• Advertise
Subscribe
Smart Investor Malaysia
Advertisement
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
Smart Investor Malaysia
No Result
View All Result
Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor
Home HIDE FROM HOME

Alpro Lancarkan Pemeriksaan Ferritin RM1 bagi Membantu Wanita Memahami, Bersedia dan Melalui Peralihan Menopaus dengan Lebih Yakin

11 hours ago
0
72
SHARES
141
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum Menopaus, Ramai Wanita Mula Mengalami Perubahan Namun Memilih Berdiam Diri

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 17 Julai 2026 – Perimenopaus merupakan satu fasa semula jadi dalam kehidupan setiap wanita. Namun begitu, ramai wanita memasuki fasa peralihan ini tanpa benar-benar memahami apa yang sedang berlaku kepada tubuh mereka atau mengetahui di mana mereka boleh mendapatkan sokongan yang sewajarnya.

Foto berkumpulan bersama wakil, tetamu dan para hadirin sempena Majlis Pelancaran Me. NO PAUSE
Foto berkumpulan bersama wakil, tetamu dan para hadirin sempena Majlis Pelancaran Me. NO PAUSE

Walaupun menopaus kini semakin mendapat perhatian dan menjadi topik yang lebih terbuka untuk dibincangkan, tempoh beberapa tahun sebelum menopaus sering kali kurang diberi perhatian. Dalam fasa perimenopaus, wanita mungkin mengalami perubahan pada kitaran haid, tahap tenaga, tumpuan, corak tidur, emosi serta kesejahteraan diri secara keseluruhan. Perubahan ini boleh bermula beberapa tahun sebelum menopaus dan secara beransur-ansur memberi kesan kepada kehidupan harian, kerjaya serta tanggungjawab terhadap keluarga.

Menyedari kepentingan meningkatkan kesedaran dan sokongan lebih awal, Alpro Pharmacy memperkenalkan Me. NO PAUSE, satu inisiatif kesihatan wanita yang direka untuk membantu wanita memahami perubahan yang berlaku pada diri mereka, membuat persediaan lebih awal dan menjalani peralihan ke menopaus dengan lebih yakin dan sihat.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, Alpro menawarkan Pemeriksaan Ferritin RM1 Bersubsidi kepada wanita yang layak, berbanding harga biasa pada RM35. Alpro menanggung subsidi sebanyak RM34 bagi setiap pemeriksaan bagi memastikan penilaian simpanan zat besi lebih mampu milik dan mudah diakses oleh masyarakat.

Wanita berumur 35 tahun ke atas, terutamanya mereka yang mengalami keletihan berpanjangan, brain fog (kesukaran untuk berfikir atau memberi tumpuan), keguguran rambut atau kuku rapuh, digalakkan menjalani pemeriksaan ferritin dan mendapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan mengenai keputusan yang diperoleh.

Keletihan yang Sering Dianggap Perkara Biasa

Wanita yang berusia lewat 30-an, 40-an dan awal 50-an lazimnya memikul pelbagai tanggungjawab di rumah, di tempat kerja serta dalam komuniti. Justeru, keletihan yang berpanjangan atau kesukaran untuk memberi tumpuan sering dianggap sekadar kesan tekanan, kurang tidur, peningkatan usia atau sebahagian daripada kehidupan yang sibuk.

Namun begitu, simptom-simptom ini tidak seharusnya dianggap perkara biasa tanpa diberikan perhatian.

Ferritin ialah protein yang berfungsi menyimpan zat besi di dalam badan. Pemeriksaan ferritin membantu menilai tahap simpanan zat besi seseorang dan boleh mengesan kekurangan zat besi sebelum ia berkembang menjadi anemia akibat kekurangan zat besi.

Simptom seperti keletihan dan brain fog bukanlah simptom yang khusus kerana ia boleh berpunca daripada pelbagai keadaan kesihatan. Walau bagaimanapun, pemeriksaan ferritin memberi peluang kepada wanita untuk mengenal pasti satu punca yang sering terlepas pandang serta mendapatkan nasihat profesional yang bersesuaian.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kira-kira satu daripada tiga wanita Malaysia dalam usia reproduktif, iaitu antara 15 hingga 49 tahun, mengalami anemia. Walaupun isu ini memberi kesan kepada ramai wanita, pemeriksaan ferritin masih belum menjadi sebahagian daripada saringan kesihatan rutin yang sering dibincangkan dalam kalangan wanita.

Melalui Me. NO PAUSE, Alpro berharap dapat mengubah persepsi dan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan ferritin.

“Wanita sering dijangka terus menjalankan tanggungjawab harian walaupun mereka berasa letih secara berterusan, mengalami kesukaran untuk berfikir dengan jelas atau sekadar merasakan diri mereka tidak seperti biasa. Keadaan ini sering dianggap hanya berpunca daripada tekanan, peningkatan usia atau terlalu banyak tanggungjawab,” kata Ahli Farmasi Ng Yi Ling, Professional Care & Development dan Ketua Projek Me. NO PAUSE di Alpro Pharmacy.

“Kami mahu memulakan perbualan ini lebih awal, sebelum wanita memasuki fasa menopaus dan sebelum keletihan dianggap sebagai sesuatu yang perlu mereka terima sebagai lumrah kehidupan. Harga RM1 ini bukan sekadar satu promosi, tetapi melambangkan komitmen Alpro untuk menghapuskan halangan kos sebagai langkah pertama mendapatkan saringan kesihatan.”

“Pemeriksaan ferritin dapat membantu wanita mengenal pasti sama ada simpanan zat besi yang rendah mungkin menjadi salah satu punca kepada simptom yang dialami. Mereka juga boleh berbincang dengan ahli farmasi dan mendapatkan panduan mengenai langkah seterusnya yang sesuai. Keletihan mereka wajar didengari, kebimbangan mereka perlu diambil serius, dan kesihatan mereka tidak seharusnya diketepikan.”

Kajian-kajian terkini turut memberi perhatian kepada kemungkinan hubungan antara status zat besi dan prestasi kognitif semasa peralihan ke menopaus.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal saintifik Nutrients pada tahun 2025 telah mengkaji wanita yang sedang melalui peralihan ke menopaus dan tidak mengalami anemia. Para penyelidik mendapati bahawa status zat besi yang lebih baik dikaitkan dengan prestasi kognitif yang lebih baik, termasuk ketepatan yang lebih tinggi, keupayaan membezakan maklumat yang lebih baik serta masa tindak balas yang lebih pantas.

Para penyelidik menegaskan bahawa dapatan kajian ini masih bersifat awal dan kajian yang lebih besar serta melibatkan tempoh yang lebih panjang masih diperlukan. Walau bagaimanapun, kajian ini menekankan kepentingan untuk memahami dengan lebih baik status zat besi dalam kalangan wanita yang mungkin mengalami brain fog semasa perimenopaus, walaupun mereka belum didiagnosis dengan anemia.

Bagi menyokong misi ini, Powerlife, salah sebuah penyedia suplemen kesihatan terkemuka di Malaysia, tampil sebagai rakan utama Me. NO PAUSE bagi meningkatkan akses kepada pemeriksaan ferritin untuk wanita di seluruh negara. Melalui kerjasama ini, sebanyak 300 penganalisis Ferritin daripada Global Science, yang menggunakan teknologi fluoresens mudah alih untuk memberikan keputusan dalam masa beberapa minit, disediakan di semua cawangan Alpro Pharmacy.

Majlis pelancaran Me. NO PAUSE turut dihadiri oleh wakil daripada Malaysian Pharmacists Society (MPS) Special Interest Group on Women and Child Health serta Universiti

Teknologi MARA (UiTM), yang menghimpunkan amalan farmasi komuniti dan penyelidikan akademik dalam usaha menyokong kesihatan wanita.

“Ahli farmasi komuniti memainkan peranan penting dalam menjadikan saringan kesihatan wanita lebih mudah diakses, lebih mesra masyarakat dan disusuli dengan tindakan yang tepat pada masanya,” kata Ms Harpreet Kaur, wakil daripada Malaysian Pharmacists Society Special Interest Group on Women and Child Health.

“Melalui inisiatif ini, kami berharap dapat memperkasa ahli farmasi untuk mengenal pasti wanita yang mungkin berisiko mengalami kekurangan zat besi, memberikan kaunseling yang tepat pada masanya serta menghubungkan mereka kepada rawatan yang bersesuaian apabila penilaian perubatan lanjut diperlukan.”

Mewakili Fakulti Farmasi, UiTM, Profesor Madya Dr Mahmathi Karuppannan berkata:

“Penyelidikan membantu kita memahami dengan lebih baik beban, tahap kesedaran serta kesan kekurangan zat besi terhadap kesihatan wanita di Malaysia. Melalui kerjasama ini, UiTM berharap dapat menjana penemuan tempatan yang bermakna bagi menyokong pendidikan kesihatan awam, pengesanan awal individu berisiko serta pembangunan intervensi kesihatan wanita pada masa hadapan.”

Dengan menghubungkan saringan yang mudah diakses dengan kaunseling oleh ahli farmasi serta laluan rujukan yang bersesuaian, Alpro berhasrat untuk menterjemahkan kesedaran kepada tindakan penjagaan kesihatan yang lebih bermakna dan bertanggungjawab.

Wanita berumur 35 tahun ke atas yang mengalami keletihan berpanjangan, brain fog, keguguran rambut atau kuku rapuh digalakkan mengunjungi Alpro Pharmacy berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemeriksaan ferritin dan berbincang dengan ahli farmasi Alpro.

Melalui Me. NO PAUSE, Alpro berharap dapat membantu lebih ramai wanita berasa didengari, lebih memahami perubahan yang dialami serta mendapat sokongan yang diperlukan sebelum, semasa dan selepas melalui peralihan ke menopaus.

Hashtag: #Alpro

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Alpro Group

Ditubuhkan pada tahun 2002, perkembangan ekosistem Kumpulan Alpro telah meluas termasuk kepada penubuhan Alpro Pharmacy, Alpro スギ Pharmacy, Alpro Physio, Alpro Clinic, Alpro Baby, Alpro Optisaver, Alpro Audiology, Alpro Health dan Alpro Foundation. Dengan sokongan lebih daripada 1,000 profesional kesihatan yang terdiri daripada para doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan, dietitian, fisioterapi, optometri dan pelbagai profesional kesihatan yang lain, Alpro telah berkhidmat kepada lebih 5 juta keluarga di Malaysia dan Indonesia melalui rangkaian luas 500 cawangan fizikal.

Alpro Pharmacy merupakan farmasi komuniti pertama dan satu-satunya di rantau ini yang menawarkan insurans liabiliti produk bernilai MYR 1 juta di Malaysia dan IDR 3 bilion di Indonesia, memastikan bekalan ubat-ubatan asli serta meningkatkan kepercayaan pengguna.

Dengan visi untuk mencipta dunia yang sihat dan bertenaga, Alpro Group berhasrat untuk menjadi rangkaian farmasi preskripsi No. 1 di Asia Tenggara

Previous Post

Discover Singapore’s Creative & Culinary Heritage in Chinatown Singapore with Family-Friendly Weekend Workshops

Next Post

Alpro Launches Subsidised RM1 Ferritin Checks to Help Women Understand, Prepare and Live Well Through the Transition to Menopause

Next Post

VinFast VF 8: Blending Business and Family Leisure in an Electric SUV

  • Trending
  • Comments
  • Latest

Robo Advisor In Malaysia, 8 Robo Advisor Platforms To Choose From

17/08/2022

MRTT VS MRTA, What’s The Difference?

11/10/2023
A calculator on financial chart, financial concept

Tax For The 6 Common Investments In Malaysia

19/09/2023

How To Open A CDS And Share Trading Account?

02/05/2023

Digital Fundraising Platforms in Malaysia

Retirement Plans for the Self-Employed

SC Guidelines On Digital Assets

Retirement planning advise from the experts

Retirement Planning: Best Practices and Advice From Experts

BRICS Competition Authorities Establish Task Force to Study Global Grain Trade

17/07/2026

VinFast VF 8: Blending Business and Family Leisure in an Electric SUV

17/07/2026

Alpro 推出 RM1 铁蛋白检测,帮助女性了解身体变化、提前做好准备,从容迈向绝经期

17/07/2026

Alpro Launches Subsidised RM1 Ferritin Checks to Help Women Understand, Prepare and Live Well Through the Transition to Menopause

17/07/2026

BRICS Competition Authorities Establish Task Force to Study Global Grain Trade

9 hours ago

VinFast VF 8: Blending Business and Family Leisure in an Electric SUV

10 hours ago

Alpro 推出 RM1 铁蛋白检测,帮助女性了解身体变化、提前做好准备,从容迈向绝经期

11 hours ago

Alpro Launches Subsidised RM1 Ferritin Checks to Help Women Understand, Prepare and Live Well Through the Transition to Menopause

11 hours ago
The Smart Investor

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

Category

Sign up to read our newsletter

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

    No Result
    View All Result
    • Start Here
      • Guides
      • How-Tos
      • Analysis
    • Investments
      • Asset Management
      • Stocks
      • Islamic Finance
        • Islamic Personal Finance
      • Alternative Investments
    • Personal Finance
      • Cash Management
      • Grow Your Wealth
      • Protect Your Wealth
      • Distribute Your Wealth
      • Behavioural Finance
    • Enterprise
      • Startups
      • Entrepreneurs
      • SMEs
      • Leadership
      • Business Planning
      • Fintech
    • Property
      • First Time Home Buyers
      • Central
      • Northern
      • Southern
      • Sabah & Sarawak
      • Feature
      • Regional / Global
    • ESG
    • News & Events
    • What’s News Asia

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.