
Melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk membangunkan ekosistem blockchain yang berkaliber, mematuhi piawaian dan mampu beroperasi rentas sempadan, sambil mengintegrasikan kecerdasan buatan untuk penetapan harga aset, pengurusan risiko serta pemantauan secara aktif. Kerjasama ini juga akan meneroka aplikasi tokenisasi dalam industri hartanah, kredit swasta, ekuiti korporat dan lain-lain. Di samping itu, makmal penyelidikan AI + Blockchain akan dibangunkan di Nanning dan Kuala Lumpur, berfungsi sebagai hab inovasi rentas sempadan bagi memperkukuhkan lagi kerjasama digital antara China, Malaysia dan rantau ASEAN.

Forum ini turut mengumumkan penerbitan kertas penyelidikan mengenai kebolehoperasian AI dan blockchain, selaras dengan aspirasi China untuk memimpin piawaian global dalam teknologi baharu. Kolaborasi ini menunjukkan membuktikan bahawa penyelidikan yang disokong kerajaan China dan kepakaran startup Malaysia, boleh bergabung untuk memacu transformasi digital dan pembangunan bandar pintar.

CEO AlphaMove, Kingsley Tan berkata: “Perjanjian ini adalah pencapaian penting dalam kerjasama Malaysia–China bagi memajukan ekonomi berteknologi tinggi. Bersama-sama, kita sedang membina asas untuk bandar pintar yang saling beroperasi, mematuhi piawaian dan berdaya saing pada masa depan, yang akan memberi manfaat kepada komuniti di seluruh ASEAN.”
Kerjasama ini mengukuhkan peranan China sebagai peneraju dalam pembangunan bandar pintar, serta menonjolkan sumbangan ekosistem startup Malaysia kepada masa depan digital ASEAN. Dengan menggabungkan sokongan kerajaan China dengan semangat keusahawanan Malaysia, perjanjian ini membuka jalan bagi aplikasi transformatif dalam kesihatan, kewangan dan pembangunan bandar, sekali gus menyokong visi bagi rantau ASEAN untuk saling terhubung secara digital.
Hashtag: #AlphaMove #rwa #blockchain #ai
https://www.linkedin.com/company/alphamove/
https://x.com/AlphaMove_
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Tentang AlphaMove
AlphaMove ialah ekosistem blockchain awam secara ‘Permissionless’ yang diasaskan di Malaysia, direka untuk membuka potensi penuh tokenisasi Aset Dunia Sebenar (RWA). Dengan infrastruktur modular, pematuhan terbina dan kebolehskalaan bertaraf institusi, AlphaMove mampu memperkasakan pertukaran aset, proses pembayaran dan rangka kerja pelaburan yang melangkaui sistem kewangan tradisional dengan Web3.










