
Direka untuk pendaratan yang lebih stabil dan lantunan lebih responsif, XTEP Light Boat Ultra dilengkapi Sistem Pengudaraan Sail 360° serta kusyen midsole ACE yang dipertingkatkan untuk pengudaraan lebih baik dan pengalaman larian yang lebih ringan serta responsif.
Nikmati Diskaun Sehingga 40% dan Ganjaran Pelancaran Eksklusif
Nikmati diskaun sehingga 40% untuk XTEP Light Boat Ultra dari 9 hingga 12 Mei, bersama arm sleeve eksklusif XTEP untuk setiap pembelian. Pembeli yang menyaksikan pelancaran menerusi Shopee Live pada 9 Mei juga boleh menebus baucar RM20 diskaun, manakala pelanggan Shopee VIP boleh menikmati tambahan diskaun 15% dengan perbelanjaan minimum RM202.
Belanja dan Menang Kasut Larian XTEP Bernilai Sehingga RM399
Jadi antara 5 pembeli dengan perbelanjaan tertinggi di XTEP Official Shop di Shopee pada 9 Mei untuk memenangi kasut larian bernilai sehingga RM399 daripada siri popular seperti YuYi FW, Feather Foam dan SP300.
Cuba XTEP Light Boat Ultra dan Temui Personaliti Kecergasan
Cuba sendiri XTEP Light Boat Ultra di acara pelancaran eksklusif yang akan berlangsung di kedai utama XTEP di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur pada 9 Mei dari 9:30 pagi hingga 11 pagi, serta berpeluang bertemu personaliti kecergasan Al Rumie, Regine Au dan Enda Tan.
Jadi Antara yang Terawal Mendapatkan XTEP Light Boat Ultra di Shopee
Pengguna Shopee boleh menikmati akses awal untuk mendapatkan XTEP Light Boat Ultra bersama penjimatan tambahan dan hadiah edisi terhad. Pelanggan Shopee VIP turut menikmati tambahan diskaun 15% dengan perbelanjaan minimum RM202. Jangan lepaskan tawaran pelancaran masa terhad di sini.
Hashtag: #Shopee
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan dan Brazil. Shopee memacu ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membantu perniagaan beralih ke platform digital serta mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, selain memperluas akses orang ramai kepada perkhidmatan digital dan memperkasa komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan interaktif, dinikmati oleh jutaan pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang penting kepada ekonomi digital dengan komitmen kukuh untuk membantu jenama tempatan dan usahawan berkembang maju dalam e-dagang.
Shopee ialah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat teknologi global. Misi Sea adalah untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna dan perniagaan kecil melalui teknologi menerusi tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.









