Shopee Lagi Murah 50% Diskaun dan Eksklusif Bundle bersama Kotak Hari Lahir Shopee 12.12
Sempena ulang tahun ke-10, Shopee menawarkan harga terendah melalui program Shopee Lagi Murah. Pembeli boleh menemui tawaran harga terbaik di Shopee dengan mencari barangan bertanda “Shopee Lagi Murah”, termasuk tawaran diskaun 50% setiap hari daripada jenama popular seperti Xiaomi, Cosrx dan New Balance. Selain itu, Shopee turut bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Toshiba, Y.O.U Beauty, dan JisuLife untuk melancarkan 12.12 Birthday Boxes, edisi terhad yang tersedia secara eksklusif bermula jam 8 malam, 11 hingga 12 Disember. Berharga serendah RM12, kotak-kotak ini menampilkan keperluan harian, produk viral terlaris, juadah perayaan, gajet premium dan koleksi jenama bersama, dengan nilai keseluruhan sehingga RM12 juta. Berikut adalah antara produk menarik 12.12 Birthday Boxes yang dikurasi bersama jenama terkemuka:
- RM1,200 box: TV Toshiba 4K dan soundbar (harga asal RM2,098)
- RM600 box: HABIB Gold Wafer 999.9 (0.2g), gelang Les Georgettes, jam tangan Ice Boliday Black Gold, dan Ice-Watch Bear (jumlah nilai asal RM1,013)
- RM120 box: Kipas mudah alih JisuLife dan kipas leher (harga asal RM229), serta POP MART Blind Boxes
- RM12 box: Y.O.U Radiance Glow Day Cream dan Radiance Up Serum (nilai asal RM75.80)
Selain RM120 Birthday Box, Shopee turut bekerjasama dengan POP MART untuk melancarkan Birthday Blind Box eksklusif yang menampilkan campuran rawak blind boxes dan aksesori koleksi untuk peminat dan pengumpul. Peminat barangan mewah juga boleh menantikan HABIB x Shopee 10th Birthday Anniversary Gold Wafer 999.9 (0.2g), yang memaparkan beg beli-belah ikonik Shopee dan ruang mesej untuk nota peribadi — sebuah cenderamata sempurna untuk apa jua majlis.
Hiburan Tanpa Henti dan Baucar Istimewa melalui Daily Superstar Livestreams
Bermula 8 Disember pada jam 12 tengah hari, pembeli boleh menyaksikan Daily Superstar Livestreams yang menampilkan Duta Jenama Shopee 12.12, Bella Astillah dan Dato’ Sri Aliff Syukri, bersama pencipta kandungan popular seperti Sam Lim, Jojo Ghazali, Wan Said, dan Neonco ketika mereka membuka Shopee 12.12 Birthday Boxes, mengemukakan tawaran Shopee Lagi Murah, serta baucar diskaun 50% eksklusif livestream yang boleh ditindih semasa checkout.
Nantikan 11 Disember jam 9 malam untuk menyaksikan “Party Paling Epik” Shopee 12.12 yang penuh bintang di TV3 dan Shopee Live. Bella Astillah dan Dato’ Sri Aliff Syukri akan tampil bersama Dato’ AC Mizal, Elly Mazlein, Ryan Bakery, Nabila Razali, Alpha dan ramai lagi dalam sebuah malam penuh persembahan istimewa, lakonan hiburan, dan permainan. Penonton turut akan menerima pratonton pertama jenama-jenama yang menawarkan promosi khas pada 12.12 dan menikmati pelepasan baucar eksklusif untuk mula menambah ke troli sebelum hari jualan.
Sambutan diteruskan pada 12 Disember bermula jam 12 tengah hari dengan Shopee Live Marathon selama 12 jam. Pada jam 8 malam, Bella Astillah dan Dato’ Sri Aliff Syukri kembali sebagai hos, di mana pembeli boleh menikmati hiburan yang lebih menarik, tawaran istimewa daripada Baellova oleh Bella Astillah dan Papa Laris oleh Dato’ Sri Aliff Syukri, serta menyaksikan pelancaran koleksi beg tangan baharu Sallywho oleh Dato’ Sri Aliff Syukri.
Sepanjang hari, pembeli juga boleh merebut baucar eksklusif bersama RM12 Knockout Deals, termasuk tawaran berjenama pada harga RM12 dan RM120 daripada jenama seperti Dyson, Gintell dan Pandora. Selain itu, baucar Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum turut ditawarkan setiap hari sepanjang tempoh jualan, membantu pembeli membawa pulang barang kegemaran dengan lebih jimat.
Dengan tawaran hebat, 12.12 Birthday Boxes eksklusif, serta hiburan livestream tanpa henti menjelang hari besar, kini adalah masa terbaik untuk menambah barangan idaman ke troli dan checkout semasa Jualan Hari Jadi Shopee 12.12.
Hashtag: #Shopee
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan, dan Brazil. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee memacu pembangunan ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan Monee.






