
Storan Data Huawei terus memacu inovasi teknologi dengan memanfaatkan platform data sedia AI, ketahanan dan kecekapan data yang mantap serta pengurusan data pintar lanjutan bagi memenuhi secara menyeluruh pelbagai keperluan perusahaan dalam kes penggunaan awan hibrid, AI dan operasi perniagaan kritikal.
Penyelesaian Storan Data Huawei digunakan di lebih daripada 150 negara dan wilayah di seluruh dunia untuk melayani pelanggan dalam industri seperti kewangan, telekomunikasi, pembuatan, penjagaan kesihatan, kerajaan dan utiliti awam yang merangkumi Amerika Latin, Eropah, Timur Tengah, Afrika serta rantau Asia-Pasifik.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan penyelesaian storan Huawei, sila layari: https://e.huawei.com/en/products/storage
Gartner, Magic Quadrant untuk Platform Storan Perusahaan, oleh Jeff Vogel, Julia Palmer, Chandra Mukhyala, Joseph Unsworth, 2 September 2025
GARTNER merupakan tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan milik Gartner, Inc. dan/atau gabungannya di Amerika Syarikat dan di peringkat antarabangsa serta digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara. Magic Quadrant merupakan tanda dagangan berdaftar milik Gartner, Inc. dan/atau gabungannya serta digunakan di sini dengan kebenaran. Hak cipta terpelihara.
Gartner tidak mengesahkan mana-mana penyedia, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya serta tidak menasihati pengguna teknologi untuk hanya memilih penyedia dengan penarafan tertinggi atau penetapan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, sama ada tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian bagi tujuan tertentu.
Hashtag: #Huawei
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.










