau pesara berada pada akhir kitaran hayat mereka dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM2,000 sehingga RM3,000 sebulan.
Perlu diingat bahawa anggaran perbelanjaan bulanan warga tua lebih kurang sama dengan pengguna pengangkutan awam tunggal dan pemilik kereta. Walau bagaimanapun, perbezaan yang ketara bagi kedua-dua kategori ini adalah warga tua atau, dalam istilah lain (baby boomers) telah mencapai segala-galanya dalam hidup mereka dan hanya ingin meluangkan masa untuk bersara selepas menghabiskan masa untuk bekerja selama beberapa dekad.
Kajian Perancangan Persaraan Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Malaysia: Beza Anak Muda Dengan Warga Emas
Sebaliknya, orang pengguna kenderaan awam dan pengguna kenderaan sendiri adalah golongan muda ataupun graduan baru yang menamatkan pengajian dalam ijazah sarjana muda dan baru hendak bermula untuk membina kerjaya mereka. Oleh itu, bagi mendidik warga emas mengenai perbelanjaan berhemah dalam persaraan mereka, satu kajian telah dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) pada tahun 2021 untuk mencadangkan perbelanjaan belanjawan minimum bagi pesara yang mereka takrifkan sebagai warga emas tunggal mahupun berpasangan yang berumur 60 tahun ke atas (bekerja atau tidak bekerja).
Oleh kerana umur persaraan wajib di Malaysia adalah 60 tahun, maka para pesara dianggap tergolong di dalam kategori ini.
Rajah 3: Pengkelasan Isi Rumah berdasarkan Belanjawanku 2021

Sumber: Ilustrasi Penulis
Rajah 3 di atas menunjukkan anggaran perbelanjaan kos bulanan warga emas tunggal dan warga emas berpasangan untuk semua bandar utama di Malaysia. Selepas penjawat awam bersara daripada pekerjaan, warga emas tunggal memerlukan secara purata RM2182 manakala pasangan warga emas berpasangan memerlukan sekurang-kurangnya RM2819 untuk menjalani kehidupan yang baik.
Kajian Perancangan Persaraan Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Malaysia: Sedia Untuk Berhijrah?
Seperti yang kita sedia maklum, lebih banyak wang diperlukan untuk menampung perbelanjaan di bandar-bandar besar seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Georgetown dan Kota Kinabalu. Sebaliknya, bandar-bandar kecil seperti Alor Setar, Kuala Terengganu, dan Kota Bahru kos perbelanjaan yang lebih sedikit, kerana kos sara hidup yang rendah.
Anggaran kos bulanan tertinggi bagi warga emas tunggal dan warga emas berpasangan adalah di Lembah Klang (Wilayah Tengah), manakala kos bulanan terendah adalah di Alor Star (Wilayah Utara). Jadual yang sama juga boleh digunakan sebagai panduan kepada pesara yang merancang untuk berpindah ke bandar tertentu selepas persaraan mereka dengan melihat kepada anggaran kos perbelanjaan di bandar tersebut.
Antara pilihan popular untuk para pesara adalah berpindah dari bandar besar ke bandar kecil selepas bersara untuk menikmati kehidupan yang aman, tenteram dan mudah.
Jadual 3: Anggaran Jumlah Kos Isi Rumah Sebulan bagi Warga Emas Tunggal dan Warga Emas Berpasangan di Semua Bandar di Malaysia

Sumber: Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC), 2021
Kajian Perancangan Persaraan Dalam Kalangan Penjawat Awam Di Malaysia: Kesimpulan
Dengan adanya kajian perancangan persaraan dalam kalangan penjawat awam di Malaysia, diharapkan kita mampu untuk membuat perancangan sebaiknya untuk menempuh alam persaraan kelak. Kita juga telah lihat perbandingan di antara Malaysia dengan negara-negara Kesatuan Eropah dan juga negara-negara maju yang lain.
*Versi Bahasa Inggeris bagi artikel ini akan diterbitkan di majalah financial1st, Jilid 1, Keluaran May, 2023. Majalah ini diterbitkan oleh Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC).
Mengenai Penulis

Rashid Ating. Penyelidik di Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, dan Institut Pengajian Termaju (IAS), Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
Lebih banyak artikel daripada Rashid Ating:
- Sudahkah Anda Bersedia Untuk Bersara? Berapa Yang Anda Perlukan?
- Pendidikan Celik Kewangan Dalam Peperiksaan PISA: Pendedahan Awal Mengenai Pendidikan Kewangan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Berumur 15 Tahun
- Scammers Do Not Take Time Off: How To Stay Alert To Online Scams During Recession
- Penipuan Pencarian Pekerjaan Dalam Talian: Bagaimana Mengenali Dan Melaporkan Penipuan Pekerjaan
- Penipuan Pencarian Pekerjaan Atas Talian: Bagaimana Mengenali Pemalsuan Identiti Dan Melaporkan Penipuan Pekerjaan Di Telegram











