• About
  • Advertise
  • Write For Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
Subscribe
Smart Investor Malaysia
Advertisement
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia
No Result
View All Result
Smart Investor Malaysia
No Result
View All Result
Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor Advertise with Smart Investor
Home HIDE FROM HOME

AEON Bank dan foodpanda Meterai Kerjasama Strategik Bagi Menjana Pertumbuhan dan Berkongsi Manfaat Untuk Pelanggan, Rakan Penghantar dan Rakan Peniaga

4 months ago
0
81
SHARES
158
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – Media OutReach Newswire – 1 Ogos 2025 – AEON Bank (M) Berhad, bank digital Islamik pertama di Malaysia telah memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan foodpanda Malaysia, yang merupakan platform dalam talian penghantaran makanan dan barangan runcit yang terkemuka di negara ini. Kerjasama niaga-ke-niaga (B2B) tersebut disasarkan mampu meningkatkan penerimagunaan perbankan digital di kalangan para pengguna mereka. Ia juga bertujuan untuk memperkasa ekonomi gig Malaysia menerusi penyelesaian teknologi kewangan (fintech) yang inovatif, sambil mendorong keterangkuman kewangan (financial inclusion).

Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, YM Raja Paduka Teh Maimunah dan Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Tan Ming Luk telah menandatangani MoU yang menggariskan kerjasama strategik ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank, YM Raja Paduka Teh Maimunah dan Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Tan Ming Luk telah menandatangani MoU yang menggariskan kerjasama strategik ini.

Memorandum Persefahaman (MoU) antara AEON Bank dan foodpanda Malaysia merangkumi pelbagai skop kerjasama, termasuk pemerolehan pelanggan, pembiayaan digital, kempen bersama, dan perkhidmatan tambah nilai untuk para pelanggan, rakan penghantar (rider) dan rakan peniaga di segenap ekosistem mereka.

YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank berkata, “Kerjasama strategik dengan foodpanda merupakan permulaan kolaborasi yang teguh bagi AEON Bank. Ianya berpotensi untuk meningkatkan nilai kepada para peniaga dan rakan penghantar foodpanda menerusi akses kepada perbankan digital, program ganjaran dan perkhidmatan yang memudahkan mereka. Dengan mengoptimumkan rangkaian meluas foodpanda dan menghubungkannya dengan produk perbankan patuh syariah AEON Bank serta program kesetiaan AEON Points, kami berharap ia dapat memberi impak bermakna kepada segmen sasaran tersebut, khususnya pekerja gig dan peniaga perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam usaha menjana pertumbuhan dan merangsang keterlibatan.”

Kerjasama ini dirangka secara strategik dan bakal menyumbang ke arah pembangunan sektor penghantaran makanan dan barangan runcit dalam talian yang semakin berkembang pesat di Malaysia, di mana penembusan pengguna dijangka mencapai 34.2% pada tahun 2025 dan lebih daripada 14.5 juta pengguna menjelang 2030*.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan AEON Bank bagi memberi manfaat yang terkesan kepada seluruh komuniti foodpanda. Bagi rakan penghantar kami, kerjasama ini pastinya dinanti-nantikan lantaran impak yang melangkaui penghantaran makanan dan barangan kerana ianya menghubungkan akses kepada sokongan kewangan berteraskan teknologi, pembiayaan mikro dan program celik kewangan yang dapat meningkatkan taraf hidup mereka. Di samping itu, rakan niaga kami pula akan berpeluang untuk memajukan dan memperluaskan bisnes mereka dengan lebih pantas melalui kempen bersasar dan penyelesaian pembiayaan. Bagi para pelanggan pula, mereka boleh menikmati lebih banyak ganjaran menerusi promosi eksklusif serta akses yang lebih mudah kepada ekosistem runcit AEON. Kerjasama ini bukan sekadar kolaborasi komersil, malah ianya diharapkan bakal memperkasakan rakan penghantar, memacu pertumbuhan bisnes rakan peniaga, serta menceriakan pengalaman setiap pelanggan kami,” ujar Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Tan Ming Luk.

Pelbagai program utama akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut, termasuklah gabungan jenama bersama yang menampilkan dua maskot mereka iaitu Neko oleh AEON Bank dan Pau-Pau oleh foodpanda. Berikut adalah beberapa inisiatif yang sedang dalam perancangan:

Program untuk Rakan Penghantar (Rider)

  • Program bersama untuk menyokong komuniti rakan penghantar yang dirangka untuk memudahkan mobiliti dan meneguhkan mata pencarian mereka, antaranya akses kepada khidmat perbankan digital AEON Bank, peralatan kewangan serta sumber keperluan asas kerja seperti pembiayaan mikro untuk pembelian peranti atau telefon mudah alih dan motosikal.
  • Inisiatif celik kewangan untuk memperluas capaian dan memperkasa rakan penghantar dari segi kewangan.


Program dan Kempen untuk Rakan Niaga

  • Kempen bersasar bersama AEON Bank untuk para peniaga foodpanda.
  • Penyelesaian kewangan untuk para peniaga melalui Program AEONBank to Business (AB2B) dan pembiayaan untuk pembelian borong, justeru membolehkan pengembangan inventori dan pertumbuhan perniagaan.

Kempen untuk Pelanggan

  • Ganjaran khas dan promosi istimewa untuk para pelanggan, lantas memberikan nilai tambahan bagi pesanan foodpanda mereka.
  • Perluasan akses kepada ekosistem runcit AEON yang bakal membolehkan pelanggan membeli barangan runcit dalam talian bukan sahaja dari AEON MaxValu Prime, sekaligus memberi kemudahan kepada pelanggan

Kerjasama antara AEON Bank dan foodpanda Malaysia ini menzahirkan komitmen bersama mereka terhadap peningkatan kesejahteraan kewangan bagi komuniti yang disasarkan, memacu inovasi dan mencetuskan pembangunan sosioekonomi negara melalui keterangkuman digital. Kedua-dua jenama tersebut akan bekerjasama dalam memanfaatkan kekuatan masing-masing, selaras dengan misi strategik untuk menyediakan penyelesaian kewangan digital yang berfokuskan nilai dan mengutamakan pelanggan, justeru memacu pertumbuhan dinamik.

Layari laman web AEON Bank dan foodpanda untuk maklumat lanjut dan ikuti media sosial untuk mengetahui tawaran eksklusif terkini.

*Sumber : https://www.statista.com/outlook/emo/online-food-delivery/malaysia
Hashtag: #AEONBank #foodpandaMalaysia #DigitalBanking #IslamicDigitalBank #ShariahCompliant #FinancialInclusion #IslamicFintech

https://www.linkedin.com/company/aeonbankmy/?viewAsMember=true
https://x.com/aeonbankmy
https://www.facebook.com/aeonbankmalaysia
https://www.instagram.com/aeonbankmy
TikTok: https://www.tiktok.com/@aeonbank

The issuer is solely responsible for the content of this announcement.

Tentang AEON Bank (M) Berhad

AEON Bank (M) Berhad ialah bank digital Islam pertama di Malaysia, dilesenkan dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan. Dilancarkan secara rasmi pada 26 Mei 2024, kami menawarkan rangkaian penyelesaian Perbankan Peribadi patuh Shariah, termasuk Akaun Simpanan-i, Kad Debit-i AEON Bank x Visa, Pembiayaan Peribadi-i, Deposit Tetap-i, tabung simpanan, alat belanjawan, serta pelbagai perkhidmatan pembayaran digital dengan rakan kongsi strategik dan peniaga, seperti DuitNow QR, pembayaran bil utiliti, dan Neko Missions — program ganjaran interaktif perbankan digital pertama di Malaysia. Pada tahun 2025, AEON Bank Biz juga akan diperkenalkan untuk usahawan tempatan dan PKS mikro.

Sebagai sebahagian daripada konglomerat AEON Group, AEON Bank (M) Berhad dimiliki bersama oleh AEON Financial Service Co. Ltd. (AFS Japan) dan AEON Credit Service (M) Berhad (ACSM). AFS Japan ialah kumpulan kewangan komprehensif dengan akar dalam sektor runcit yang beroperasi di Jepun dan 10 negara di Asia, bertanggungjawab terhadap perkhidmatan kewangan AEON Group. AEON Group ialah syarikat induk utama yang terdiri daripada lapan perniagaan teras dan terus mencatat pertumbuhan seimbang, menjadikannya kumpulan runcit terbesar di Jepun.

AEON Group Malaysia merangkumi beberapa entiti, iaitu AEON Co. (M) Bhd, AEON Credit Service (M) Berhad, AEON Bank (M) Berhad, AEON BiG (M) Sdn Bhd, AEON Fantasy (M) Sdn Bhd, AEON Delight (M) Sdn Bhd, AEON Global Supply Chain Sdn Bhd, dan Yayasan AEON Malaysia (MAF). AEON Group telah menjadi jenama isi rumah yang dikenali ramai dengan lebih daripada 200 tahun sejarah dan evolusi di Jepun sejak era Edo, serta empat dekad pertumbuhan di Malaysia, menyediakan penyelesaian kewangan harian dan kemudahan runcit yang pelbagai.

Kelebihan kami terletak pada kelincahan teknologi cloud native dan pengoptimuman AI, digabungkan dengan kekuatan DNA Shariah, akar umbi Malaysia, dan warisan Jepun. Integrasi dengan ekosistem AEON memberikan kami kelebihan kompetitif sebagai satu-satunya bank di Malaysia dengan rangkaian runcit nasionalnya sendiri. Selain itu, program kesetiaan AEON Points menawarkan pelanggan manfaat tambahan dan ganjaran bermakna, di mana AEON Points boleh ditebus menjadi nilai tunai yang akan dimasukkan terus ke dalam Akaun Simpanan-i AEON Bank pelanggan.

AEON Bank (M) Berhad komited untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang mudah diakses untuk rakyat Malaysia. Kami berhasrat untuk memperkasakan komuniti dalam mencapai aspirasi kewangan mereka dan mencapai kebebasan ekonomi, sekaligus menyokong masa depan kewangan yang lebih inklusif untuk semua. Kami akan terus mencipta senyuman, menghubungkan hati, serta menyumbang kepada pembangunan perbankan Islam di rantau ini dan ekonomi kewangan teknologi digital negara.

Tentang foodpanda Malaysia

foodpanda ialah platform penghantaran atas permintaan terkemuka di Asia yang berdedikasi untuk menyediakan pelbagai pilihan makanan, barangan runcit, dan banyak lagi kepada pengguna dengan cepat dan mudah. Dikuasakan oleh teknologi dan kecemerlangan operasi, foodpanda menerajui pertumbuhan perdagangan pantas (quick-commerce atau q-commerce) di seluruh rantau ini melalui rangkaian rakan niaga runcitnya serta stor awan pandamart, bagi menawarkan lebih banyak pilihan atas permintaan selain daripada jutaan pilihan penghantaran makanan. foodpanda beroperasi di 10 pasaran di Asia Pasifik — Singapura, Hong Kong, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, dan Myanmar. foodpanda ialah anak syarikat Delivery Hero, peneraju global dalam industri penghantaran makanan. Untuk maklumat lanjut, layari www.foodpanda.com.

Previous Post

InMobi Achieves 80% Penetration Among China’s Top Gaming Publishers, Showcases Next-Gen Ad Innovation at ChinaJoy 2025

Next Post

Guests of the Shanghai Cooperation Organization Media and Think Tank Summit Visit Luoyang: Embracing the Dynamic Pulse of a Millennia-Old Ancient Capital

Next Post

Guests of the Shanghai Cooperation Organization Media and Think Tank Summit Visit Luoyang: Embracing the Dynamic Pulse of a Millennia-Old Ancient Capital

Morningstar Awards 2024 Morningstar Awards 2024 Morningstar Awards 2024
  • Trending
  • Comments
  • Latest

Robo Advisor In Malaysia, 8 Robo Advisor Platforms To Choose From

17/08/2022
A calculator on financial chart, financial concept

Tax For The 6 Common Investments In Malaysia

19/09/2023

MRTT VS MRTA, What’s The Difference?

11/10/2023

How To Open A CDS And Share Trading Account?

02/05/2023

Digital Fundraising Platforms in Malaysia

Retirement Plans for the Self-Employed

SC Guidelines On Digital Assets

Retirement planning advise from the experts

Retirement Planning: Best Practices and Advice From Experts

HKSTP Showcases Innovation Strength with 13 Park Companies at the China Hi-Tech Fair

15/11/2025

香港科技园率领13间园区公司亮相高交会

15/11/2025

Gree Provides Comprehensive Support for COP30 Leaders’ Residence, Empowering Global Climate Action with Green Technology

14/11/2025

YTL Cement Pledges 70,000 Trees and Appointed as Local Agenda 21 Strategic Partner

14/11/2025

HKSTP Showcases Innovation Strength with 13 Park Companies at the China Hi-Tech Fair

1 day ago

香港科技园率领13间园区公司亮相高交会

1 day ago

Gree Provides Comprehensive Support for COP30 Leaders’ Residence, Empowering Global Climate Action with Green Technology

2 days ago

YTL Cement Pledges 70,000 Trees and Appointed as Local Agenda 21 Strategic Partner

2 days ago
The Smart Investor

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

Category

  • About
  • Subscribe
  • Write For Us
  • Payment Policy
  • Shipping Policy
  • Privacy Policy
  • Contact Us

Sign up to read our newsletter

  • About
  • Contact Us
  • Home
  • Home (Bahasa Melayu)
  • Newsletter
  • Payment Policy
  • Privacy Policy
  • Shipping Policy
  • Subscribe
  • Write For Us

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.

No Result
View All Result
  • Start Here
    • Guides
    • How-Tos
    • Analysis
  • Investments
    • Asset Management
    • Stocks
    • Islamic Finance
      • Islamic Personal Finance
    • Alternative Investments
  • Personal Finance
    • Cash Management
    • Grow Your Wealth
    • Protect Your Wealth
    • Distribute Your Wealth
    • Behavioural Finance
  • Enterprise
    • Startups
    • Entrepreneurs
    • SMEs
    • Leadership
    • Business Planning
    • Fintech
  • Property
    • First Time Home Buyers
    • Central
    • Northern
    • Southern
    • Sabah & Sarawak
    • Feature
    • Regional / Global
  • ESG
  • News & Events
  • What’s News Asia

© 2024 The SmartInvestor Malaysia | The contents on this website are for educational purposes only. You should always seek your own professional advice from the appropriate financial advisor or institution.