• About
  • Advertise
  • Write For Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
Subscribe
Smart Investor Malaysia
Advertisement
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
Smart Investor Malaysia
No Result
View All Result
Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor
Home HIDE FROM HOME

AI Tawar Peluang Pertumbuhan kepada Penjual eDagang Malaysia Walaupun Berdepan Cabaran Penggunaan, Menurut Laporan Lazada

3 months ago
0
76
SHARES
149
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
  • Secara purata, penjual dalam talian di Malaysia hanya telah mengaplikasikan AI dalam 26% operasi perniagaan mereka, jauh lebih rendah berbanding purata Asia Tenggara sebanyak 37%.
  • Indonesia dan Vietnam mendahului dari segi kadar penggunaan AI dalam eDagang di Asia Tenggara, diikuti oleh Singapura dan Thailand.
  • Buku panduan baharu daripada Lazada menyediakan amalan terbaik, cerapan, serta sumber berguna untuk membantu penjual mengintegrasikan AI ke dalam operasi mereka.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 8 April 2025 – Lazada, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara, hari ini menerbitkan laporan penyelidikannya bertajuk Bridging the AI Gap: Online Seller Perceptions and Adoption Trends in Southeast Asia (SEA). Dibangunkan dengan kerjasama Kantar, laporan ini meninjau 1,214 penjual eDagang dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam bagi mengkaji trend, cabaran serta peluang pengambilan AI—sekaligus memberikan gambaran tentang tahap kesediaan penjual untuk mengintegrasikan AI ke dalam operasi mereka.

Jurang yang nyata dalam pengetahuan, persepsi dan pelaksanaan di kalangan penjual dalam talian

Penyelidikan ini mendedahkan bahawa 69% penjual dalam talian di Malaysia menunjukkan tahap kefahaman yang tinggi terhadap AI, sejajar dengan purata serantau iaitu 68% yang membuktikan mereka mengetahui tentang kewujudan AI. Walaupun penjual di Asia Tenggara percaya bahawa mereka telah mengintegrasikan AI dalam 47% daripada operasi perniagaan mereka, kadar pengambilan sebenar hanyalah 37%. Di Malaysia, jurang ini lebih ketara di mana penjual menganggarkan kadar penggunaan AI sebanyak 30%, namun pelaksanaan sebenar adalah hanya 26%, jelas menonjolkan perbezaan antara persepsi dan penggunaan sebenar AI di negara ini.

Penjual dalam talian berdepan dilema dari segi menilai keberkesanan AI dan implikasi kosnya. Walaupun 89% penjual di Asia Tenggara mengakui peranan AI dalam meningkatkan produktiviti, namun hanya 77% penjual Malaysia berkongsi sentimen yang sama. Ini berbeza dengan persepsi terhadap kegunaan keseluruhan AI, di mana hanya 1 daripada 2 penjual di Malaysia kurang percaya terhadap manfaatnya, berbanding hampir dua pertiga (61%) penjual di Asia Tenggara yang berkongsi pandangan yang sama. Tambahan pula, walaupun 87% penjual di Malaysia bersetuju bahawa AI mampu menjana penjimatan kos dalam jangka masa panjang, hampir dua pertiga (64%) menyatakan bahawa kos yang tinggi dan pelaksanaan yang memakan masa sebagai penghalang penggunaan.

Penyelidikan ini juga mencadangkan kewujudan jurang dalam pengambilan, di mana penjual memahami kepentingan AI namun bergelut dengan penggunaan yang berkesan. Dengan cabaran dalam peralihan daripada proses manual kepada penyelesaian berasaskan AI, hampir semua penjual di Asia Tenggara (93%) bersetuju bahawa adalah penting untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja agar mereka boleh menggunakan AI dengan lebih produktif. Namun begitu, 3 daripada 4 penjual (75%) turut mengakui bahawa pekerja mereka masih lebih cenderung menggunakan alat atau kaedah yang mereka biasa gunakan, berbanding penyelesaian baharu berasaskan AI. Di Malaysia, kepentingan peningkatan kemahiran untuk AI adalah pada kadar 89%, walaupun majoriti penjual (67%) masih menunjukkan bahawa pekerja mereka lebih selesa menggunakan cara bekerja yang telah terbukti berkesan dan biasa digunakan.

Perbandingan tahap kesediaan AI di Malaysia berbanding Asia Tenggara

Di seluruh rantau ini, Indonesia dan Vietnam mendahului dengan 42% kadar penggunaan AI merentas fungsi perniagaan, manakala Singapura dan Thailand mengikut rapat pada 39%, diikuti oleh Filipina pada 32% dan Malaysia pada 26%. Berdasarkan tahap penggunaan AI merentas lima aspek utama operasi perniagaan bagi penjual, iaitu operasi dan logistik, pengurusan produk, pemasaran dan pengiklanan, khidmat pelanggan, serta pengurusan tenaga kerja, laporan ini mengenal pasti tiga jenis arketipe penjual yang utama – AI Adepts, AI Aspirants, dan AI Agnostics[1], berdasarkan purata skor yang mereka capai dalam setiap aspek operasi untuk mewakili tahap kesediaan AI mereka.

  • AI Adepts (Pakar AI): Penjual yang telah mengintegrasikan AI dalam sekurang-kurangnya 80% operasi mereka, menjadikan mereka peneraju dalam penggunaan AI. Hanya 15% penjual di Malaysia tergolong dalam kategori ini, jauh lebih rendah berbanding purata Asia Tenggara iaitu 24%.
  • AI Aspirants (Pemula AI): Penjual yang telah mengintegrasikan AI secara separa dalam operasi mereka, namun masih berdepan jurang penggunaan dalam beberapa fungsi utama. Kumpulan ini merangkumi 43% penjual di Malaysia, sejajar dengan separuh daripada penjual di Asia Tenggara (50%).
  • AI Agnostics (Pengamat AI): Kumpulan ini ketinggalan dalam penggunaan AI, dengan kebanyakan fungsi perniagaan masih dikendalikan secara manual. Malaysia mempunyai bilangan penjual yang jauh lebih tinggi dalam kategori ini (42%), hampir dua kali ganda berbanding purata Asia Tenggara iaitu 26%.

Penemuan menunjukkan bahawa Thailand mempunyai peratusan tertinggi penjual dalam kategori AI Adepts, dengan 30% penjual tergolong dalam kumpulan ini. Singapura (29%), Indonesia (29%) dan Vietnam (22%) juga menunjukkan pelaksanaan AI yang kukuh walaupun terdapat jurang pengetahuan, manakala Malaysia (15%) dan Filipina (19%) berdepan cabaran dari segi penerimaan AI dan kekangan infrastruktur. Sebanyak 85% penjual di Malaysia tergolong dalam kategori AI Aspirants dan AI Agnostics, menandakan keperluan mendesak untuk sokongan yang lebih kukuh kepada penjual (48%) serta alat berkuasa AI (47%) bagi memacu pelaksanaan teknologi ini.

“Penemuan daripada penyelidikan kami mendedahkan jurang dalam ekosistem eDagang Asia Tenggara. Walaupun kebanyakan penjual memahami potensi transformatif AI, ramai yang masih dalam proses peralihan daripada pengiktirafan kepada pelaksanaan,” kata James Dong, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Lazada. “Sebagai platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara, kami berhasrat untuk merapatkan jurang pengetahuan dan penggunaan dengan membangunkan penyelesaian AI yang boleh diakses dan mampu menangani cabaran unik yang dihadapi oleh penjual di pelbagai pasaran supaya teknologi ini lebih mudah diakses untuk memacu pertumbuhan perniagaan yang mampan tanpa mengira saiz atau tahap kepakaran teknikal penjual.”

Memanfaatkan penyelesaian berasaskan AI Lazada untuk mengubah operasi perniagaan

Bagi menyokong penjual untuk memanfaatkan AI, Lazada melancarkan buku panduan Online Sellers Artificial Intelligence Readiness Playbook, yang direka khas sebagai panduan strategik berdasarkan tahap kematangan AI setiap penjual. Penyelidikan menunjukkan bahawa para penjual sudah mula memanfaatkan penyelesaian utama dipacu AI di platform Lazada untuk meningkatkan kecekapan mereka, sekali gus mengesahkan kepentingan pelaburan Lazada dalam inovasi AI terkini dan alatan termaju yang memudahkan operasi eDagang yang turut meningkatkan daya saing.

Dengan 67% penjual menyatakan kepuasan yang tinggi terhadap ciri-ciri[2] AI sedia ada di Lazada, Lazada turut memperkenalkan ciri-ciri baharu berasaskan AI Generatif (GenAI) yang direka untuk memperkasakan penjual serta mempertingkatkan penyenaraian produk mereka selain menyelaraskan operasi dan meningkatkan kadar penukaran pelanggan seperti:

  1. AI Smart Product Optimisation: Dikuasakan oleh GenAI, alat ini membantu penjual mengenal pasti penambahbaikan yang boleh dilakukan pada tajuk produk, penerangan, atau gambar produk mereka. Ia membolehkan penyesuaian maya secara automatik seperti virtual try-on, pengubahsuaian latar belakang, dan pelarasan model yang membantu penjual menghasilkan imej produk profesional dalam hanya beberapa minit.
  2. AI-Powered Translations: Ciri ini menterjemahkan kandungan produk secara automatik ke dalam pelbagai bahasa tempatan, membolehkan penjual meluaskan capaian mereka ke pelbagai pasaran dengan lebih cekap dan tepat.
  3. Lazzie Seller: Pembantu AI khusus yang tersedia dalam Alibaba Seller Centre (ASC) menyediakan jawapan segera kepada soalan lazim, navigasi pantas ke ciri utama, penilaian risiko kedai, serta nasihat perniagaan untuk meningkatkan kecekapan dan pertumbuhan penjual.

Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun buku panduan Online Sellers Artificial Intelligence Readiness Playbook untuk memahami bagaimana penyelesaian ini boleh menawarkan rangka kerja yang berstruktur supaya penjual dapat mengintegrasikan AI ke dalam aliran kerja mereka dengan mudah demi memacu pertumbuhan, kecekapan, dan inovasi dalam landskap eDagang yang sentiasa berkembang.

Mengenai Kajian Ini

Dibangunkan dengan kerjasama Kantar, Bridging the AI Gap: Online Seller Perceptions and Adoption Trends in Southeast Asia memberikan analisis menyeluruh mengenai trend penggunaan AI, cabaran, dan peluang, serta menawarkan pandangan tentang bagaimana para penjual boleh memanfaatkan AI untuk mendorong pertumbuhan dan kecekapan dalam landskap eDagang yang sedang berkembang di Asia Tenggara. Laporan ini melibatkan tinjauan ke atas 1,214 penjual eDagang dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam pada Februari 2025.

Kajian ini merupakan lanjutan kepada Artificial Intelligence Adoption in eCommerce in Southeast Asia Whitepaper, satu lagi penyelidikan yang dijalankan bersama Kantar, yang meninjau lebih daripada 6,000 pengguna eDagang di rantau ini pada September 2024 untuk memahami dengan lebih mendalam kesedaran terhadap AI, tahap kepercayaan dan pilihan, tingkah laku membeli-belah, serta cabaran yang dihadapi pengguna di rantau ini.


[1] AI Adepts ialah penjual dalam persentil ke-25 teratas untuk penggunaan AI dari segi skor mereka, AI Aspirants berada antara persentil ke-25 dan ke-75, dan AI Agnostics berada di persentil ke-25 terbawah.
[2] Rujuk Lampiran untuk butiran lanjut.

Lampiran

Ciri-ciri AI Lazada untuk penjual:

  1. Lazada Business Advisor: Alat analitik berkuasa AI yang menyediakan pandangan masa nyata untuk mengoptimumkan jualan dan prestasi perniagaan. Hampir tujuh daripada 10 penjual Lazada melaporkan tahap kepuasan yang tinggi dan hampir separuh (48%) menggunakannya secara aktif untuk menjejaki trend dan membuat keputusan berdasarkan data.
  2. Lazada Sponsored Solutions: Platform pengiklanan terarah yang meningkatkan keterlihatan produk dan memaksimumkan jualan melalui cadangan berasaskan AI. Dua daripada tiga (67%) penjual melaporkan kepuasan tinggi, dan 46% menggunakannya secara aktif, memetik kesannya yang positif terhadap pertumbuhan jualan.
  3. AI Smart Listing: Alat AI Generatif yang mengautomasi penyenaraian produk dengan menjana dan mengisi atribut menarik secara automatik berdasarkan imej atau kata kunci. 64% penjual melaporkan kepuasan tinggi dalam menggunakan ciri ini untuk mengurangkan masa penyenaraian dan meningkatkan kualiti kandungan.
  4. Virtual Try-On: Ciri AR berkuasa AI yang membolehkan pembeli melihat produk secara masa nyata, meningkatkan keyakinan untuk membeli dan mengurangkan pemulangan. 62% penjual menyatakan kepuasan tinggi terhadap keberkesanannya, dengan 42% menggunakan ciri ini secara aktif.
  5. AI Selling Points: Alat yang menganalisis data produk dan tingkah laku pelanggan untuk mengetengahkan ciri-ciri utama produk secara automatik bagi meningkatkan kadar penukaran. 68% penjual menyatakan kepuasan tinggi terhadap ciri ini dan 42% menggunakannya secara aktif untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedai mereka secara dalam talian.
  6. Lazada IM Shop Assistant (LISA): Alat berkuasa AI yang membantu penjual meningkatkan penglibatan pelanggan dengan menyediakan respons automatik yang digerakkan oleh AI terhadap pertanyaan, sekaligus meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan kadar penukaran. 65% penjual menyatakan kepuasan tinggi terhadap ciri ini dan 38% menggunakannya secara aktif.

Hashtag: #LazadaMY #Lazada

https://www.lazada.com.my
https://x.com/LazadaMY
https://www.facebook.com/LazadaMalaysia
https://www.instagram.com/lazada_my/

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Tentang Kumpulan Lazada

Kumpulan Lazada ialah perintis platform eDagang di Asia Tenggara. Selama 13 tahun yang lalu, Lazada telah mempercepat kemajuan di Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam melalui perdagangan dan teknologi. Hari ini, ekosistem tempatan yang berkembang pesat menghubungkan kira-kira 160 juta pengguna aktif dengan lebih daripada satu juta penjual aktif setiap bulan, yang menjalankan transaksi dengan selamat melalui saluran pembayaran yang dipercayai dan Lazada Wallet, serta menerima bungkusan melalui rangkaian logistik tempatan yang kini menjadi yang terbesar di rantau ini.

Previous Post

McCain Foods Revolutionises Food Delivery Standards with the Launch of SureCrisp Max™

Next Post

X Pay and STOREBERRY form a Strategic Alliance to Revolutionize Local E-Commerce Payments and Drive Sustainable Growth

Next Post

X Pay and STOREBERRY form a Strategic Alliance to Revolutionize Local E-Commerce Payments and Drive Sustainable Growth

Morningstar Awards 2024 Morningstar Awards 2024 Morningstar Awards 2024
  • Trending
  • Comments
  • Latest

Robo Advisor In Malaysia, 8 Robo Advisor Platforms To Choose From

17/08/2022
A calculator on financial chart, financial concept

Tax For The 6 Common Investments In Malaysia

19/09/2023

MRTT VS MRTA, What’s The Difference?

11/10/2023

How To Open A CDS And Share Trading Account?

02/05/2023

Digital Fundraising Platforms in Malaysia

Retirement Plans for the Self-Employed

SC Guidelines On Digital Assets

Retirement planning advise from the experts

Retirement Planning: Best Practices and Advice From Experts

Shopee Lancar MSME Co‑Lab Pertama di Malaysia Untuk Memperkukuh Sokongan kepada Usahawan Tempatan

12/07/2025

Shopee Launches First-Ever MSME Co-Lab in Malaysia to Strengthen Support for Local Entrepreneurs

12/07/2025

Wegovy® (semaglutide 2.4mg) by Novo Nordisk is now Available in Singapore for Weight Management

12/07/2025

第十三屆廣東核電站核安全諮詢委員會成立典禮暨第一次會議

12/07/2025

Shopee Lancar MSME Co‑Lab Pertama di Malaysia Untuk Memperkukuh Sokongan kepada Usahawan Tempatan

2 days ago

Shopee Launches First-Ever MSME Co-Lab in Malaysia to Strengthen Support for Local Entrepreneurs

2 days ago

Wegovy® (semaglutide 2.4mg) by Novo Nordisk is now Available in Singapore for Weight Management

2 days ago

第十三屆廣東核電站核安全諮詢委員會成立典禮暨第一次會議

2 days ago
The Smart Investor

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

Category

  • About
  • Subscribe
  • Write For Us
  • Payment Policy
  • Shipping Policy
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Sign up to read our newsletter

  • About
  • Contact Us
  • Home
  • Home (Bahasa Malayu)
  • Newsletter
  • Payment Policy
  • Privacy Policy
  • Shipping Policy
  • Subscribe
  • Write For Us

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.