Membangunkan pelekat inframerah jauh yang menyokong kesejahteraan pengguna secara semula jadi dan tidak invasif
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 12 September 2025 – KPLASS, pengeluar dan jenama pelekat Teknologi Inframerah Jauh, telah meraih beberapa anugerah di Osaka World Expo 2025 termasuk “Special Honour Product”, “Innovative Product Award”, “Distinguished Manufacturer Award” dan “Outstanding Contribution Award”. Produk Pelekat Melegakan Batuk Inframerah Jauh keluaran KPLASS kini boleh didapati di seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura, Vietnam, Kemboja serta pasaran lain. Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian penting yang memperkukuh usaha KPLASS untuk terus berkembang di rantau ini.
Pelekat Melegakan Batuk Inframerah Jauh KPLASS menggabungkan Teknologi Inframerah Jauh dengan rangsangan titik akupuntur. Berbeza dengan pad haba konvensional yang hanya menghangatkan permukaan kulit, sinar Inframerah Jauh menembusi lapisan kulit yang lebih dalam untuk membantu melancarkan peredaran darah dan menyokong fungsi tubuh yang lain. Apabila dilekatkan pada titik akupuntur seperti Tiantu dan Danzhong, pelekat ini akan mengeluarkan haba lembut yang dapat membantu meningkatkan aliran darah, mengurangkan keradangan dan melegakan simptom batuk melalui kaedah tidak invasif.
“Pengiktirafan di Osaka World Expo ini membuktikan komitmen berterusan kami dalam memacu inovasi kesihatan dan kesejahteraan. Dengan menggabungkan Teknologi Inframerah Jauh bersama terapi akupuntur, kami ingin menawarkan pelekat yang selamat serta berkesan untuk pelbagai lapisan pengguna. Kami akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperluaskan lagi pasaran produk ini ke seluruh Asia Pasifik,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KPLASS Singapura, Michael Hu.
Rangkaian produk KPLASS merangkumi Pelekat Melegakan Batuk Inframerah Jauh untuk orang dewasa serta Pelekat Melegakan Batuk Inframerah Jauh Kanak-kanak yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 bulan hingga 6 tahun. Selain itu, kami turut menawarkan produk tambahan lain untuk melegakan haid, mengurangkan kesakitan dan menyokong sendi. Semua pelekat ini direka bagi melengkapi proses semula jadi tubuh serta memberikan sokongan tanpa invasif.
Kehadiran KPLASS di rantau ini semakin berkembang seiring dengan peningkatan minat pengguna terhadap produk kesihatan semula jadi yang berasaskan teknologi, khususnya di Malaysia. Perancangan sedang dijalankan untuk memperkenalkan Pelekat Melegakan Batuk Kanak-kanak ke pasaran tempatan, melengkapi rangkaian dewasa yang ada di seluruh negara. Di Singapura, KPLASS telah dinobatkan sebagai “Best Selling Cough Patch” oleh Watsons pada tahun 2022, 2024 dan 2025.
Pelekat KPLASS kini boleh didapati di Malaysia melalui rangkaian farmasi utama termasuk Watsons, Guardian, Alpro, AA Pharmacy, Multicare, Healthlane, Pillbox serta farmasi lain di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kplass.sg atau ikuti KPLASS di Instagram dan Facebook untuk perkembangan terkini.
Imej boleh dimuat turun melalui pautan ini – [Klik Di Sini]
Hashtag: #KPLASS #FarInfrared #Technology #Health
http://www.kplass.sg
https://www.facebook.com/kplassmalaysia/?ref=_xav_ig_profile_page_web
https://www.instagram.com/kplass_malaysia/
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
About KPLASS
KPLASS is a Singapore brand using leading edge of technology and healthcare innovation to alleviate daily body discomforts. It uses the Far Infrared technology, which is natural, safe and effective that helps to relieve the cough symptoms and various body pains. Backed by 25 years of R&D and manufacturing competency of its parent company, the marketing and offering are differentiated by combined Infrared technology and TCM Acupoints in everyday health care solutions that is drug free, non-invasive and thus convenient and user-friendly. Bring home the Infrared treatment at your comfort and convenience.












