
Model baharu ini menawarkan pengalaman flagship yang direka khas untuk gaya hidup digital masa kini. Produk yang diutamakan dalam pelancaran ini, Xiaomi 15T Pro (12GB + 1TB), merupakan model pertama dalam siri T yang dilengkapi kamera Leica 5× Pro telefoto, menyokong fotografi zum setaraf profesional. Dengan storan sehingga 1TB, pengecasan pantas berwayar 90W, dan pengecasan tanpa wayar 50W, Xiaomi 15T Pro memberikan kuasa penuh untuk prestasi dan kreativiti. Pra-tempahan kini dibuka di Shopee, dengan harga awal RM3,299 sehingga 2 Oktober untuk Xiaomi 15T Pro (12GB + 1TB).
Melengkapkan telefon pintar flagship tersebut, REDMI Pad 2 Pro (6GB + 128GB) membawa peningkatan ketara dalam siri ini. Ia tampil dengan paparan besar 12.1 inci 2.5K dengan kadar segar semula 120Hz yang lancar, dipadukan dengan empat pembesar suara Dolby Atmos, memberikan pengalaman hiburan imersif. Pembeli juga boleh membuat pra-tempahan REDMI Pad 2 Pro pada harga awal RM999 sehingga 2 Oktober.
Selain pelancaran flagship ini, Xiaomi turut memperkenalkan produk baharu dalam rangkaian AIoT merangkumi rumah pintar, peranti boleh pakai, dan hiburan. Antaranya termasuk Xiaomi Watch S4 dan Xiaomi OpenWear Stereo Pro earbuds, yang direka untuk melengkapkan kehidupan pengguna dengan lebih menyeluruh.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Shopee turut membawa affiliates ke acara pelancaran rasmi Xiaomi di Sunway Lagoon Ballroom pada hari ini untuk membolehkan mereka merasai sendiri inovasi terkini Xiaomi. Para pencipta akan berkongsi kandungan eksklusif di Shopee Live dan YouTube Shopping, dengan ulasan masa nyata mereka untuk membantu pembeli memahami ciri utama dan teknologi di sebalik siri flagship baharu Xiaomi.
Celeste Phuah (@princezleste), salah seorang Shopee Live Affiliate yang menghadiri acara pelancaran berkata, “Mencuba kamera zum Leica 5× pada Xiaomi 15T Pro menunjukkan betapa tajam dan fleksibelnya untuk pelbagai jenis rakaman. Saya tidak sabar untuk mempamerkannya di Shopee Live supaya pengikut saya dapat lihat betapa sesuai ia untuk penciptaan kandungan harian serta fotografi.”
Selepas mencuba REDMI Pad 2 Pro semasa acara pelancaran, Fazli Halim (@FazliHalim), seorang YouTube Affiliate di bawah Shopee berkongsi: “Pembesar suara REDMI Pad 2 Pro dengan Dolby Atmos benar-benar menyerlah. Bunyi yang dihasilkan terasa imersif dan bertenaga untuk peranti yang begitu nipis. Saya tidak sabar untuk pengikut saya mengetahui lebih lanjut tentang produk ini dan mendapatkannya sendiri.”
Sempena pelancaran ini, Shopee Affiliates akan menghasilkan kandungan eksklusif bersama Xiaomi, untuk memberi pelanggan perspektif lebih mendalam mengenai pelancaran baharu Xiaomi dan ciri-cirinya. Untuk masa terhad, pembeli boleh memiliki inovasi terkini Xiaomi dengan pelan ansuran 0% sehingga 6 bulan melalui SPayLater. Ahli Platinum Shopee Reward juga boleh menikmati baucar diskaun tambahan 10% untuk Xiaomi 15T Pro. Kesemua peranti baharu Xiaomi kini boleh didapati secara eksklusif melalui Xiaomi Official Store di Shopee Mall.
Hashtag: #Ecommerce #Gadget #Business #Exclusive
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
About Shopee
Shopee is a leading e-commerce platform in Southeast Asia, Taiwan, and Brazil. Shopee promotes an inclusive and sustainable digital ecosystem by enabling businesses to digitalise and grow their online presence, helping more people access and benefit from digital services, and uplifting local communities.
Shopee offers an easy, secure, and engaging experience that is enjoyed by millions of people daily. Shopee is also a key contributor to the digital economy, with a firm commitment to helping homegrown brands and entrepreneurs succeed in e-commerce.
Shopee is part of Sea Limited (NYSE: SE), a leading global consumer internet company. Sea’s mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology through its three core businesses: Shopee, Garena, and Monee.













