
Shopee Live Pacu Pertumbuhan dan Meluaskan Peluang untuk Penjual
Penjual Shopee Live mencapai kejayaan hebat tahun lalu dengan memanfaatkan penglibatan dan demonstrasi produk secara langsung untuk membina kepercayaan serta berhubung dengan lebih bermakna bersama pelanggan. Dengan menyertai kempen Shopee dan menggunakan ciri-ciri platform seperti baucar Shopee Live eksklusif dan alat penglibatan pengguna berinteraktif, penjual berjaya memaksimumkan kecapaian mereka. Pendekatan menyeluruh ini menghasilkan peningkatan 300% dalam jumlah penonton unik sepanjang tahun serta peningkatan 37 kali ganda jumlah tontonan yang mencecah 77 billion tontonan sepanjang tahun.
Jenama dan penjual tempatan yang mencapai hasil jualan lebih RM1 juta melalui Shopee Live pada tahun 2024 mencatatkan peningkatan sehingga 11 kali ganda dalam jumlah pesanan. Jenama terkemuka yang memperoleh hasil jualan lebih RM5 juta pula menyaksikan lonjakan sepuluh kali ganda dalam jumlah pesanan, manakala penjual tempatan yang memperoleh lebih RM500,000 meningkatkan pesanan mereka sebanyak empat kali ganda menerusi ciri strim langsung.
Antara penjual cemerlang termasuk Panda Eyes, Elgini, Gun Pet Outlet & Simba Shop, dan Kedai Abang Syukor yang berjaya berhubung dengan penonton, mempamerkan produk, dan memaksimumkan alat platform, menjadikan sesi strim langsung mereka sebuah kisah kejayaan yang mengagumkan.
Shopee Affiliate Pacu Jualan dan Meningkatkan Keterlihatan Penjual
Pada tahun 2024, Shopee Affiliate mentransformasikan landskap e-dagang dengan meningkatkan keterlihatan penjual serta membuka aliran pendapatan baharu. Penyertaan Shopee Affiliate meningkat sebanyak 161%, bertambah lebih dari dua kali ganda, dan memacu peningkatan 80% dalam jumlah pesanan jenama dan penjual tempatan. Ahli affiliate juga memanfaatkan Shopee Live, dengan strim langsung yang dijalankan oleh ahli affiliate meningkat 16 kali ganda dan menghasilkan lonjakan 1,200% dalam pesanan berbanding tahun sebelumnya.
Antara ahli affiliate cemerlang ialah Nurul Syuhana dan Celeste Phuah, pemenang anugerah ‘Shopee Affiliate 2 Million Ringgit Club’ dan ‘Shopee Affiliate 5 Million Ringgit Club’. Anugerah ini mengiktiraf ahli affiliate yang mencapai peringkat RM2 juta dan RM5 juta dalam pencapaian jualan untuk perniagaan tempatan di Shopee. Kejayaan mereka menyerlahkan bagaimana ahli affiliate memacu pertumbuhan jualan untuk penjual. Dengan menggabungkan usaha mereka dengan penstriman langsung, mereka berjaya meningkatkan jualan sambil mewujudkan hubungan bermakna dengan penonton. Ini memaparkan impak transformasi ekosistem ahli affiliate dan penstriman langsung Shopee.
Shopee Video Buka Saluran Penglibatan Pengguna Baharu
Sejak dilancarkan pada April 2024, Shopee Video menjadi alat penting untuk penjual dan ahli affiliate. Lebih 7 juta video telah dicipta, dengan ahli affiliate menyumbang 68% daripada jumlah kandungan. Video-video ini berjaya memacu lebih 500,000 pesanan sambil membina keyakinan pembeli melalui demonstrasi produk yang jelas.
Membawakan Pengalaman Berkualiti melalui Nilai, Kemudahan, dan Penjimatan
Komitmen Shopee untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah telah menyaksikan peningkatan ketara dalam penglibatan pembeli terhadap ciri dan perkhidmatan utama Shopee. Pada tahun 2024, seramai 14 juta rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada Baucar Penghantaran Percuma. Pilihan Same Day Delivery, yang membolehkan pembeli menerima pesanan yang dipesan sebelum jam 2 petang pada hari yang sama, mencatatkan peningkatan penggunaan sebanyak 84 kali ganda pada tahun 2024. Pilihan Self Collection, yang menawarkan kemudahan mengambil sendiri pesanan dari lebih 1,200 lokasi perkhidmatan Self Collection di seluruh negara, mencatatkan peningkatan penggunaan sebanyak enam kali ganda. Lonjakan dalam penglibatan ini mencerminkan dedikasi Shopee untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang cekap agar dapat memenuhi keperluan pembeli yang pelbagai, dan memperkasakan mereka dengan fleksibiliti.
“Tahun 2024 adalah tahun yang penuh dengan pencapaian hebat untuk Shopee, yang menunjukkan kuasa e-dagang dalam memperkasakan perniagaan tempatan dan meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia. Pertumbuhan kami sepanjang tahun ini menekankan komitmen kami untuk memenuhi keperluan jenama, penjual, ahli affiliate, dan pembeli yang semakin berkembang melalui penyelesaian inovatif dan ciri platform baharu. Shopee akan terus melabur dalam inisiatif yang membolehkan perniagaan tempatan berkembang maju, meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk pengguna kami, dan menyumbang secara positif kepada ekonomi digital Malaysia,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia.
Hashtag: #ShopeeMY
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.