• Advertise
Subscribe
Smart Investor Malaysia
Advertisement
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
Smart Investor Malaysia
No Result
View All Result
Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor
Home HIDE FROM HOME

7-Eleven Raikan Pembukaan CAFé by 7-Eleven Ke-1,000, Perkukuh Kemudahan Pengembara di KLIA

21 hours ago
0
80
SHARES
157
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pencapaian ini mencerminkan permintaan rakyat Malaysia yang semakin meningkat terhadap makanan segera dan kopi berkualiti, dengan pembukaan cawangan di KLIA menawarkan lebih kemudahan kepada jutaan pengembara.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 20 Julai 2026 – Selari dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang semakin mengutamakan kemudahan serta menikmati kopi dan makanan berkualiti ketika dalam perjalanan, 7-Eleven Malaysia hari ini mencatat satu lagi pencapaian penting menerusi pembukaan CAFé by 7-Eleven yang ke-1,000 di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pembukaan ini sekali gus mengukuhkan komitmen syarikat untuk memastikan makanan dan minuman berkualiti sentiasa mudah diakses oleh pelanggan, di mana sahaja mereka berada.

Dari kiri ke kanan: Wong Wai Keong, Ketua Pegawai Eksekutif, 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.; Hani Ezra Hussin, Pengurus Besar Kanan – Perkhidmatan Komersial, Malaysia Airports Holdings Berhad; Tan U-Ming, Ketua Pegawai Eksekutif, 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.; Encik Zulhikam Ahmad, Pengurus Besar – Komersial (Prestasi & Pertumbuhan Perniagaan), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB); Jim Girard - Pengarah Kanan Serantau, 7-Eleven International dan Estaban Velasquez, Pengarah Kanan dan Pengawal, 7-Eleven International, merasmikan pembukaan cawangan CAFé by 7-Eleven yang ke-1,000 di KLIA Terminal 1.
Dari kiri ke kanan: Wong Wai Keong, Ketua Pegawai Eksekutif, 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.; Hani Ezra Hussin, Pengurus Besar Kanan – Perkhidmatan Komersial, Malaysia Airports Holdings Berhad; Tan U-Ming, Ketua Pegawai Eksekutif, 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd.; Encik Zulhikam Ahmad, Pengurus Besar – Komersial (Prestasi & Pertumbuhan Perniagaan), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB); Jim Girard – Pengarah Kanan Serantau, 7-Eleven International dan Estaban Velasquez, Pengarah Kanan dan Pengawal, 7-Eleven International, merasmikan pembukaan cawangan CAFé by 7-Eleven yang ke-1,000 di KLIA Terminal 1.

Terletak di Aras 5, bersebelahan Pintu Perlepasan Domestik di Terminal 1 KLIA, cawangan bersejarah ini menawarkan kopi yang dibru segar, hidangan panas serta pelbagai pilihan makanan sedia dimakan kepada para pengembara di salah sebuah hab pengangkutan paling sibuk di Malaysia. Terminal 1 KLIA mengendalikan sekitar 28 hingga 30 juta penumpang setiap tahun, dengan purata 13,000 hingga 14,000 penumpang berlepas dan tiba setiap hari. Pada waktu operasi puncak, terminal ini mampu menampung hampir 6,800 penumpang sejam, manakala jumlah penumpang meningkat dengan ketara sepanjang musim perayaan dan cuti umum.

Lebih daripada sekadar pembukaan sebuah cawangan baharu, pencapaian ini membuktikan bagaimana CAFé by 7-Eleven telah menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia. Daripada golongan profesional yang memerlukan secawan kopi sebelum memulakan hari, pelajar yang sentiasa bergerak, keluarga yang pulang ke kampung halaman, hinggalah kepada para pengembara yang memulakan percutian mereka, CAFé by 7-Eleven terus memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Seiring dengan peningkatan permintaan terhadap makanan dan kopi berkualiti yang mudah diperoleh sepanjang hari, rangkaian CAFé by 7-Eleven terus berkembang bagi memenuhi keperluan gaya hidup pengguna yang semakin dinamik. Pembukaan cawangan ke-1,000 di KLIA menjadi satu lagi langkah penting dalam usaha membawa pengalaman menikmati makanan dan minuman berkualiti ke salah satu pintu masuk utama negara yang paling sibuk.

Pemilihan KLIA sebagai lokasi bagi pencapaian ini mencerminkan strategi 7-Eleven Malaysia untuk terus mengembangkan rangkaiannya di lokasi yang menerima aliran pengunjung yang tinggi, iaitu tempat di mana kemudahan paling diperlukan. Seiring gaya hidup pengguna yang semakin aktif dan mobiliti yang semakin tinggi, hab pengangkutan kini menjadi lokasi penting bagi mendapatkan makanan dan minuman berkualiti dengan pantas. Melalui pembukaan ini, CAFé by 7-Eleven dapat memenuhi keperluan para pengembara di setiap peringkat perjalanan mereka dengan lebih baik.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Wong Wai Keong, Ketua Pegawai Eksekutif 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd., berkata pembukaan CAFé by 7-Eleven yang ke-1,000 bukan sekadar menandakan pertambahan bilangan cawangan, malah mencerminkan bagaimana jangkaan serta gaya hidup pengguna telah berubah seiring peredaran masa.

“Pengguna hari ini mahukan kopi berkualiti, hidangan segar dan kemudahan yang sentiasa tersedia tidak kira di mana mereka berada, sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja, berulang-alik setiap hari mahupun sebelum menaiki penerbangan. Selama ini, kami telah membangunkan CAFé by 7-Eleven menjadi lebih daripada sekadar tempat membeli makanan dan minuman. Ia kini menjadi sebahagian daripada rutin harian masyarakat.

“Hari ini, kemudahan bukan lagi sekadar mempunyai cawangan yang berhampiran, tetapi memastikan kami berada tepat di lokasi pelanggan memerlukan kami. Sama ada di kawasan kejiranan, pusat komersial mahupun di antara lapangan terbang paling sibuk di negara ini, kami mahu terus memberikan pengalaman yang mudah, pantas dan berkualiti kepada setiap pelanggan.”

Beliau berkata, pemilihan KLIA sebagai lokasi pembukaan cawangan ke-1,000 merupakan simbolik kepada komitmen syarikat dalam memenuhi keperluan pengguna yang semakin mengutamakan mobiliti dan kemudahan.

“Tiada lokasi yang lebih sesuai untuk meraikan pencapaian ini selain KLIA, salah satu pintu masuk utama negara yang menerima jutaan pengunjung setiap tahun. KLIA merupakan lokasi terbaik untuk kami memperlihatkan bagaimana konsep peruncitan berasaskan kemudahan mampu memenuhi keperluan pengguna masa kini yang sentiasa bergerak.

“Sama ada mereka menaiki penerbangan awal pagi, pulang ke tanah air ataupun melakukan perjalanan atas urusan kerja, kami mahu CAFé by 7-Eleven menjadi sebahagian daripada pengalaman perjalanan mereka.”

Sebagai antara peruncit kedai serbaneka terbesar di Malaysia, 7-Eleven Malaysia terus mengorak langkah melangkaui konsep peruncitan konvensional dengan memperluaskan rangkaian CAFé by 7-Eleven ke kawasan kejiranan, pusat komersial, hospital, hab pengangkutan serta pintu masuk utama negara.

Dengan menawarkan pilihan makanan, minuman dan hidangan sedia dinikmati yang semakin pelbagai, perkembangan rangkaian ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memastikan makanan dan minuman berkualiti lebih mudah diakses oleh pelanggan di mana sahaja mereka memerlukannya.

Pembukaan cawangan di KLIA merupakan satu lagi langkah penting dalam strategi tersebut, sekali gus mempertingkatkan pengalaman perjalanan pelanggan dengan memastikan mereka dapat menikmati makanan dan minuman segar secara mudah, pantas serta tanpa menjejaskan kualiti sebelum berlepas.

Hari ini, dengan lebih 2,700 cawangan di seluruh negara serta 1,000 CAFé by 7-Eleven, syarikat terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kedai serbaneka di Malaysia menerusi inovasi berterusan, akses yang lebih meluas dan penawaran kemudahan yang memenuhi keperluan pengguna setiap hari.

Seiring dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang semakin aktif dan mengutamakan kemudahan dalam urusan harian, 7-Eleven Malaysia kekal komited untuk terus memperluaskan rangkaian CAFé by 7-Eleven ke lokasi-lokasi strategik yang memudahkan pelanggan mendapatkan makanan dan minuman berkualiti pada bila-bila masa.

Berpandukan janji jenamanya, “Always There For You”, syarikat akan terus membawa pengalaman yang lebih mudah, pantas dan menyenangkan kepada pelanggan, tidak kira ke mana destinasi mereka.

Hashtag: #7eleven

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Tentang 7-Eleven Malaysia

7-Eleven Malaysia Holdings Berhad melalui anak syarikat 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. adalah pemilik dan pengendali rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven di Malaysia. Diperbadankan 4 Jun 1984, 7-Eleven Malaysia adalah jenama terkemuka dalam sektor peruncitan dan telah menjadi ikon selama 40 tahun. 7-Eleven Malaysia adalah perintis dan pengendali terbesar kedai serbaneka di Malaysia dengan lebih 2,700 cawangan di seluruh negara yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 1 juta pelanggan setiap hari. Rangkaian kedai 7-Eleven boleh didapati di kawasan komersil sehinggalah ke perumahan pinggir bandar di seluruh negara termasuklah di stesen minyak, stesen LRT, pusat beli-belah dan institusi kesihatan. Aplikasi My7E juga turut mempunyai lebih 3.6 juta lebih ahli dan kami kekal komited untuk menawarkan pengalaman yang terbaik dengan ganjaran menarik untuk penggemar My7E. 7-Eleven Sentiasa Bersama-sama Anda. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi www.7-eleven.com.my

Previous Post

Media OutReach Newswire Strengthens USA Distribution Network

Next Post

7-Eleven Hits 1,000 CAFé Stores, Expands Airport Convenience Experience at KLIA

Next Post

Phancy’s Token Factory Shines at WAIC 2026, Accelerating AI 2.0 from Technology to Real-World Industrial Applications

  • Trending
  • Comments
  • Latest

Robo Advisor In Malaysia, 8 Robo Advisor Platforms To Choose From

17/08/2022

MRTT VS MRTA, What’s The Difference?

11/10/2023
A calculator on financial chart, financial concept

Tax For The 6 Common Investments In Malaysia

19/09/2023

How To Open A CDS And Share Trading Account?

02/05/2023

Digital Fundraising Platforms in Malaysia

Retirement Plans for the Self-Employed

SC Guidelines On Digital Assets

Retirement planning advise from the experts

Retirement Planning: Best Practices and Advice From Experts

WAIC 2026 圆满收官|范式Token工厂落地成果亮眼,加速AI 2.0 从技术突破走向产业实践

20/07/2026

WAIC 2026 圓滿落幕|範式Token工廠成果亮眼,帶動AI 2.0 從技術突破邁向產業實踐

20/07/2026

Phancy’s Token Factory Shines at WAIC 2026, Accelerating AI 2.0 from Technology to Real-World Industrial Applications

20/07/2026

7-Eleven Hits 1,000 CAFé Stores, Expands Airport Convenience Experience at KLIA

20/07/2026

WAIC 2026 圆满收官|范式Token工厂落地成果亮眼,加速AI 2.0 从技术突破走向产业实践

19 hours ago

WAIC 2026 圓滿落幕|範式Token工廠成果亮眼,帶動AI 2.0 從技術突破邁向產業實踐

19 hours ago

Phancy’s Token Factory Shines at WAIC 2026, Accelerating AI 2.0 from Technology to Real-World Industrial Applications

19 hours ago

7-Eleven Hits 1,000 CAFé Stores, Expands Airport Convenience Experience at KLIA

21 hours ago
The Smart Investor

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

Category

Sign up to read our newsletter

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

    No Result
    View All Result
    • Start Here
      • Guides
      • How-Tos
      • Analysis
    • Investments
      • Asset Management
      • Stocks
      • Islamic Finance
        • Islamic Personal Finance
      • Alternative Investments
    • Personal Finance
      • Cash Management
      • Grow Your Wealth
      • Protect Your Wealth
      • Distribute Your Wealth
      • Behavioural Finance
    • Enterprise
      • Startups
      • Entrepreneurs
      • SMEs
      • Leadership
      • Business Planning
      • Fintech
    • Property
      • First Time Home Buyers
      • Central
      • Northern
      • Southern
      • Sabah & Sarawak
      • Feature
      • Regional / Global
    • ESG
    • News & Events
    • What’s News Asia

    © 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.