Satu Sebutharga Insurans Mudah Bertukar Menjadi Hadiah Kereta Elektrik Bernilai RM180,000.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 15 Ogos 2025 – BJAK telah menutup tirai kempen 8.8 Hadiah Mega dengan menghadiahkan lebih RM500,000 kepada peserta bertuah di seluruh negara, termasuk hadiah utama sebuah kereta elektrik BYD Seal bernilai lebih RM180,000.
Kempen peringkat nasional yang berlangsung dari 15 Julai hingga 8 Ogos 2025 ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan BJAK untuk berinteraksi dengan pelanggan dan memberikan nilai tambah melalui perkhidmatannya. Peserta melayakkan diri untuk cabutan bertuah dengan hanya mendapatkan sebutharga insurans kenderaan secara percuma di BJAK.com – proses penyertaan yang mudah dan boleh diakses oleh semua.
Secara keseluruhan, kempen ini menerima lebih 120,000 penyertaan di seluruh negara, dengan 2,500 pemenang menerima BJAK VIP Rescue secara percuma – termasuk perkhidmatan tunda tanpa had dan perkhidmatan lanjutan percuma – manakala 50 pemenang lain membawa pulang hadiah cabutan bertuah seperti TV, konsol PS5, gajet & peralatan elektrik, barangan gaya hidup, dan banyak lagi.
Kemuncak acara ini disiarkan secara langsung melalui livestream yang dihoskan oleh personaliti terkenal Ceddy Ang, Scha Alyahya dan Awal Ashaari. Acara dalam talian ini menarik penonton dari seluruh negara, dengan pengumuman pemenang dibuat secara langsung sebagai sebahagian daripada sambutan tersebut.
Sorotan utama kempen ini adalah hadiah utama yang dimenangi oleh Halimie bin Abdul, 20 tahun, dari Rawang, yang masih dalam proses mendapatkan lesen memandu. “Saya sedang mengikuti kelas memandu dan tidak pernah terfikir akan memiliki kereta secepat ini,” kata Halimie, mengenang detik apabila diumumkan sebagai pemenang utama. “Apabila mendengar nama saya, saya tergamam tidak percaya. Ia adalah detik penuh kegembiraan yang membuatkan saya menitiskan air mata.”
Kempen ini berjaya menarik lebih sejuta penyertaan, namun kisah Halimie menjadi tumpuan utama. Kereta BYD Seal bernilai lebih RM180,000 ini akan menjadi kereta pertamanya. Buat masa ini, ia akan kekal tersadai sehingga beliau memperoleh lesen memandu, namun beliau sudah merancang untuk berkongsi pemanduan pertama bersama ibu bapanya.
8.8 Mega Giveaway BJAK menegaskan komitmen syarikat untuk menghargai pelanggan sambil mempromosikan pemanduan yang selamat. Sambutan luar biasa terhadap kempen ini mencerminkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap platform perbandingan insurans dan perkhidmatan BJAK.
Untuk maklumat lanjut mengenai BJAK dan sebutharga insurans, sila layari https://www.bjak.com.
Hashtag: #BJAK
The issuer is solely responsible for the content of this announcement.
Tentang BJAK.com
BJAK ialah platform #1 perbandingan dan pembaharuan insurans di Malaysia, membantu jutaan pemandu mendapatkan perlindungan terbaik dalam beberapa minit. Dengan kerjasama syarikat insurans terkemuka, BJAK menawarkan harga yang telus, pembayaran fleksibel, serta keistimewaan eksklusif seperti bantuan tepi jalan VIP dan perkhidmatan tunda tanpa had – memberikan kemudahan, nilai dan ketenangan minda kepada setiap pemandu.









