• Advertise
Subscribe
Smart Investor Malaysia
Advertisement
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
Smart Investor Malaysia
No Result
View All Result
Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor
Home HIDE FROM HOME

Klinik Tuah Raikan Pesakit Lutut ke-10,000 Dalam Tempoh Kurang Lima Tahun

6 days ago
0
70
SHARES
138
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 26 Jun 2026 – Dalam tempoh kurang lima tahun sejak ditubuhkan, Klinik Tuah mencapai satu lagi pencapaian penting apabila menyambut pesakit sakit lutut ke-10,000 pada tanggal 5 Jun 2026, mencerminkan peningkatan keperluan rakyat Malaysia terhadap rawatan sakit lutut yang lebih mudah diakses, efektif ,tepat, dan mesra pesakit.

Pencapaian tersebut hadir ketika semakin ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan berusia, berdepan kesukaran mendapatkan rawatan awal bagi masalah sakit lutut akibat kekangan kos, tempoh menunggu yang panjang, serta kebimbangan berhadapan rawatan lutut yang tidak efektif.

Bagi pengasasnya, detik itu membawa makna yang jauh lebih besar daripada sekadar angka. Detik itu adalah realisasi sebuah janji.

Dr. Hareez Noorman, pengasas bersama Klinik Tuah, masih ingat melihat ibu menahan sakit lutut selama bertahun-tahun. Aktiviti harian yang dahulu mudah seperti berjalan, menaiki tangga, malah beribadah juga menjadi semakin sukar. Sejak kecil, Dr. Hareez sering melihat setiap kali sang ibu pulang dari mendapatkan rawatan, hanya dibekalkan ubat telan sahaja. Sakit tetap sama walaupun sudah berbotol ubat ditelan. Setiap malam, tangisan sang ibu membawa kesayuan dalam hati.

Dan di situlah bermulanya azam untuk membantu orang lain yang menerima nasib yang serupa.

Kini, prinsip tersebut kekal menjadi asas penubuhan Klinik Tuah sejak hari pertama operasi.

5 Tahun Dalam Membawa Perubahan Rawatan Sakit Lutut Lapuk

Bermula dengan sebuah klinik di Cheras pada September 2021, Klinik Tuah kini berkembang kepada enam cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan perancangan pembukaan cawangan baharu di Gombak dan Pulau Pinang, dalam masa terdekat.

Namun menurut Dr Hareez Noorman, perkembangan itu membawa visi yang lebih besar.

“Kalau dulu apabila bercakap pasal sakit lutut, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran adalah tentang pembedahan lutut yang mengerikan ramai orang. Namun, setelah mengadakan lawatan untuk mempelajari teknologi perubatan rawatan lutut di beberapa negara maju seperti Korea, Jepun ,Turkiye dan beberapa negara lain, Klinik Tuah nekad untuk membawakan teknologi rawatan lutut tanpa pembedahan ini ke tanah air dengan harga kos yang mampu milik agar dapat dinikmati oleh seluruh lapisan rakyat Malaysia.”

“Klinik Tuah telah melabur dalam teknologi perubatan terbaru, mesin yang canggih dan kemahiran doktor yang sentiasa dikemaskini untuk memastikan lebih ramai mendapat manfaat dari rawatan sakit lutut di Klinik Tuah. ”

Sepanjang lima tahun operasi, Klinik Tuah menerima pesakit daripada pelbagai latar belakang termasuk warga emas, pekerja aktif, serta mereka yang ingin mengekalkan gaya hidup aktif tanpa dibatasi kesakitan lutut. Majoritinya terdiri daripada individu berusia 50 tahun ke atas iaitu sekitar 72% dari pesakit sakit lutut yang mendapatkan rawatan di klinik tersebut.

Peningkatan Kesedaran Tentang Rawatan Tanpa Pembedahan

Klinik Tuah turut melihat peningkatan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap rawatan sakit lutut tanpa pembedahan selari dengan perubahan gaya hidup serta peningkatan kesedaran mengenai kepentingan mobiliti dan kualiti hidup.

Menurut pihak klinik, ramai pesakit kini mula mencari alternatif rawatan sakit lutut yang lebih moden, kurang invasif, dan membolehkan mereka kembali bergerak aktif tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada ubat tahan sakit untuk jangka masa panjang.

Trend tersebut turut dipengaruhi oleh peningkatan maklumat kesihatan di internet serta pendedahan masyarakat terhadap teknologi rawatan lutut moden yang semakin berkembang di zaman serba canggih ini.

“Dulu ramai pesakit beranggapan sakit lutut adalah perkara normal apabila meningkat usia. Ada yang bertahan bertahun-tahun kerana takut menjalani pembedahan atau menyangka tiada pilihan lain selain makan ubat tahan sakit sepanjang hayat atau pembedahan tukar lutut,” kata Dr Hareez Noorman.

Pendekatan Klinik Tuah adalah menyediakan rawatan lebih peribadi dibantu dengan alatan teknologi terkini untuk mendiagnos dan merawat penyakit sendi dengan menawarkan pelbagai jenis rawatan lutut tanpa pembedahan seperti suntikan gel hyaluronic, Platelet Rich Plasma (PRP), rawatan pemulihan sel, rawatan regenerative lutut, Genicular Nerve Block, rawatan Slecrotherapy, Radio Frequency Ablation (RFA) dan pelbagai lagi jenis rawatan yang berteknologi baru.

Hari ini, Klinik Tuah dikenali sebagai antara klinik yang memberi fokus terhadap rawatan sakit lutut moden di Malaysia dengan pendekatan yang menekankan rawatan mesra pesakit, teknologi perubatan terkini serta penerangan yang mudah difahami masyarakat umum.

Perjuangan Masih Belum Selesai: Sasaran 35,000 Pesakit Menjelang 2030

Dengan pencapaian 10,000 pesakit sakit lutut yang telah menerima rawatan, Klinik Tuah kini menetapkan hala tuju baru yang lebih besar, iaitu untuk membantu 35,000 pesakit menjelang tahun 2030.

Sasaran ini selari dengan visi jangka panjang Klinik Tuah untuk membina sebuah masa depan “dunia tanpa kesakitan”, di mana lebih ramai rakyat Malaysia dapat kembali bergerak aktif, menjalani rutin harian dengan lebih selesa, dan tidak lagi terhad oleh kesakitan lutut yang berpanjangan.

Perkembangan ini akan disokong melalui pengembangan rangkaian klinik secara berperingkat, selain usaha memperluaskan akses kepada rawatan sakit lutut moden yang lebih mudah difahami, lebih dekat dengan pesakit, dan disesuaikan mengikut keperluan individu.

Menurut pihak klinik, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup dengan sakit lutut dalam tempoh yang lama tanpa rawatan yang sesuai, sama ada disebabkan kekangan akses, kebimbangan terhadap rawatan, atau kurang pendedahan terhadap pilihan rawatan moden yang tersedia hari ini.

“Matlamat Klinik Tuah sangat jelas, iaitu lebih ramai pesakit mendapat peluang untuk memahami keadaan mereka dengan lebih baik dan mempunyai akses kepada rawatan yang sesuai. Apabila kesakitan dapat dikawal, kehidupan mereka juga berubah,” kata Dr. Hareez Noorman.

Dr Hareez Noorman menambah bahawa misi Klinik Tuah bukan sekadar merawat simptom, tetapi membantu pesakit kembali menjalani kehidupan yang lebih aktif dan bermakna, selari dengan visi jangka panjang klinik untuk mengurangkan beban kesakitan dalam kalangan masyarakat.

Dengan perkembangan teknologi rawatan moden dan peningkatan kesedaran masyarakat, Klinik Tuah percaya sasaran 35,000 pesakit menjelang 2030 adalah satu langkah realistik ke arah masa depan di mana rawatan sakit lutut lebih mudah diakses dan lebih berkesan untuk semua lapisan masyarakat.

Hashtag: #kliniktuah #business #healthcare

https://www.linkedin.com/company/klinik-tuah
https://x.com/kliniktuah
https://www.facebook.com/kliniktuah
https://www.instagram.com/kliniktuah
https://www.youtube.com/@kliniktuah
https://www.tiktok.com/@kliniktuah

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Klinik Tuah

Klinik Tuah ialah satu klinik perubatan di Malaysia yang berpengalaman dalam rawatan sakit lutut dan khitan moden. Ditubuhkan pada September 2021, Klinik Tuah kini beroperasi di enam cawangan merentas Semenanjung Malaysia, melayani pesakit daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur. Sehingga kini, Klinik Tuah telah merawat lebih daripada 10,000 pesakit sakit lutut, dengan penambahan cawangan baharu sedang dalam perancangan.

Previous Post

Klinik Tuah Welcomes Its 10,000th Knee Pain Patient in Under Five Years

Next Post

35 Tahun Hadir di Indonesia, Washington Apples Perkuat Komitmen di Tengah Tren Hidup Sehat

Next Post

信昇全球數字資產行業分類標準 ("DAICS®") 2026上半年度檢討結果

  • Trending
  • Comments
  • Latest

Robo Advisor In Malaysia, 8 Robo Advisor Platforms To Choose From

17/08/2022
A calculator on financial chart, financial concept

Tax For The 6 Common Investments In Malaysia

19/09/2023

MRTT VS MRTA, What’s The Difference?

11/10/2023

How To Open A CDS And Share Trading Account?

02/05/2023

Digital Fundraising Platforms in Malaysia

Retirement Plans for the Self-Employed

SC Guidelines On Digital Assets

Retirement planning advise from the experts

Retirement Planning: Best Practices and Advice From Experts

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

01/07/2026

力勁科技發布2025/2026財政年度業績

01/07/2026

L.K. Technology Announces 2025/2026 Annual Results

01/07/2026

ICONSIAM Captivates the World with Historic Rainbow Drone and Fireworks Spectacular, Showcasing Thailand’s Readiness to Host World Pride 2030

01/07/2026

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

10 hours ago

力勁科技發布2025/2026財政年度業績

11 hours ago

L.K. Technology Announces 2025/2026 Annual Results

11 hours ago

ICONSIAM Captivates the World with Historic Rainbow Drone and Fireworks Spectacular, Showcasing Thailand’s Readiness to Host World Pride 2030

12 hours ago
The Smart Investor

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

Category

Sign up to read our newsletter

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

    No Result
    View All Result
    • Start Here
      • Guides
      • How-Tos
      • Analysis
    • Investments
      • Asset Management
      • Stocks
      • Islamic Finance
        • Islamic Personal Finance
      • Alternative Investments
    • Personal Finance
      • Cash Management
      • Grow Your Wealth
      • Protect Your Wealth
      • Distribute Your Wealth
      • Behavioural Finance
    • Enterprise
      • Startups
      • Entrepreneurs
      • SMEs
      • Leadership
      • Business Planning
      • Fintech
    • Property
      • First Time Home Buyers
      • Central
      • Northern
      • Southern
      • Sabah & Sarawak
      • Feature
      • Regional / Global
    • ESG
    • News & Events
    • What’s News Asia

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.