Dari berjaya mencapai 80,000 pesanan hingga membina perniagaan bernilai jutaan ringgit, dua usahawan tempatan kongsi kisah kejayaan
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 27 January 2025 – Menjelang Tahun Baru Cina, usahawan tempatan – Wong dan Lee dari Sunspin dan Bryan dari FunFun.inShop – berkongsi bagaimana e-dagang telah menjadi alat penting dalam membantu perniagaan kecil-kecilan mereka untuk berkembang dan beradaptasi ke dunia digital . Perjalanan mereka mencerminkan semangat inovasi rakyat Malaysia yang berteraskan daya tahan, nilai murni, dan kesungguhan, sekaligus menjadi sumber inspirasi kepada mereka yang mahu mengatasi cabaran dan mencapai kejayaan bermakna.

Perjalanan Sunspin menuju hidup sihat, keluarga harmoni, dan kejayaan bisnes
Pasangan suami isteri, Wong Yung Ming dan Lee Sze Yee, menubuhkan Sunspin pada tahun 2020 dengan misi untuk menjadikan mi konjac dan produk bawang hitam (black garlic) lebih mudah diperoleh oleh keluarga-keluarga seperti mereka. Sebagai ibu bapa kepada dua anak kecil, pasangan ini terinspirasi untuk mempromosikan tabiat pemakanan yang lebih sihat sambil membina masa depan yang stabil untuk keluarga mereka.
Bermula sebagai perniagaan kecil dari rumah mereka di Johor, pasangan ini menjual produk mereka secara sambilan kepada komuniti tempatan. Namun, peralihan mereka dalam dunia e-dagang mengubah perniagaan mereka apabila mereka memanfaatkan ekosistem Shopee untuk memperluaskan kecapaian produk berkhasiat ini kepada keluarga di seluruh Malaysia.
“Kami mula menggunakan servis program Shopee Affiliates pada tahun 2024. dan Pempengaruh tempatan ini banyak membantu kami dengan menarik pelanggan baharu yang setia ke kedai kami. Dalam masa setahun sahaja, kami berjaya meningkatkan pesanan harian kepada sembilan kali ganda. Kami gembira memaklumkan bahawa kami telah menjual lebih daripada 80,000 produk sejak menyertai Shopee! Ini menunjukkan kepercayaan keluarga-keluarga di Malaysia terhadap produk kami,” kata Wong, yang meninggalkan pekerjaannya dalam bidang IT pada awal 2024 untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada Sunspin.
Pertumbuhan mereka turut disokong oleh program ‘Kempen Tani Shopee’, yang bertujuan untuk memperkasakan agropreneur dengan alat dan sumber daya untuk berjaya dalam ekonomi digital. Pasangan ini menyertai bengkel ShopeeXpert, demonstrasi Shopee Live, dan mendapat tip-tip praktikal untuk meningkatkan trafik serta jualan di platform tersebut.
Sempena Tahun Baru Cina ini, pasangan ini berkongsi bahawa kejayaan sebenar i adalah mengembangkan perniagaan sambil menikmati masa berkualiti bersama anak-anak mereka. “Mengembangkan perniagaan sambil memberi keutamaan kepada keluarga sentiasa menjadi matlamat kami. Adalah amat bermakna buat kami melihat bagaimana usaha kami telah membawa kestabilan serta detik-detik berharga bersama keluarga,” tambahnya.
Dari eksperiman kecil di rumah ke perniagaan jutaan Ringgit FunFun.inShop
Sebelum tahun 2021, Bryan Ng, pengarah FunFun.inShop, bekerja di sebuah syarikat logistik. Di situ, Bryan berpeluang bertemu dengan beberapa penjual Shopee yang berkongsi pengalaman mereka membina perniagaan secara dalam talian. “Mendengar kisah kejayaan mereka memberi saya keyakinan untuk mencuba sendiri,” kata Bryan. Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),Bryan memulakan langkah dengan memuat naik beberapa produk ke Shopee dari rumah. Dalam tempoh singkat, pesanan mula meningkat secara mendadak, malah pernah mencecah 200 hingga 300 pesanan sehari. “Ia benar-benar membuka mata saya. Apa yang bermula sebagai percubaan kecil berkembang menjadi sesuatu yang jauh lebih besar,” jelasnya.
Dengan strategi melabur semula keuntungan secara bijak dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keperluan pelanggan, Bryan berjaya mengembangkan perniagaan kecilnya menjadi sebuah syarikat bernilai jutaan ringgit. FunFun.inShop mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa, dengan jualan melonjak sebanyak 260%, mencapai lebih daripada RM4 juta pada tahun 2024 sahaja. Bryan percaya bahawa kejayaan ini terhasil daripada kombinasi pemahaman mendalam terhadap kehendak pelanggan, penetapan harga yang kompetitif, serta penggunaan efektif ciri-ciri Shopee seperti Shopee Ads, Shopee Live, dan kempen untuk memperluaskan capaian pelanggan. “Semua alat ini sangat membantu kami untuk kekal berdaya saing dan terus berkembang,” jelasnya.
Bermula sebagai perniagaan kecil dari rumah, FunFun.inShop kini berkembang menjadi sebuah perniagaan yang berjaya. “Saya mulakan dengan hanya beberapa produk, tetapi kini kami telah membina sesuatu yang mampu memberi manfaat kepada ramai orang,” kata Bryan. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah Shopee Live, yang membolehkan Bryan berinteraksi secara langsung dengan pelanggan, mempamerkan produk secara real-time, dan membina hubungan yang erat dengan mereka. “Perjalanan ini benar-benar telah mengubah hidup saya, dan saya amat bersyukur kepada platform yang telah memungkinkan semua ini berlaku,” tambahnya.
Usahawan seperti Wong dan Lee dari Sunspin dan Bryan dari FunFun.inShop membuktikan bagaimana e-dagang mampu mengubah perniagaan kecil menjadi perniagaan yang berjaya. Platform seperti Shopee, yang meraikan ulang tahun ke-10 di Malaysia pada tahun ini, menjadi sebahagian daripada perkembangan ini, menyediakan alat dan peluang untuk perniagaan beradaptas dengan ekonomi yang sering berubah.
Ketika Malaysia terus berkembang menjadi hab digital terkemuka di Asia Tenggara, kisah usahawan seperti Wong dan Bryan mencerminkan perubahan yang lebih besar. Dengan inovasi berterusan dan sokongan yang kukuh, e-dagang akan kekal menjadi asas daya tahan ekonomi Malaysia, membolehkan perniagaan kecil terus berkembang sambil menyumbang kepada ekonomi tempatan.
Hashtag: #ShopeeMY
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.