• About
  • Advertise
  • Write For Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
Subscribe
Smart Investor Malaysia
Advertisement
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
Smart Investor Malaysia
No Result
View All Result
Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor
Home HIDE FROM HOME

Lebih 60% Rakyat Malaysia Kekurangan Vitamin D Alpro Pharmacy Taja RM1.6 Juta Bagi Projek :D Tangani Krisis Senyap Vitamin D di Malaysia

3 months ago
0
71
SHARES
139
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 29 Ogos 2025 – Meskipun Malaysia menerima cahaya matahari sepanjang tahun, kekurangan Vitamin D kini menjadi cabaran kesihatan yang meluas dan sering diabaikan. Kajian sistematik yang diterbitkan dalam International Journal of Environmental Research and Public Health (2022) melaporkan bahawa 64% rakyat Malaysia mempunyai paras Vitamin D yang tidak mencukupi, manakala lebih 20% pula mengalami kekurangan serius. Golongan ibu mengandung merupakan antara yang paling berisiko, apabila kajian dalam Nutrients (2022) mendapati sehingga 96% wanita hamil mengalami kekurangan Vitamin D menjelang waktu bersalin. Kekurangan ini boleh melemahkan tulang, meningkatkan risiko patah dan jatuh dalam kalangan warga emas, menjejaskan imuniti, mempengaruhi emosi serta tenaga, dan dalam kehamilan ia dikaitkan dengan kencing manis semasa hamil, pra-eklampsia, kelahiran pramatang dan perkembangan tulang bayi yang terganggu.

(Dari kiri: Assoc. Prof. Dr. Mohd Shahezwan Abd Wahab (Ketua Projek & Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, UiTM); Prof. Winnie Chee Siew Swee (Profesor, Nutrisi & Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU); Pengarah, Institute of Research, Development and Innovation, IRDI); Ms Elsie Low (Pengurus Besar Powerlife Malaysia); Ahli Farmasi Ng Yi Ling (Pengurus Pembangunan & Penjagaan Profesional, Alpro Pharmacy); Dr. Ng Ming Lee (Pengarah Perubatan, Alpro Clinic); Dr. Nagammai Thiagarajan (Naib Presiden, Malaysian Falls Prevention Network, MyFalls); Mr. Too Jia Leong (Pengarah Urusan, Global Science)
(Dari kiri: Assoc. Prof. Dr. Mohd Shahezwan Abd Wahab (Ketua Projek & Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi, UiTM); Prof. Winnie Chee Siew Swee (Profesor, Nutrisi & Dietetik, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU); Pengarah, Institute of Research, Development and Innovation, IRDI); Ms Elsie Low (Pengurus Besar Powerlife Malaysia); Ahli Farmasi Ng Yi Ling (Pengurus Pembangunan & Penjagaan Profesional, Alpro Pharmacy); Dr. Ng Ming Lee (Pengarah Perubatan, Alpro Clinic); Dr. Nagammai Thiagarajan (Naib Presiden, Malaysian Falls Prevention Network, MyFalls); Mr. Too Jia Leong (Pengarah Urusan, Global Science)

Bagi menangani isu kesihatan ini, Alpro Pharmacy melancarkan Projek 😀 dengan subsidi bernilai RM1.6 juta di seluruh negara, bertujuan menjadikan ujian dan pendidikan mengenai Vitamin D lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Inisiatif ini menyasarkan untuk menjalankan saringan terhadap 30,000 orang, meningkatkan kesedaran awam serta menyediakan kaunseling peribadi oleh ahli farmasi, doktor dan pakar diet.

Projek 😀 akan bermula pada September 2025 dengan 30 cawangan perintis sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada Oktober 2025. Kos saringan ditawarkan pada harga hanya RM1 untuk kumpulan berisiko tinggi (warga emas, ibu hamil & ibu yang menyusukan bayi, serta individu yang kurang terdedah kepada cahaya matahari), dan RM15 untuk orang awam (harga asal RM35). Setiap ujian turut disertakan dengan sesi kaunseling profesional dan pelan kesihatan yang disesuaikan.

“Kekurangan Vitamin D bukan sekadar isu nutrisi, tetapi cabaran kesihatan awam yang memberi kesan kepada imuniti, emosi, tenaga, malah meningkatkan risiko jatuh dalam kalangan warga emas. Di Alpro, kami percaya setiap rakyat Malaysia berhak mendapat akses kepada alat dan penjagaan kesihatan yang mereka perlukan untuk hidup lebih sihat dan bermakna. Projek 😀 adalah komitmen kami untuk melangkah bersama rakyat — ke arah Malaysia yang lebih sihat dan bertenaga,” kata Ph. Lim En Ni, Ketua Ahli Farmasi & Pengarah Engagement Alpro Pharmacy.

Menyokong misi ini, Powerlife, penyedia suplemen kesihatan terkemuka di Malaysia, tampil sebagai rakan utama Projek 😀 dengan menyumbangkan 300 alat penganalisis Vitamin D berteknologi tinggi ke cawangan Alpro di seluruh negara. Peranti mudah alih ini, dibangunkan oleh Global Science, menggunakan teknologi fluoresen terkini untuk memberikan keputusan yang tepat dalam beberapa minit — sekali gus menjembatani jurang antara ujian makmal yang mahal dan kit saringan pantas yang kurang tepat.

Bagi memperkukuh impak jangka panjang, Alpro turut bekerjasama dengan dua institusi akademik utama. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) akan menjalankan penyelidikan mengenai peranan Vitamin D terhadap kesihatan ibu dan bayi, manakala Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan mengkaji kesannya dalam penjagaan warga emas, khususnya dalam pencegahan daripada jatuh dan patah tulang.

Penyelidikan kami bukan hanya tentang data — tetapi tentang manusia. Dengan memahami bagaimana Vitamin D membentuk kesihatan ibu, bayi, kanak-kanak & remaja serta warga emas, kita dapat menukar ilmu sains kepada tindakan. Melalui kerjasama ini bersama Alpro, kita sedang melangkah ke arah meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia,” kata Prof. Winnie Chee, Profesor Nutrisi & Dietetik di IMU dan Pengarah Institute of Research, Development and Innovation (IRDI).

Selain saringan, Projek 😀 juga akan menganjurkan kempen pendidikan, ceramah komuniti dan program kesedaran bersama MyFalls, dengan fokus kepada pencegahan daripada jatuh dalam kalangan warga emas serta kepentingan Vitamin D dalam kesejahteraan seharian.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik dengan menyertai Projek :D. Kunjungi Alpro Pharmacy atau Alpro Clinic berhampiran anda untuk maklumat lanjut dan lokasi cawangan yang terlibat. Untuk kemas kini dan nasihat pakar, ikuti saluran media sosial rasmi Alpro Pharmacy.

Hashtag: #AlproPharmacy

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Alpro Pharmacy

Bermula dengan satu cawangan farmasi di bandar kecil Port Dickson pada tahun 2002, Alpro Pharmacy kini merupakan rangkaian farmasi komuniti yang berkembang dengan menyediakan solusi penjagaan kesihatan primer yang menyeluruh melalui lebih 300 cawangan termasuk Alpro Pharmacy, Alpro Clinic, Alpro Physio dan Alpro Baby, di platform dalam talian dan luar talian di seluruh negara. Ia disokong oleh lebih daripada 650 profesional kesihatan, termasuk doktor, ahli farmasi, pakar pemakanan, dietitian, ahli fisioterapi dan banyak lagi profesional kesihatan.

Melayani lebih daripada 3 juta keluarga di Malaysia, Alpro Pharmacy adalah farmasi komuniti pertama dan satu-satunya di negara ini yang menyediakan insurans liabiliti produk bernilai RM1 juta untuk melindungi bekalan ubat-ubatan asli. Dengan lebih 500,000 preskripsi diproses setiap tahun, Alpro Pharmacy juga merupakan rangkaian farmasi preskripsi terbesar di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.alpropharmacy.com.

Previous Post

CUHK Faculty of Education Leads Global Innovation in Education Research and Teaching

Next Post

More than 60% of Malaysians Lack Vitamin D Alpro Pharmacy Subsidises RM1.6 Million for Project :D to Tackle Malaysia’s Silent Vitamin D Crisis

Next Post

Nearly 60% of Wildberries Pickup Points Are Run by Women, Company Survey Finds

Morningstar Awards 2024 Morningstar Awards 2024 Morningstar Awards 2024
  • Trending
  • Comments
  • Latest

Robo Advisor In Malaysia, 8 Robo Advisor Platforms To Choose From

17/08/2022
A calculator on financial chart, financial concept

Tax For The 6 Common Investments In Malaysia

19/09/2023

MRTT VS MRTA, What’s The Difference?

11/10/2023

How To Open A CDS And Share Trading Account?

02/05/2023

Digital Fundraising Platforms in Malaysia

Retirement Plans for the Self-Employed

SC Guidelines On Digital Assets

Retirement planning advise from the experts

Retirement Planning: Best Practices and Advice From Experts

Hang Lung Expands Retail Portfolio in Wuxi, Marking Another Milestone of Their V.3 Strategy

09/12/2025

恒隆进一步拓展无锡零售物业布局 “恒隆 V.3″策略再添重要里程碑

09/12/2025

恒隆進一步拓展無錫零售物業布局 「恒隆 V.3」策略再添重要里程碑

09/12/2025

Carousel & Co. To Launch Malaysia’s First Social Entertainment Venue at Avenue K, Kuala Lumpur

09/12/2025

Hang Lung Expands Retail Portfolio in Wuxi, Marking Another Milestone of Their V.3 Strategy

21 hours ago

恒隆进一步拓展无锡零售物业布局 “恒隆 V.3″策略再添重要里程碑

21 hours ago

恒隆進一步拓展無錫零售物業布局 「恒隆 V.3」策略再添重要里程碑

21 hours ago

Carousel & Co. To Launch Malaysia’s First Social Entertainment Venue at Avenue K, Kuala Lumpur

1 day ago
The Smart Investor

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

Category

  • About
  • Subscribe
  • Write For Us
  • Payment Policy
  • Shipping Policy
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Sign up to read our newsletter

  • About
  • Contact Us
  • Home
  • Home (Bahasa Melayu)
  • Newsletter
  • Payment Policy
  • Privacy Policy
  • Shipping Policy
  • Subscribe
  • Write For Us

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.